May 6, 2012

Roti Jala

Ain Fajar | 12:01 AM | 9Comments |
Assalamualaikum..
selamat pagi, eh dah pukul 2 rupanya, cuaca mendung je tu yang ingat masih pagi..nak post n3 sarapa pagi tadi pulak tu, nie yg ingat pagi je lagi..hhhhmmm tak pe lah yer...
semalam masa g jalan kat dapur Damai Qalbu, Rohah dok tayang la roti jala...hish! pantang toi nengok roti jala nie mesti nak..memandangkan masa kemas dapur tengok ade baki kuah kari sotong terusla nak buat roti jala, cedok resepi rohah..mmmm memang sedap dan terase kelemakan roti nie ditambah dengan kari yang berlemak juga..nanti badan pun naik berlemak..huhuhu takup la tapi nak makan juga dan fov kan..lemak pun lemak la, janji dapat makan, nnt kalau dah tak boleh makan rugi n menyesal pulak

ROTI JALA

By 'ain : resepi Kehidupanku

bahan-bahannya:
2cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1cawan santan
1/4 sk garam
1bj telur
minyak

cara-caranya:
satukan semua bahan kecuali minyak.
masuk dalam blender dan mesin hingga adunan sebati.
tapis adunan supaya ianya senang untuk keluar dari acuan time kita menjala nanti.
masukkan dalam acuan dan pusing2 laju atas kuali yang telah di leser minyak.
lipat segi tiga atau gulung.

siap dan boleh dihidangkan dengan kuah kari..
nyum nyummmy!!

selamat mencuba!!






May 4, 2012

Kerepek Pisang

Ain Fajar | 8:22 PM | 1Comments |
Assalamualaikum..
n3 yang da sejuk...hehe sebab dah seminggu buat tapi baru hari ni nak post..kejadian kerepek pisang nie pun atas permintaan c kakak..minggu lepas masa mak dan bapak mertua datang ke sini, mereka bawa pisang tanduk dari kampung ada la dalam 5 biji, tapi saya buat 3 biji je, 2 biji lagi goreng je..dalam keadaan yang masih letih sebab berjaga sepanjang perjalanan dari mertua dari klang, c kakak pagi2 lagi dah godek2 plastik yang mbah dia bawa..bla dia nampak pisang, terus minta nak makan..macam mana nak makan pisang tu mentah lagi..lepas tu dia cakap, " kakak lapar pisang la ibu, pisang mentah nie kan boleh buat keropok pisang "..adoyai penat tak hilang lagi, mate mengantok terpaksala bangun kerjakan pisang, kalau dah lapar pisang xnak makan benda lain dah, selagi tak dapat selgi tu dia cakap, kita nak tido pun tak tenang..

ni lah kerepek pisang yang sempat saya snep, yang lain dah kena ngap dek c kakak dan ayahnya..pisang tanduk kan memang sedap bila buat kerepek macam nie..

jom skodeng resepi, simple je saya main agak2 je..lupa pulak nak sukat..kira nie anggaran je lah yer..+ -

Bahan-bahannya :)

pisang tanduk (nak guna pisang lain pun leh gak)
1sk garam
1/2 sk ajinomoto
1 cawan air
marjerin
minyak

cara-caranya:)
  • kupas pisang dan sagat dengan menggunakan penyagat. nak potong guna pisau pun boleh tapi kena la nipis.
  • buat air garam.
  • panaskan minyak..bila minyak panas masukkan pisang yang di sagat sekeping demi sekeping samapi penuh di permurkaan minyak.
  • masukkan 1sb garam dan 1 sb mentega, kacau samapi bunyi minyak hilang.
  • goreng hingga pisang kekuningan.
  • siap!! 
senang je, tapi kena rajin sikitla..wat gudap sambil tengok tv
selamat mencuba!!

May 3, 2012

cekodok kentang

Ain Fajar | 7:23 PM | 10Comments |
Assalamualaikum.
selamat pagi...dan sarapan ape pagi nie..pagi nie saya sarapan cekodok kentang..semalam masa jalan kat dapur k.yatie (sinar kehidupanku), ade la do tayang cekodok yang gebu, rase teringin pulak nak cuba kegebuannya..dah ade kentang mesti lembut..memang hasilnya lembut di dalam dan rangup di luar conform sampai petang pun masih lembut..bagi yang suka makan kentang dan ikan bilis memang sesuaila..cekodok nie pun sesuai sangat utuk kanak-kanak dan bayi..lembut dan berkhasiat..tapi anak saya tak suka pulak ade rase ikan bilis, kalau udang tu laju je la dia..gaye macam kaye je nak makan yang mahal2..hhhmmmm kakak oh kakak..
jom sarapan cekodok dengan teh O, hehehe bila tengok mug tu memang rindu je zaman sekolah..kenangan mug yang saya dapatkan dari koprasi sekolah..masa saya jaga ko'op sekolah dulu hari2 bodek cikgu nak mintak mug lambang sekolah nie nak wat kenangan..susah cikgu nak bagi, bila last2 jage ko'op baru cikgu bagi dengan beratnya..kedekut toi bukan nak amik banyak seijik je...bertahun2 saya jaga mug nie, kala pecah nie xde dah la gantinya, kalau ade pun mana nak sama dengan satu nie..banyak kenangannya..
 
haaa nie lagi nampak JOHARIAN..setau saya banyak sekolah yang bernama KHIR JOHARI kat negeri2 lain, tapi sekolah saya terletak di sungai sumun perak..bayak kenangan walaupun saya hanya 4thn di sekolah tu..
 

ok2 dah dah tu..kita tengok resepi yang saya copy dari blog k.yatiememories..minta izin yer k.yatie.

sumber : sinar kehidupanku
Bahan-Bahan
  • 2 cwn kentang- yg telah di rebus dan toskan
  • 2 cwn air
  • 1/2 biji bwg besar*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 1/2 cwn ikan bilis*- buang kotoran, cuci dan toskan(*bahan2 di kisar halus)
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend kentang rebus bersama air, masukkan sekali ikan bilis, cili merah, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. 

Selamat Mencuba...

Laksam

Ain Fajar | 12:51 AM | 10Comments |
Assalamualaikum..
Menu laksam ni wajib cuba bila dah datang ke Terengganu..masa mula2 datang ke Terengganu, laksam la yang saya cari dulu pastu baru la sata, otak2, kepok leko, satay ikan dan yang lain2nya..Terengganu ni memang kaya dengan makanan hasil dari ikan..macam2 produk yang dihasilkan dari sumber laut..kreatif orang Terengganu menghasilkan makanan yang berasaskan kekayaan sumber asli mereka..hasilnya terkenal diseluruh negeri termasuk negara luar...bila saya dah makan sekali memang nak lagi dan lagi dan lagi...terus jatuh hati nie..bila dah jatuh hati mestu kena pandai buat sendiri..bukan tak boleh beli tapi kalau beli tak cukup sikit..dan yang pentingnya nanti kalau dah balik ke kampung nun di selatan sane memang susahla nak jumpa lagi laksam nie..so saya cuba2 untuk buat sendiri..setakat nak buat kuahnya memang tak de masalah tapi tang mee nya tu tak jual kat kedai..memang ken buat sendiri..memang dari dulu lagi nak try buat sendiri tapi kekuatan tak de..tak rujukan pun..rata2 orang yang saya kenal tak tau nak buat laksam mee laksam..so saya pun rujuklah kat pak google..jumpa la kat beberapa bloger masakan dan di myresipi.com...

 pada mulanya memang tak yakin boleh buat, hasil dari beberapa sumber saya memberanikan diri untuk buat mee laksam sendiri..alhamdulillah menjadi,ni kira kali kedua percubaan saya buat mee laksam sendiri..tersenyum puas bila ianya menjadi..lepas nie boleh buat lagi dah pro, macam org ganu kita pulak..hehehe...ingat susah nak buat mee laksam nie rupanya alahai senang je ropenya...ok2 boleh buat lagi..jom kita skodeng resepinya..saya pun tak ingat beberapa blog yang saya rujuk..saya tengok ape bahan untuk kuah dan bahan untuk mee laksam..pastu masa buat saya buat ikut sukatan agak2 saya je..maklumla dah lama nak buat tapi baru sekarang nak buat sunguh2.
Laksam
sumber : yani@myresipi.com/top/detail/185
by 'ain : resepi kehidupanku

Bahan-bahan (mee laksam)

3cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
1/2 sk garam.


Bahan Kuah Laksam :

6ekor ikan
200ml santan pekat
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 keping asam gelugur
1 sk garam
1 sb gula

Bahan sambal :
2 inci belacan
1 biji limau kasturi
5 biji cili padi

bahan Hiasan :
bunga kantan
kacang panjang.

cara-caranya : Dari Yani.
  • Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  • Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  • Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
selamat mencube!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...