Jun 19, 2011

Rendang Kerang

Ain Fajar | 12:23 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

Menu semalam, hari ni masak simple2 je coz nak cepat.en.abg tetibe di panggil tok datang ke offies ada brg ergent yang nak keluar petang ni, so saya masak cepat2 nak ikot en.abg keje, patutnya en.abg cuti hari ni coz terengganu menang bola, so satu tergn cuti..dok kat opis je sambil2 layang tenet..budak2 seronok main lari sana sini...


Rendang kerang ni, selalu buat time raya..tapi tak kan lah nak tunggu raya baru dapat makan, dah boleh  uat sendiri any time pun boleh masak..dah teringin nak makan rendang kerang...dulu masa ada arwah mak tak pernah pun buat rendang kerang tapi Cuma rendang daging sahaja...memandangkan bapak saya tak makan ayam dan giginya tak berapa nak cukup makan daging so kami tambah satu menu iaitu rendang kerang..simple je nak buat..


Ok jom lihat resepi dsan caranya.....

Bahan-bahannya
2 kilo kerang
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
½ inci halia*
2 batang serai*
½ inci lengkuas*
15 tangkai cili kering*
1 sb jintan manis*
1 sb biji ketumbar*
3 cawan santan*
2 sb kerisek
1 helai daun kunyit
Gula dan garam secukupnya.

Cara-caranya : )
  • Kisar bahan2 yang bertanda * hingga lumat
  • Tumis bahan yang telah di kisar hingga garing
  • Masukkan kerisik, gula dan garam.
  • Masukkan santan dan kerang tunggu hingga kuah pekat dan pecah minyak
  • Masukkan daun kunyit dan gaul rata
  • Sedia untuk dihidangkan.
Mudah jerrr.....selamat mencuba!!!!!

Jun 18, 2011

Sotong Goreng tepung

Ain Fajar | 6:29 AM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Menu tengah hari ni, sotong goreng tepung..nak menggoreng sotong ni banyak toi dugaan dan cabarannya...nak tau ape cabarannya? Hahaaa apa lah lagi kalau bukan meletup2 sotong dalam kuali tu..ada pernah terjadi, satu dapur berhujankan minyak..saya mmg lari jauh2 la, bila dah garing baru datang balik..tapi tak bestla kalau mcm ni..dah penat masak sibuk pula nak mengemom lantai dan lap segala khazanah kat dapur...haaaa kali ni saya goreng sotong ni tak meletop2 pun.sopan santun je bunyinya...mesti ada rahsianya...nak tau tak? kalau tak nak tau tak per, saya tetap nak bagi tau juga...bukan selalu nak konsi tips dari pengalaman sendiri nih!!maklum lah saya budak baru belajar lain la kalau yg sifu2 tu...
ok, untuk menggoreng sotong haruslah di buang dahulu kulitnya, keran kulitnya itu yang menjadi punca letupan minyak berlaku...caye tak? tak cayer, cuber buat sendiri..
yang kedua, kena letak baking powder, supaya sotong tu molek je duduk dalam tepung yang mengembung..rasanya lebih rangup dan lembut gitu..
jom tengok resepinya pulak. 

Bahan-bahannya :
500 gm sotong
5 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 st baking powder
Secubit garam
Sedikit serbuk kunyit jika suka.
Minyak 

Cara-caranya: )
  • Bansuh tepung seperti membuat cekodok.
  • Peram tepung selam 10 minit.
  • Gaulkan sotong dalam bancuhan tepung tadi.
  • Panaskan minyak, sudukan sotong satu persatu dan goreng hingga kuning keemasan..
Sebijik mcm yg kita makan kat kedai tu..
ce cube...ce cube...
selamat mencuba!!!!

Jun 17, 2011

Popia bersira

Ain Fajar | 5:47 PM | 0Comments |
Assalamualaikum...
selamat pagi Malaysiaa...sarapan ape pagi? saya sarapan special sikit...mungkin bg korg benda ni tak la special mana pun, tapi bagi saya mmg bererti..ye lah dah peberet mmg la special. nak buatnya pun perlu kesabaran..nak jumpa kat kedai mmg susah dah sekarang ni...apa ituuuu? popia bersira yang mana kulitnya di buat sendiri..saya suka, saya suka...ingat lagi masa kat sekolah dulu mak cik kantin jual dengan harga 40sen saiznya cenonet je, intinya cuma tauge dan sengkuang boleh dikira dengan jari banyaknye...mmg tak kenyang langsung..dah biasakan arwah mak buat besar2..masa saya sekolah rendah hari-hari mak buat untuk jual kat kantin sekolah, jual 10 sen je, makan sebiji pun rasa kenyang tambah dengan inti yg pelbagai..zaman harga minyak naik pun masa mak niaga,  cuma  20senje, mmg tak jumpa dah kuih harga 20sen yang saiz besar mcm tu..(sumer tu kenangan)
ni la popia yang saya maksudkan tadi...tak makan lagi nih, up date dulu sementara budak2 belum bangun..kira ini kali pertama saya buat sendiri dari awal hingga akhir..sebelum ni biasanya tolong mak jer..mak bancuh dan buat kulitnya, bahagian menggulung mmg tugas saya..siap je mak leser tepung atas non stick pan saya terus je gulung suam2, pastu saya goreng..bab menyira mmg mak yang buat..kira saya buat part yang senang je lah..tapi saya pernah sekali bancuh, pernah sekali cube2 leser tepung atas kuali dan saya sentiasa peratikan mcm mn mak buat, pas tu lama dah tak buat...sekarang saya peratikkan semula...ini percubaan pertama tapi belum mendapatkan kepuasan dalam menghasilkan kulit popia yang sangat nipis...tak per mesti cuba dan terus cuba hingga berjaya...cayo' cayo' ....hhmmmm...ni lah antara kenangan terindah bersama arwah mak, saya akan tolong dia wat kuih..saya, kalau nak hilang tantion study saya akan tolong mak buat kuih mmg tenaaaang je..bila dah siap saya leh start study balik...tantion wooo study STPM nih..alhamdulillah la mak masih ada time tuh...
ok jom skodeng macam mn nak buatnya..agak leceh sikitla tapi memuaskan dan tak kan menyesal kalau mencuba...tapi kalau tak jadi kena cuba lagi tau..kena ada sikit kemahiran...kena cari skill dari pengalaman..


Bahan untuk kulit popia :
3 cawan tepung
1/4 sudu teh garam
1 sudu baking powder
1 biji telur
air secukupnya

Cara membuatnya..
  • satukan semua bahan dan bancuh seperti ingin membuat cekodok..ramas-ramas adunan tersebut.
  • peram adunan  dalam masa 3-4 jam atau semalaman.
  • Panaskan non stick pan dengan api sederhana.
  • Ambil sejemput adunan tepung tadi dan lenserkan di atas non stick pan.
  • Buat dari arah jam. Mualakan dari tepi dahulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata dan bulat biarkan sebentar sampai tepung masak.
  • Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh susun berlapis-lapis-tidak akan melekat.
(saya tak sempat nak ambil gambar step by step..next time lah yer)


Bahan inti popia :
(inti popia ni boleh buat ikut suka masing2 lah ye)


1/2 biji kobis diracik halus
3 biji sederhana besar carrot disagat halus
Segenggam taugeh
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram 
100gm udang basah
garam
minyak untuk menumis


Cara membuatnya:
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi.
  • Bila bawang sudah wangi / masak masukkan sos tiram dan garam
  • Kemudian masukkan kobis dan carrot. 
  • Bila sayur sudah layu masukkan taugeh, kacau dan tutup api.

Bahan-bahan Sambal
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1/2 inci halia
2 sudu udang kering
garam dan perasa
minyak untuk menumis


Cara menyediakan sambal :
  • Kisar semua bahan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
  • Seimbangkan rasa pedas, masin dan manis.
  • pastikan sambal benar-benar masak (sambal akan menjadi pekat dan minyak akan sedikit terasing)


cara untuk membuat popia.
  • apabila semua bahan telah tersedia, boleh jalankan proses menggulung.
  • bila sudah selesai menggulung, goreng popia dengan api yang perlahan hingga warna berubah menjadi kemasan
  • masukkan popia yang di goreng ke dalam sambal dan gaul sebati. proses menyira perlu di atas api yang perlahan.(kalau tak nanti takut tak melekat dengan cantik..

ok itu je...selamat mencubaaa!!!

Mixer Stand

Ain Fajar | 8:15 AM | 4Comments |
Assalamualaikukm...
n3 kali ni saje-saje jer nak post pasal mixer stand yg en.abg baru belikan untuk saya..baru seminggu..hari ni baru ada kesempatan nak post. bukan apa dah lama saya idamkan mixer ni..akhirnya en.abg dengan rela membelikannya..en.abg kate hadiah beday tok 5thn...what ever!!tak dapat hadiah lg lps ni pun tak pe dah puas hati sangat dapat mixer stand ni. oleh kerana barang ni bakal membantu saya menghasilkan mcm2 makanan so saya dengan suka citanya post kat cni..wat kenangan saya sendiri..hehehe syok sendiri je..
taraaa, bukan ini mixer stand yg en.abg beli, tapi gambar ni saya amik dari en.google...knp saya nak kena letak gambar ni...haaaa sebenarya kat kampung, umah bapa saya dah ada mixser stand yg sama mcm kat gambar di atas, nak ikotkan tak perlu nak beli mixer dan oven lagi...tapi mesin gabak (3kilo tepung) mcm ni ssh nak bawa kesana-sini. nak di ubah tempat pun tak berdaya inikan pula nak angkat bawa ke sana sini..tu yang minta en.abg beli yg kecik...yg cute gitu..senang nak bawa kemana je..

taraaaaa (yg ni betul)ni la rupa mixer stand yg en.abg belikan, tp gambar dr kotak..en.abg beli dari chef asma, sebab ape en.abg beli dengan chef asma selain harganya murah dari yang ada d pasaran, suami chef asma ni kawan en.abg so senangla dorg nak berurus niaga...mmg murah dr yg saya penah jumpa di pasaran.

 yg ni mixer sebenar

pandangan dekat, dengan 3 jenis hock, untuk adun roti, kek dan biskut..mmg serbe guna dengan menghsilkan produk bakery yang pasti memberi kepuasan...

lepas ni boleh la buat roti untuk kakak, tak yah g 7e semata-mata nak beli roti kakak je...saya pun jelous toi bila kekawan blog lain buat mcm2 jenis roti dan kek...misi akan di lancarkan  heeeee..ok lah nak citer pasal dpt mixer stand jer dari en.abg...best toi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...