Oct 26, 2012

Home made Jem

Ain Fajar | 9:55 PM | 1Comments |
Assalamualaikum

salam aidil adha..alhamdulillah masih sempat saya menjenguk dapur saya yang dah lama di tinggalkan..lama ke??lama la juga kan hampir sebulan..ape kan daya..sejak pindah ke kampung line internet memang tak de, kn guna wifi la jawabnya..bila nak masuk wifi ladtop pulak rosak, tenat sangat rasenye sebab terpaksa dihantar ke KL..maaf la asik dok tayang cheezy layer je, tak tukar2...bayak juga resepi yang sudah saya cuba dan teringin saya nak kongsikan kat sini..

sebelum raya haji, sempat la saya buat jem nenas sendiri..saya buat di sebabkan saya mendapat tempahan bahulu lapis dan bahulu gulung dari orang kampung...dah lama saya tak ambil tempahan bahulu..sejak mak meninggal hampir 5tahun saya tak buat..bila saya balik kampung dan kebetulan pula nak raye haji nie, orang kampung minta saya ambil balik tempahan..dorang semua mengharapkan saya menyambung semula perniagaan arwah mak..memang niat saya nak sambung dan menigkatkan lagi bisnes yang arwah dah mulakan..pelanggan2 pun masih menunggu setia..siapa lagi kalau bukan saya yang buat..semua adik beradik tak mampu ambil alih perniagaan arwah..

nak ikutkan sebelum nie, bahulu yang kami buat menggunakan jem yang dah siap je..tapi sekarang nie, harga 5kg jem dah naik melambung, nak naikkan harga kuih berganda2 tak sampai hati la pulak lagi-lagi pelanggan adalah orang kampung sendiri dan sekeliling kampung..kalau nak naikkan pun sikit je..dek kerana nak jimat kos saya buat sendiri jem nenas, orang kampung suka jem buatan sendiri...saya ni tak pernah la buat jem sendiri..kira ni la pertama kalinya..saya merujuk sukatan resepi dari abg sulung saya, dan minta tunjuk ajar sikit dari dia..alhamdulillah menjadi..dulu masa saya minta arwah mak ajar, katenye beli je la tak perlula susah nak memarut nenas sama je kosnya..tapi sekarang ni kosnya dah tak sama dengan beli siap..
rupa paras jem yang saya buat sendiri..cantik, licin dan berkilat..

senang je rupanya nak buat jem sendiri, kalau nak buat untuk biskut tart cantik di parut dan di masak hingga pekat.tapi kalau nak buat bahulu lapis atau gulung elokla dibled halus dan di masak cair. ok jom tengok sukatannya..tapi saya tak de sukatan buah nenas, lupa pulak nak timbang dan ambil gambarnya..


Jem nenas

3biji nenas sederhana
1 kilo gula

cara-caranya.
  • kupas kulit dan dibuang matanya dan di blend, saya blend guna blender kering.
  • masak dalam kuali bila buihnya dah hilang masukkan gula
  • masak dan kacau hingga gula hancur dan berkilat sahaja, jangan sampai kering dan pekat.
  • kalau nak buat biskut tart masak hingga jem pekat.

sejukkan dan simpan dalam bekas yang bersesuaian..kalau nak jem tahan lama boleh la masukkan 1/2 sk bahan pengawet yang dibenarkan.tapi kalau simpan dalam peti ais insya allah boleh tahan lama tanpa bahan pengawet.terpulang pada diri masing2.

selamat mencuba!!berbaloi buat sendiri.

oklah tak boleh ngadap lapy lama2, nak buat daging bakar plak lepas nie..nak tengok hasil dan skodeng resepi nanti saya up date..ok byby..



Sep 24, 2012

Tiramisu

Ain Fajar | 11:49 PM | 3Comments |
Assalamualaikum.
semalam, saje la kan bila tengok lebihan cream cheese masa buat toping kek baldu merah tu..dari pada tak buat ape dan menunggu ianya rosak saya terfikir nak buat tiramisu..kebetulan biskut jejari yang khas untuk buat tiramisu dah lama saya beli..kaum kerabat en.semut dah M dah biskut tiramisu saya tu..dah ronda2 kat luar plastik tunggu nak serang je..sebenarnya saya belum pernah buat lagi tiramisu ni, makan ape tah lagi..memang belum pernah rase lagi..ramai yang mengatakan tiramisu nie sedap, jadi teringin la nak buat dan rase..bagi peminat cheese memang ianya sedap....yang tak suke tu makan tu boleh la..mungkin sesekali..

hehehe saya buat sikit je, saje nak rase..dapatla 3 cup..biskut tiramisu yang saya beli pun tak banyak..memang cukup-cukup je..ok la kan dari xde langsung..lagi pun bukan ramai pun rakyat kat rumah nie, si kakak mesti tak nak makan..harap adik saya dan c fina je..kalau en.abg ade dia suka juga..dorang2 ni orang yang minum susu tepung..saya dan si kakak tak minum susu tu yang tak bape nak makan cheese2 ni..

comel la bila letak kat cup macam nie,kalau nak buat desert makan beradap pengantin pun boleh..kalau letak dalam jar pun ok, boleh buat hantaran..memang cantik, comel dan sedap..
 Resepi ni saya amik dari dapur kkzu..saya tak dapat nak link kan terus ke dapur beliau, sebab line ternet saya slow, tak boleh buka lebih dari satu..kebanyakkan n3, tak dapat saya nak link kan..harap maaf dan saya minta izin kepada semua tuan blog yang saya ambil resepinya, minta di halalkan..izinkan saya panjangkan resepinya di sini..terima kasih banyak2...

ok jom tengok resepi, senang je sape pun boleh buat..sebab ianya tak perlu bakar atau kukus..masak dalam petia ais je dah siap..sama macam kita buat cheese cake yang tak bakar tu..

Tiramisu
sumber : dapur kzu.semanis gula semasin garam

Bahan-bahannya:
24 keping biskut tiramisu
240gm cream cheese
150 ml yogurt
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air
1sk serbuk nescaffe 
serbuk koko/milo

150 ml air
1 sb serbuk jaletin.

cara-caranya: 
  • larutkan serbuk jaletin dalam air secara double boil.
  • Pukul cream cheese dgn gula hingga kembang.masukkan yougurt gaul sebati.masukkan larutan serbuk jaletin.
  • bancuh air dengan serbuk nescaffe. celupkan kan biskut dalam air nescaffe dan susun dalam bekas, lapis dengan aduanan cheese, ulangi proses melapis selang seli hingga habis..
  • boleh juga lapiskan dengan filling strawberry jika suka..ianya akan mengurang rase muak cream cheese..
  • simpan dalam peti ais selama 3 jam.
  • sedia di hidangkan dan nikmatila tiramisu yang sedap dan mudah di sediakan.
  •   

Tom Yam santan

Ain Fajar | 11:18 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Menu tengah hari saya hari ni, special sikit..1st masak dan makan masakan ala-ala Thai..masa saya jeguk dapur kak Ita 2 hari yang lepas, bila saya tengok tajuk n3 K.Ita Tom yam yang bersantan, terus berenti dan tengok bahan-bahannya...hhhmmm lain dari biasa ni..terus niat di hati untuk mencubanya..bahan-bahan yang di gunakan pun tak la susah mana, mudah di dapati..dari cerita yang K.Ita sampaikan, Tom Yam santan nie sedap, segar dan pasti peminat makanan Thai sangat suka kannya..bila hirup kuahnya yang lemak, masam dan pedas tu tak terkate nikmatnya...huh!! memang terliur bila tengok gambar Tom Yam K.Ita...


Bak kate k.Ita bagi peminat Tom Yam pasti suka kan masakan ni..saya salah seorang peminat tom yam tu yang tak sabar untuk mencubanya...yang berbezanya lagi tentang Tom Yum santan ni adalah, kita tidak mengunakan makanan see food seperti biasa, malah kita menggunakan ikan dan kita nikmatinya dengan dengan nasi putih...ternyata sememangnya rasanya sangat sedap..dan tak rugi mencubanya, sanggup saya beli ikan besar dan mahal semata-mata nak masak Tom Yum santan nie..memang terbayang2 la..mesti kena buat lagi nie..jadi, korang2 yang tak tau nakmasak ape kan, ape kate cube resepi nie..lain dari biasa..

saya buat separuh dari resepi..ikan pun separuh je..ye la makan berdua je kan.lagi pun percubaan..lepas nie masak ikan sekor....nak makan puas2..kat kedai rasenye belum ade lagi menu nie..jom la kita tengok resepinya.nanti boleh cuba masak ok.

Tom Yum Santan
sumber : K.azlita masam manis.

Bahan-bahannya:
seekor ikan siakap
2 batang serai
2 inci lengkuas
5 helai daun limau purut
6 biji cili padi

1 paket rencah tom yam
1 biji kiub tom yam
1 biji kiub ikan bilis
2 sb stok ikan
2 biji buah tomato
200ml santan
1 sb gula
garam secukupnya.
daun ketubar

Bahan yang saya tambah.
sayuran seperti :
lobak merah
cendawan
kubis bunga
buah limau kasturi.

cara-caranya:


  • basuh ikan dan ketepikan.
  • rebus serai, lengkuas, halia, hingga mengelegak.
  • masukkan cili padi, daun limau purut..tunggu kuah mendidih.
  • masukkan rencah tom yam, kiub ikan bilis, kiub tom yam, lobak merah dan kubis bunga.
  • apabila kuah dah mendidih boleh masukkan buah tomato, ikan dan santan..
  • tunggu sampai ikan masak..hidangkan dan tabur daun ketumbar
  • siap dan hidangkan bersama dengan nasi putih.

Sep 23, 2012

Apam tepung beras

Ain Fajar | 7:28 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.
selamat pagi, sarapan ape yer pagi nie...pagi nie sayasarapan apam tepung beras yang sangat lembut dan sedap...lembut sangat, bila masuk perut tak rase ape dah macam kapas je..tak sedar pun dah makan berapa biji..saya memang suka apam nie, syuhada pun suka, ni yang rajin nak buat bila ank2 suka mesti buat berulang kali...biasanya saya makan dengan kelapa parut..tapi kelapa tak de jadinya makan macam tu sahaja..ni pun dah sedap. kalau ade kelapa parut lagi la sedap kan lemak masin di tambah kelebutan bak
kapas..aduhai...

                                  
Resepi ni saya tengok kat dapur k.yatie..bila tengok apam salju k.yatie warne hijau putih nampak cantik dan menyelerakan je..salin resepi terus buat...ade juga saya buat warne pink, tapi da satlekan oleh si kakak..baru  je turun dari pengukus dia dah tunggu, terus suruh letak kat pinggan..dia dah cop la yang pink, tak sempat la nak snep..warne hijau dan putih ni je la yang tinggal..bayak juga satu adunan, rasenya dalam 50 biji ade..2 kali saya kukus..

jom-jom tengok resepinya..saya amik dari dapur k.yatie..ade adunan yang saya tambah eno sebelum proses kukusan, hasilnya bertambah lembut dan kelembutannya tahan lama..tu yang merekah tu..

Apam tepung Beras

Bahan-bahan

2 cawan nasi
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 3/4  cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 sb yis kering
pewarne

Cara-caranya:

  • blend nasi, gula dan air hingga nasi lumat dan halus.
  • masukkan yis kering dan blend lagi.
  • masukkan tepung sikit2 dan blend sebati, sampai tepng habis.
  • perapkan adunan 3 jam.
  • tiiskan pewarne dan masukkan ke dalam acuan dan kukus.
  • kukus selama 15minit.

sediakan dengan kelapa parut...memang sedap.
selamat mencuba!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...