Sep 16, 2011

Biskut permata salju

Ain Fajar | 6:29 AM | 0Comments |

Assalamualaikum..
Biskut ni bagi saya rasanya unik, nak membuatnya pun senang je..bila terlihat kat blog k.izah daud terus jatuh hati untuk mencubanya..mmg tak mengecewakan...mmg sedappp..
Ok lah tak nak citer panjang, jom kita skodeng resepinya ..
 Bahan-bahannya :
3cawan cornflakes (ramas kasar)
1 cawan nestum
1 ½ cawan kelapa parut kering
150 gm mentega
50gm gula kastor
¼ cawan madu
Mangkuk kertas
Cholate chip (hiasan)

Cara-caranya:
  • Campurkan bahan-bahan kering
  • Cairkan mentega dan madu atas api hingga sebati
  • Masukkan bahan2 kering tadi dan gaul rata
  • Masukkan dalam mangkuk kertas dan hias dengan choklate chip (saya tak letak pun)
  • Bakar dalam oven selama 10 minit
  • Angkat dan sejukkan.
 Mudah je kan...kanak-kanak pun boleh buat sendiri...
selamat mencuba!!!

Tart Gulung nenas

Ain Fajar | 6:24 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
Biskut wajib buat time raya tapi dulu la masa anak dara, saya sukaaaaa sangat makan tart nenas yang gulung ni...sejak dah kawin ni ada je halangan nak buat, tapi tahun ni saya nekad untuk buat, dan akhirnya jadi juga...dan Inilah rupa tart gulung saya..

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 sudu besar rata tepung jagung*
1 1/4 sudu besar rata tepung kastad* diayak
1 sudu besar rata susu tepung
1/2 cawan mentega, suhu bilik
1/2 sudu besar minyak sapi                                                                                                         
 3 sudu besar gula kastor@gula kasar dikisar
1 biji kuning telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara buat doh tart:
  1. Pukul mentega, susu tepung, minyak sapi, dan gula hingga sebati.
  2. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga sebati dan lembut (kalau susah nak picit keluar dari acuan, tambah mentega. Kalau terlebih lembik, tambah sikit tepung).
  4. Panaskan oven 150C.
  5. Ambil doh dan tekan acuan tart lebih kurang sepanjang 5cm atau lebih, dengan bahagian bergerigi acuan memandang ke bawah.
  6. Letak inti jem nenas pada hujung doh, kemudian gulung secara perlahan guna hujung jari.
Susun atas dulang membakar (atau boleh juga terus dimasukkan ke dalam cawan kertas)
 selamat mencuba!!



Biskut cornflake rangup

Ain Fajar | 6:17 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Biskut ni juga fist time saya buat tahun ni..saya suka biskut ni..dulu masa zaman sekolah ada sebuah rumah kawan saya yang tiap tahun dia buat biskut ni..dan saya jadikan rumah kawan saya tu rumah wajib pergi sebab nak makan biskut cornfalakes tu...nak minta resepi takut...faham2 je lah kan...sejaka saya belajar kat UMS dan sampai sekarang dah tak pernah pergi dah, lagi pun mak kawan saya dah lama meninggal..tak taula kawan saya tu buat biskut ni lagi ke tak...rindu nak makan biskut cornflakes mcm ni lagi...alhamdulillah la, saya jumpa resepi biskut ni kat blog k.yatie...tq pada k.yatie syer resepi biskut ni, sekarang boleh buat sendiri, bila2 masa je pun boleh buat...
Biskut ni saya saje hias mcm kelopak bunga, nampak cantik cikit hehehe..
Jom tengok resepi, saya ambil dari blog yatiememoris..
 Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 1/2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah-dipotong kecil
  • Beberapa keping cornflakes
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.
 Senang je nak buatnya..kalau tak nak letak kelopak2 pun boleh juga, letak je ceri merah macam yang k.yatie buat..simple, senang dan sedappp...
Selamat mencuba!!!

Biskut sampan

Ain Fajar | 6:14 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
Seperti biasala kan, kalau nak sambut aidilfitri semestinya buat kuih raya, untuk menjamu tetamu..lagi pun untuk seronok2..nak ikutkan kat rumah org tua saya jarang2 org datang keculi sedara mara dan kawan-kawan kami adik beradik jer...tak macam kat rumah en.abg, penuh je tetamu yang datang, kalau tak keluar pagi2 mmg tak dapatla nak beraya...eh melalut la plakk...hehehe.
Biskut sampan ni, kira fist time saya buat tahun ni..saya suka makan biskut ni tapi dah jarang orang buat..mungkin cara nak membuatnya leceh time nak masukkan adunan dalam acuan sampan, pas tu masa nak keluarkan dari acuannya kena berhati2 sebab biskutnya rapuh..tapi oleh kerana suka makan susah pun sanggupla buat...
Ini rupa biskut sampan yang saya buat masa bulan puasa hari tu, macam tak berapa cantik je kan, tak tau lagi mcm mn nak handle pembakaran biskut ni, oven pun macam dah ting tong je time tu...
Saya tak ingat amik resepi ni dari mana, kalau tak silap dari blog chikadakbiru...terima kasih banyak2 kerana sudi kongsi resepi beliau...izinkan saya syer kat cni juga...saya buat separuh dari adunan, dapat juga sebalang sederhana besar..dah lama cari..akhirnya jumpa dan sedap pulak tu..

sumber : chikadakbiru

Bahan-bahannya:
500gm mentega
2 biji telur - 1 drpdnya dibuang putih
4 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil essen vanilla
2 cawan gula perang
1 cawan nestum (boleh bubuh lebih sikit)
4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Ceri merah dan hijau utk hiasan - di belah 4
Cara-cara
  • Pukul mentega dgn gula sehingga mentega dan gula betul2 kembang dan hancur. (saya guna senduk kayu ja). Makesure gula itu sudah kembang supaya acuan tidak melekat
  •  Masukkan telor dan pukul lagi. Masukkan Essen Vanilla sambil pukul
  • Ambil lebih kurang 2 senduk adunan ini dan bahagi 2. Sila Lihat gambar utk lebih paham
Adunan A
  • Masukkan nestum, 4 sudu besar tepung jagung dan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau dan sebatikan. Adunan kelihat sedikit lembut. (dunt worry..memang mcm tuh)
Adunan B
  •  Masukkan 1 cawan tepung jagung..dan terus kacau, kemudian masukkan 4 1/2 cawan tepung gandum sikit-sikit.
  • apabila sudah siap....boleh la ambil sedikit adunan B..ratakan di acuan sampan...Buat mcm berlurah sikit...
    bila dah siap step ini...ambil sudu kecil atau pisau ..sapukan sedikit Adunan A di bahagian lurah sampan tadi.....kemudian..hiaskan la dgn ceri merah atau hijau atau almond untuk menaikkan seri muka eh..hihi biskut tadi...bakar dlm masa 30 minit suhu 180 darjah api bawah dulu..utk 10 minit terakhir pakai api atas bawah..  
senang je cuma ambik masa cikit.
selamat mencuba 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...