Feb 25, 2011

Soto Ayam

Ain Fajar | 8:52 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
menu tengah hari tadi dan terus bawa ke malam...saya mmg suka makan soto nih, bagi 2 mangkuk yang besar pun leh habis, tak padan dengan saiz badan hehe...dah lama teringin nak makan..hari ni, en.abg cuti saya pun buatla..baru best makan ada kawan...
 senang je nak buatnyer..saya suka yang kuahnya kurang rasa rempah, so saya buat yang simple je.kalau sesape yang suka rasa rempah yang kuat boleh tambah sub bunjut...kuah soto ni saya ikut cara arwak mak saya masa dia niaga kat kanting sekolah dulu..
ok jom skodeng2 resepinya..
 Bahan-bahannya :  )
500 ml air
100 gm ayam
tulang ayam yg telah di goreng
garam secukup rasa
perasa ajinomoto (tak letak pun boleh)
lada hitam ( agak2 je)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang.
1/2 biji kiub ayam

cara-caranya :)
  • reneh air dalam periuk dan masukkan ayam yang telah di potong dadu serta tulang ayam yg telah di goreng.
  • tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia serta terus je masukkan ke dalam periuk.
  • apabila sudah mengelegak masukkan garam dan bahan perasa serta lada hitam.
  • apabila kuah masak, tabur  daun sup..

Bahan isi soto : )
Bihun atau soun
kacang tanah
danging ayam
tauge
sawi
nasi impit

cara-caranya : )
  • goreng kacang tanah hingga garing.
  • goreng bihun atau soun hingga kembang (jgn basuh)
  • goreng ayam dan carik2kan (tulang ayam masuk ke dalam kuah)
  • celur tauge dan sawi.
sambal kicap : )
10 biji cili padi
2 sudu gula
kicap secukupnya
caranya: )
  • kisar atau tumbuk cili padi bersama gula.
  • apabila sudah lumat masukkan kicap.
cara hidangan : 
  • masukkan nasi impit, soun goreng, kacang, tauge, sawi, ayam.
  • tabur daun sup dan bawang goreng. 
  • tuang kuah sup dan sambal kicap.
mudah je kan..tapi amik masa sikit. tapi puas hati..hasilnya berbaloi-baloi.
k selamat mencuba!!!!!

Feb 24, 2011

Masalode

Ain Fajar | 8:49 PM | 0Comments |
Assalamualaikum...
salam pagi jumaat untuk semua...dah sarapan? pagi ni saya sarapan kuih masalode..tak pasti nama dan ejaannya betul ke tak..asal ada bunyi ok la tu...kuih ni mengingatka saya masa zaman sekolah dulu..tiap2 hari mesti mak cik kantin buat kuih ni, ye la mana tak nyer senang nak buat dan modalnya pun murah...masa my mom niaga kat kantin sekolah dulu  pun hari2 la saya dok mengadap kuih ni.dah lama tak buat..masalode ni antara kuih paberet saya, tak sangka plak en.abg pun suka masalode ni masa dia sekolah dulu..serasi latu..hihi..sebenarnya en.abg la yang suruh buat masalode, tibe-tibe teringin nak makan, rindu masa zaman sekolah dulu katenye...saya pun buatla memandangkan dah lama tak buat dan nak buatnya bukanlah susah pun..

 haaa ini la rupa masalode yang saya buat pagi tadi, senang, cepat dan murah je kosnyer..saya buat dapatla dalam 13 biji..jadilah makan 2 orang, kakak 2 biji dah cukup, c fina 1 biji pun tak habis2..gigi depan je yg ada lambat la dia makan...

Bahan-bahannya : )
2 cawan kacang dal
1 tangkai cili kering
½ sk garam
Secubit perasa (ajinomoto)
½ biji bawang besar
1 sk jintan putih
1 tangkai daun kari

Cara-caranya :
  • Remdam kacang dal semalaman.
  • Kisar kacang dal guna blander kering. (jangan terlalu lumat dan jangan terlalu kasar, yg sedang2 saja)
  • Hiris halus, cili kering, bawang dan daun kari
  • Gaulkan kesemua bahan dengan kacang dal yang telah di kisar.
  • Kepal-kepalkan dan bulat2kan..
  • Apabila ingin menggoreng leperkan guna tangan masalode ikut citarasa masing2..jika ingin rangup leperkan nipis, dan ingin lembut leper sedikit sahaja..ok
  • Goring garing…siap!!!
Senang je selamat mencube ok!!!

Feb 23, 2011

karipap Pusiang sardin

Ain Fajar | 4:43 PM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 yg ni, saya buat semalam dan makan untuk sarapan pagi ...saje bosan tak buat ape buatla karipap pusing..bukan ape time boring2 ni, rajin sikitla buat karipap pusing, coz nak buatnya makan masa sikit..saya mmg suka makan karipap pusing ni..dah lama teringin nak belajar, akhirnya saya mahir juga membuatnya...hahaha mahir tak mahir la, kira bolehla kan...


dah banyak kali dah buat, saya dah syer kat n3 sebelum ni, tapi intinya berbeza lah..k jom kita tengok resepinya..resepi ni saya belajar masa ngandungkan kakak..arwah my mom yg suruh saya pegi kelas gantikan dia..masa tu dia dah tak sihat..bila buat kuih ni mmg syahdu teringatkan dia..

Bahan-bahannya : )
Bahan kulit karipap.
bahan A
120 gm tepung gandum
20 gm mentega 
1 sb gula
60 ml air sejuk

bahan B
90gm tepung gandum
1 sb minyak jagung
50gm shortening.

Cara-caranya : )
  • satukan semua bahan A.
  • uli bahan hingga menjadi doh yang lembut.
p/s : janagn uli doh dengan cara meramas tapi dengan hanya menggunakan hujung jari untuk mengelak doh menjadi liat.
  • satukan juga bahan2 B, hingga menjadi satu doh yang lembut.
  • gunakan hujung jari untuk menguli doh.
Bahan-bahan inti.
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
gula
garam
2 biji kentang

Cara-caranya : )
  • kupas kentang dan potong dadu. kemudian rebus hingga empuk, ketepikan.
  • kisar bawang besar, halia, serai, dan bawang putih. 
  • tumis bahan kisar hingga naik bau..masukkan sardin sambil hancur2kan isi ikan.
  • masukkan gula dan garam ikut citarasa sendiri.
  • masukkan kentang yang telah di rebus tadi. tunggu hingga inti kering.
  • sedia untuk membuat karipap..
ok gamab2 kat bawah adalah kaedah yg saya gunakan untuk melapis kulit karipap pusing ni..kaedah ni saya belajar dari kakak saudara saya (kak milah). kak milah ni mmg pandai buat kuih muih. sekarang ni dia seorang pengusaha biskut raya..sambil bekerja sebagai guru tadika..dia mmg seorang yang sangat kuat semangat.saya mmg puji sikap peribadinya..terima kasih banyk2 ilmu yg sudi dikongsi bersama. Dia ajar saya dengan membuat demo 2 kali kat umah dia, pastu saya latih sendiri..tak susah pun 2 3 kali try dah pandai. so kalau korang try mesti menjadi, yg penting usaha..


ok, bila da siap kedua-dua doh, bulatkan sebesar duit 50sen, mcm kat gmbr sebelah ni yer..yg putih lebih kecil dari yg kuning





kemudian, masukkan doh yg putih kedalam doh yg kuning..leperkan guna tangan je, pastikan yg tengah tebal dan sekelilingnye nipis sedikit.



jadi lah seperti ini.bulatan yg besar.






kemudian, gelek nipis seperti yg tertera di gambar.







kemudian potong guna pisau separuh bulatan.





pastu gulung mcm yg kat dalam gambar tu. jari tangan kiri gulung jari tangan kanan  tekan bahagian tengah supaya ianya gulung ikut bulatan.










so, jadilah mcm ni..mcm ulat gendon (ulat daun) kan? hihihi







kemudian gelek lagi mcm yg kat gambar tu.






pastu gulung..





pastu potong 2. jadilah mcm yg kat gambar tu. kiranya 1 biji leh hasilkan 2 biji karipap.





pastu gelek. pastikan yg bhg dalam diatas mcm yg saya letak di sebelah yg leper tu.






kemudian leh letak inti dan klim karipap mcm biasa. boleh juga kalau nak guna acuan karipap.





ok dah siap!!!

dah boleh goreng..boleh juga disimpan buat mcm kuih frozen.





kalau nak goreng karipap ni gunalah api yg slow supaya kulitnya masak sebati, dan warnanya cantik..kalau makan time suam-suam kuku mcm mkn pastry gitu...lembut tapi rangup..mmm mcm mn tu yer...hihihi naka tau kena try dulu...faham tak kaedahnya tu..kalau tak faham leh tanye k...
ok lah selamat mencuba yerrrr....

    Feb 21, 2011

    Kebab Daging

    Ain Fajar | 6:13 AM | 3Comments |
    Assalamualaikum..
    salam semua..ni sepatutnya n3 mlm semalam, tak de mood nak up date blog bila line tenet slow sgt2..semalam rasa malas nak makan nasi..tengok dalam frez ada lagi daging cincang yang berbaki, mmm trs ajak en.abg pg kedai cari roti kebab..nasib ada, rezkilah kan...pasar area trgn ni, saya belum jumpa lagi orang jual kebab...so buat sendiri lah, tapi x sama lah mcm yg kat jual kat pasar malam tu, peralatan tak ada..tak pe janji sedap juga kan..
     ni la kebab yg tak berape nak cun..yela main curah je sos tu, tu yg tak cantik..mula2 buat 3 biji je, yg tak ada sos tu kakak punye..2 biji lg untuk saya n en.abg, pas tu buat lagi abiskan inti.. 
    k lah jom kita tengok mcm mn nak buat inti daging kebab ni..senang je...saya hentam jerr, tak sangka menjadi..bila leh telan 2 biji kebab daging, beranilah nak syer kat cni...

    Bahan inti..
    4 biji roti kebab
    100gm daging cincang
    1 biji bawang besar
    6 sudu sos lada hitam
    hiasan
    1 biji telur
    timun
    sos cili

    Cara-caranya :
    • hiris bawang besar dan tumis hingga layu
    • masukkan daging cincang tunggu daging sedikit masak
    • masukkan sos lada hitam dan kacau sebati. tunggu daging masak dan kering..
    dah siap, senang je kan, sos lada hitam tu mmg dah sesuai rasanya tak perlu letak garam dan gula lagi...saya guna sos black paper serawak...mmg sedap
    ok selamat mencuba yerrr...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...