Aug 18, 2013

Selamat Aidilfitri 2013

Ain Fajar | 6:57 AM | 2Comments |
Asalamualaikum

Salam syawal untuk semua, kekangan masa dan kesibukan diri serta tahap kesihatan yang merundum sepanjang ramadhan berlangsung, tidak mengizinkan untuk saya mengadap lapy dan mencoret sebarang cerita di dapur alam maya ni,. tidak kira lah sama ada bercerita tentang hal keluarga mahu pun menu yang suka saya kongsikan di sini..

Hari nie, 11 syawal barulah saya berkesempatan untuk mencoret di sini..kesibukan mula reda memandangkan en.abg dah kembali bertugas di Terengganu..segala aktiviti akan berjalan seperti biasa mulai esok..anak2 mula sekolah..saya? nak berehat dari mengambil oder yang banyak memandangkan kesihatan saya buat masa ini tidak mengizinkan saya bergerak aktif. semua oder dah all out masa puasa yang lepas..sambil berehat sambil melakukan ibadah puasa 6..in sya allah.

syawal kami sekeluarga tahun ini sama sahaja seperti tahun sebelumnya..sibuk memanjang..memadangkan keluarga kedua belah pihak sangat dekat..dalam sehari kami berulang alik kesana sini bagi memenuhi program kedua belah pihak..sangat penat..tapi apa daya semua hati ingin kami jaga..tak eloklah di hari raya nie kami bermasam muka pulak...di hari raya pertama kami habiskan masa dengan bergambar di kedua belah pihak sambil bersalam memohon maaf sesama ahli keluarga..sempat saya rakamkan sedikit gambar kenangan keluarga untuk tahun 2013 di belah pihak saya, belah pihak en.abg saya xsempat nak ambil gambar sendiri, kerana kami menggunakan satu camera utama keluarga..nak tranfer gambar memang tak sempat..di hari raya seteruskan kami sibuk berkunjung kerumah saudara mara kedua belah pihak juga..rumah kawan2 memang tak sempat nak bertandang..mohon maaf kepada semua rakan2..

 semua cucu bapak saya, ramai bunga dari kumbang, bila la nak tambah si kumbang dalam group nie, semoga ade rezki saya menimang anak lelaki..

                    kenangan bersama nenek dan atuk, anak2 saya je yang panggil mbah..jawa sikit hehe

ni yang masih bujang, sepatutnya ade sorang lagi tapi dia kerja di pagi raya, maklumla klu masih bujang mesti mengalah dengan yang sudah berkahwin..

 Kenangan keluarga kami, 2 orang keluarga abang2 saya xsempat pulak saya nak snep, sebab c kakak dah meragam
Di kesempatan syawal yang masih berbaki ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat aidilfitri minal walfaizin, mohon maaf jika ada kesalahan sama ada sengaja atau tidak kepada semua pengunjung blog Resepi kehidupanku dan semua umat islam di seluruh dunia..terima kasih tak terhingga bagi yang sudi menyinggah ke sini.. :)

2 comments:

  1. assalamualaikum ain..

    selamat hari raya diucapkan dr SRC..maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya maaf zahir batin juga buat SRC

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...