May 3, 2012

Laksam

Ain Fajar | 12:51 AM | 10Comments |
Assalamualaikum..
Menu laksam ni wajib cuba bila dah datang ke Terengganu..masa mula2 datang ke Terengganu, laksam la yang saya cari dulu pastu baru la sata, otak2, kepok leko, satay ikan dan yang lain2nya..Terengganu ni memang kaya dengan makanan hasil dari ikan..macam2 produk yang dihasilkan dari sumber laut..kreatif orang Terengganu menghasilkan makanan yang berasaskan kekayaan sumber asli mereka..hasilnya terkenal diseluruh negeri termasuk negara luar...bila saya dah makan sekali memang nak lagi dan lagi dan lagi...terus jatuh hati nie..bila dah jatuh hati mestu kena pandai buat sendiri..bukan tak boleh beli tapi kalau beli tak cukup sikit..dan yang pentingnya nanti kalau dah balik ke kampung nun di selatan sane memang susahla nak jumpa lagi laksam nie..so saya cuba2 untuk buat sendiri..setakat nak buat kuahnya memang tak de masalah tapi tang mee nya tu tak jual kat kedai..memang ken buat sendiri..memang dari dulu lagi nak try buat sendiri tapi kekuatan tak de..tak rujukan pun..rata2 orang yang saya kenal tak tau nak buat laksam mee laksam..so saya pun rujuklah kat pak google..jumpa la kat beberapa bloger masakan dan di myresipi.com...

 pada mulanya memang tak yakin boleh buat, hasil dari beberapa sumber saya memberanikan diri untuk buat mee laksam sendiri..alhamdulillah menjadi,ni kira kali kedua percubaan saya buat mee laksam sendiri..tersenyum puas bila ianya menjadi..lepas nie boleh buat lagi dah pro, macam org ganu kita pulak..hehehe...ingat susah nak buat mee laksam nie rupanya alahai senang je ropenya...ok2 boleh buat lagi..jom kita skodeng resepinya..saya pun tak ingat beberapa blog yang saya rujuk..saya tengok ape bahan untuk kuah dan bahan untuk mee laksam..pastu masa buat saya buat ikut sukatan agak2 saya je..maklumla dah lama nak buat tapi baru sekarang nak buat sunguh2.
Laksam
sumber : yani@myresipi.com/top/detail/185
by 'ain : resepi kehidupanku

Bahan-bahan (mee laksam)

3cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
1/2 sk garam.


Bahan Kuah Laksam :

6ekor ikan
200ml santan pekat
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 keping asam gelugur
1 sk garam
1 sb gula

Bahan sambal :
2 inci belacan
1 biji limau kasturi
5 biji cili padi

bahan Hiasan :
bunga kantan
kacang panjang.

cara-caranya : Dari Yani.
  • Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  • Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  • Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
selamat mencube!!!

May 2, 2012

selamat pengantin Baru..

Ain Fajar | 7:13 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
siapa yang kawin?..kawan saya..kawan satu sekolah, satu kelas dan satu kampung...lama sangat tak jumpa..nama je satu kampung tapi tak penah jumpa selepas saya kawin 5tahun yang lepas..lama tuuuu..sejak dah jadi isteri orang nie memang la susah nak jumpa kawan2 lama..masing2 dengan urusan masing2, bila balik kampung sekejap2 je, sibuk ke rumah bapak saya dan ke rumah mertua..kampung dekat2 nie kadang susah juga..penat kat jalan..mesti bahagi sama rata, walau kadang tu kmpg en.abg yang lebih...berkira huhu...walau macam mana pun berhubung kat facebook juga..nak tengok anak2 masing membesar kat facebook juga...
Ini la permaisuri sehari tu..time nie malam waktu dia nikah, gambo malap la sikit..dah satu kampung boleh la datang malam, ank2 pun dah besar kurang sikit ragamnya..en.abg anto pastu balik, boleh la lama sikit  menyembang..tapi malam tu tak ramai pun kawan2 yang datang, masing2 ank kecik..saya datang nie sebab nak jumpa kawan sek yang boleh datang malam tu je, siang dia kerja..
Yang berbaju hijau ni le kawan sekolah masa ting4 dan 5, Pn. hazilawati @ pn.ila..kira kawan baik juga la..
pn. ila nie antara kawan saya yang paling awal kawin..tengok je lah anak darenya dah besar, dah sekolah darjah 1..anak2 kami masing2 belum sekolah..ade sorang lagi anak teruna pn.ila sebaya dengan syuhada 4tahun.

saya pun tak nak ketingalan bergambo dengan pengantin..tak tau bila dapat jumpa lagi nie..sedondon la pulak kami..malam tu tema famly pengantin warne purlpe..tak sangka sama pulak..udah, dah nampak macam family pulak.
buat kenangan amik gambo anak2 dare nie...

keesokan harinya, majlis persandingan dan kenduri kendara..semasa mempelai nak masuk ke rumah pengantin perempuan, baca doa mohon keberkatan dan kebahagian.

tema hari persandingan warna pich..tapi pengantin pakai baju kelabu..saya ikut tema tak kalinie..hehehe jom tengok..


 taaraaa!!ade juga sikit2 ikut warne tema kan..warne bunga pelamin sama dengan warne tudung saya..gambo kureng la..kelam kabot pengantin laki dah masuk kat laman rumah..orang yang amik gambo pun jadi kelam kabot..hadoi ssh toi nak bergambo..budak2 kecik kat kerusi tu ikut la sekali bergaye kat situ..tak pelah janji diam..
.
 ambik kesempatan juga bergambar dengan kawan2 yang lain..ni pn.syaidatul syima..tapi kami semua panggil nyah..sebab dia ank kedua..orang perak panggil ank kedua dengan gelaran nyah..bukan nyah yang patah tu yer..huhuhu sian kalau orang salah faham, sebab kedua kenapa panggil nyah, sebab nama pengantin pun syima, so takut keliru masa kat kelas duduk sebelah2 pulak tu dorang nie..
 anak bujang nyah malu2 berdiri sebelah kakak, anak dare saya , ade dia kesah janji dapat bergambo buat muka melenyis.
yang nie, pn.Azlina kira rapat juga sebab kami sama2 organize pengawas sekolah masa kami ting6..
pn.mahfizah, dah ade anak baru nak masuk 2thn..dia nie kira kawan rapat juga, kami satu kampung dan satu sekolah dari tingkatan 1 sampaila ting6 atas..tapi kami satu kelas masa tingkatan2, dan pindah sekolah sama2 dan masuk kelas yang sama dari tingkatan4 hingga ting6 atas..pegi mana2 sama je lah kan, sampaikan orang kate muka kami sama, tak tau la ape yang sama, padahal saya tak pakai speak dan saya nie tak berapa nak cerah kulitnya..hehehe...dah habis ting6, kami jarang jumpa sebab kami belajar kat universiti yang berbeza, sekarang lagi susah nak jumpa bila masing2 dah kawin..dan beliau juga sibuk menjalankan perniagaan t-shirt muslimah di butiknya kat KL..
antara kawan2 yang hadir masa kenduri tu..yang nie je sempat bergambar bersama, yang lain ade yang dah balik dan ade yang belum datang..masing2 dah dukung anak..nanti jumpa lagi time anak2 kawin pulak..sekejap je masa berlalu..rase baru semalam saya tanggalkan baju uniform sekolah dan ucapkan by by kat sekolah tu..sekarang ni bila pegi sekolah tu macam2 perubahan..guru2 pun dah ramai yang pindah naik pangkat..walau macam mana pun kenagan di bangku sekolah memang satu kenangan yang sangat indah dan sangat rugi kalau kita sia2 kannya..sebab kita tak akan kembali seperti dulu...saya sangat teruja nak datang kenduri kawan saya nie sebab boleh jumpa kawan2 lama..nak buat reunion tak tau la bila..tak de sape pulak yang nak manage program reunion tu, harap dapat jumpa kat majlis macam nie je lah..


May 1, 2012

Roti lembut.

Ain Fajar | 9:09 PM | 5Comments |
Assalamualaikum.
n3 roti lagi pagi nie, semalam menguli roti dan dibawa ke hari nie...roti pizza yang saya buat semalam memang sedap dan lembut, samapai ke hari nie masih sangat lembut lagi..tak sia2 saya membuatnya..sangat berpuas hati..semalam saya buat roti pizza, dengan 300gm tepung dapat la 7 biji roti yang bersaiz 7inci bulat..memandangkan toping pizza tak banyak so lebihnya saya buat kosong je. dan yang kosong nie buat sarapan pagi dengan cicahan sardin..sedapla dengan kelembutan roti yang terkate makan sebiji dah tak sedar tau2 je pinggan dah kosong..si kakak pun makan satle sebiji..tapi dia memang suka makan roti tak heran la leh habis sebiji..bila dah buat roti bulat2 leper dah macam roti arab la pulak..lepas nie boleh buat lagi pastu simpan kat freezer kalau nak makan panaskan je sekeja kat oven..kelembutannya terpelihara..

 roti nie naik dengan gebunya..ringan je..memang best la..tak caye tryla..leh makan dengan ape2 je, kari ke, ayam masak merah ke, sardin ke..boleh je..kita yang buat dia, ikut selera kita la...

srtuktur dalam roti yang berongga, nie menunjukkan roti nie lembut dan ringan.

resepi cari lah kat blog abg mat gebu kita yang pemes tu kat sini
dan yang saya taip semalam kat sini

jom makan..eh silap jom jamu mata, nnt klu dah teringin ape lagi kaluarkanla mixer tu..klah dah tutup laporan tok pagi nie.
selamat mencuba!!

Pizza black paper + Chicken floss

Ain Fajar | 6:46 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
salam 1 mei dan selamat bercuti kepada yang bekerja, kalau macam saya nie rase same je tak kira la hari cuti ke hari kerja ke tetap menjalankan rutin harian yang sama menguruskan hal2 rumah tangga yang tak kan habis..lama tak mengupdate dapur saya nie, maklumla cuti kan, balik kampung dah sibuk dengan rutin di kampung, kebetulan kawan sekolah kawin sibuk kenduri kendara..makan tetap makan tapi nak jenguk dapur alam maya nie memang tak dapatla kalau dah do kat kampung.

Untuk tatapan awal bulan mei nie saya sajikan pizza suka suki, hahaha ade pulak pizza nama macam tu kan, what ever!! toppingnya saya bantai je ikut stok yang ada kat dalam peti ais..mozarella dan chicken floss mamang dah lama beli..yang lain2 tu ada tinggal baki2 sebelum balik kampung tempoh hari. bagi resepi doh roti pizza nie saya cedok dari dapur abg mat gebu..sangat lembut dan gebuuu!! bila makan macam tak kenyang je sebab rotinya terlalu lembut macam makan kapas..tak caye? saya pun tak caye..hehehe tapi bila dah buat dan makan baru percaye...ok lah mcm tak de idea la nak taip ape..mood balik kampung belum hilang lagi kot..kejap sangat balik kampung macam tak puas pulak..ok2 kita tengok resepi lah yer..

Resepi Doh Roti Pizza.
sumber : Mat Gebu
by: ain

Bahan-bahannya : )

300gm tepung roti
2 sb yis kering
2 sudu susu tepung (saya tambah)
20gm mentega
2 sb madu
1/4 sk garam
170-200ml air 

Cara-caranya :) 
  • masukkan semua bahan kecuali mentega dan garam ke dalam mixer.
  • uli adunan hingga menjadi doh yang lembut dan licin serta elastik.
  • bahagikan kepada 100gm dan bulatkan. perap hingga doh naik
  • canai doh serta buang angin dan masukkan doh ke dalam loyang bulat (guna loyang kek je)
  • tunggu doh naik 2x ganda. letak toping (cara saya, sapu cili sos, tabur mozarela,tabur isi ayam, mayonis dan tabur mozarella dan letak sosej atau fish ball.
  • bakar pada suhu 180c, bakar hingga roti kekuningan
  •  
 Bahan-bahan untuk toping

bahan A:
200gm isi ayam cincang
1/2 botol sos lada hitam
1/2 biji bawang besar
gula dan garam secukupnya.

bahan hiasan lain :
sos cili
mayonis
fish ball
mozarella chesse.

boleh tambah sayur campur, cendawan butang, lada benggala dll..ikut suka lah yer..bahan di atas yang saya guna..tu je yang ade kat dapur

cara-caranya :
  • tumis bawang merah hingga layu, masukkan isi ayam cincang masak hingga ayam masak, letak air jika terlalu kering.
  • masukkan sos lada hitam dan gula serta garam secukupnya.
  • masak hingga ayam masak dan sebati.
  • sedia digunakan.
selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...