Aug 20, 2013

My birthday

Ain Fajar | 5:43 AM | 1Comments |
Assalamualikum.

Syawal tahun nie, hari kelahiran saya jatuh di bulan syawal..tahun lepas pun sama..alhamdulillah..setiap tahun selepas saya menjadi sebahagian daripada keluarga en.abg, saya menyambut hari lahir bersama mak mertua saya dan adik ipar saya, kami lahir di bulan yang sama tapi hari sedikit berbeza dan tahun dengan mak berbeza tetapi dengan adik ipar lahir tahun yang sama..kira saya sebaya la dengan adik ipar saya, cuma saya tua 6 hari, dan dia tetap panggil saya kakak..biras saya isteri kepada adik ipar saya juga sebaya malah lebih tua bulan dari kami, tetap panggil saya kakak..mesti panggil ikut pangkat..sudah terdidik mesti panggil seseorang ikut pangkat termasukla sepupu..walaupun usia muda tetap kena panggil abang atau kakak..

eh ! cerita pasal pangkat plak..hari lahir saya jatuh pada 7 syawal iaitu 14 ogos..maka genap la saya 30tahun..dah masuk angka 3 dah..cepatnya masa berlalu...masuk angka 3 anak pun dah nak masuk 3..cepat je masa berlalu..tak perlu berahsia dengan umur, kerana ia mengingatkan saya kepada akhirat..perlu ade perubahan positif dalam diri..

kebetulan di hari lahir saya tahun nie, kami sekeluarga ke klang untuk beraya ke rumah adik beradik en.abg dan kami semua berpuasa 6 beramai2..di kesempatan itu juga kami berbuka puasa di restoren see food di tangjung harapan di port Klang...makanannya boleeeeh la..biasala kan bila dah biasa makan ikan fresh dari bagan bila dapat makan ikan yang dibekukan tak berapa nak sedap..tapi pemandangannya memang cantik di waktu malam.. sebab tu lah harganya mahal..walau macam mana pun kami sekeluarga berselera makan di kala seharian berlapar dan dahaga berpuasa..alhamdulillah..syukur dengan apa yang ada..


Dalam masa yang sama mereka semua meraikan juga hari lahir kami berempat, sorang lagi yang lahir di bulan yang sama adalah anak kakak ipar saya..yang lahir di bulan puasa 2 tahun lepas..



nie lah yang en.abg berikan kepada saya..sebuah jam tangan BONIA..memandangkan jam tangan lama saya dah rosak sebab tu en.abg gantikan dengan jam tangan baru...saya tak minta di ganti baru tapi cukup sekadar betulkan sahaja yang lama..sebab yang lama pun hadiah birthday saya 4tahun lepas..saya memang suka jam tangan yang comel, berwarna hitam berbentuk 4segi tepat. memang jam idaman saya..namun walau macam mana pun saya suke juga yang baru nie..yang lama nak baiki juga untuk kegunaan harian.


alhamdulillah, saya berharap bila usia saya mencecah 30-an nie hidup saya lebih baik dari sebelum nie, semoga Allah murahkan rezki saya, mudahkan urusan saya berbisnes, dan mampu mendidik anak-anak menjadi anak soleh dan solehah..serta kebahagian kami sekeluarga berpanjangan hingga ke akhirnya di dunia dan akhirat.   

1 comment:

  1. assalamualaikum ain,

    wah,bestnya dapat hadiah jam tangan bonia..selamat ulangtahun ya.selamat bergembira..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...