Nov 15, 2012

Mee kuah.

Ain Fajar | 4:05 PM | 2Comments |
Assalamualaikum..
Salam Pagi jumaat..hari nie saya nak Post mee kuah yang saya buat semalam..menu tengah hari kami sekeluarga mee kuah dari tulang lembu..masih berbaki daging dan tulang korban raya haji yang lePas..bila fikir nak masaka aPe lah daging dan tulang lembu yang melambak dalam freezer tu..
Teringat saya masa beraya ke rumah kakak sedare saya, kakak saya menghidangkan kami dengan mee kuah..saya memang tak Pernah makan mee kuah ni..saya dengan en.abg serta adik2 kerut dahi juga bila tengok hidangan ade tulang lembu..taPi balun je Perut dah laPar..bila makan mula jatuh hati dan terPaut kat mee kuah yang ade tulang lembu..terus niat kat hati, nanti raye korban nak buatla, mesti daPat tulang lembu banyak..bila raya haji yang lePas memang nak buat taPi keadaan dan masa sangat tak mengizinkan..semamalah baru berkesemPatan..

Rase mee kuah ni lebih kurang macam mee rebus juga, yang membezanya rase daging dan cara menyediakannya..saya buat mengikut citarasa yang saya pernah makan masa kat rumah kakak sedare saya..resePinya pulak saya tanye kat chef google..chef google plak suh saya pilih mana yang sesuai dengan citarasa saya..bila di cari2 akhirnya saya jumpa pada yang pakar..ruPanya mee kuah daging dari utara..hhhmm saya pun tak pasti..saya intai la satu dapur RESEPI NANNIE..k.nannie buat mee kuah menggunakan ayam, tapi menurut beliau pada kebiasaan mee kuah utara ni letak tulang lembu..tu yang saya terus je salin resepi dan buat..dan rasenya lebih sedaP sebab ade rasa lemak kacang sebagai Pemekat kuah.


jom la tengok resepi..kalau tak de tulang lembu, tulang ayam pun boleh, isi ayam pun boleh..tapi tambahlah kiub daging yer..sebelum tu saya ucapkan tq pada k.nannie dengan resepi yang sedap nie.

Mee Kuah Daging.
sumber - Resepi Nannie

Bahan-bahannya

300grm udang sederhana besar
300 gm ayam atau daging\ tulang lembu
1-2 peket mee
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos besar sos tomato
1 liter air - boleh tambah jika nak lebih kuah
500grm ubi keledek-direbus sampai empuk dan dilenyek
1 cawan kacang tanah -digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit , kisar sampai halus.
1 kiub perasa daging \ kalau dah guna tulang lembu tak Perlu letak.
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

7 biji cili kering-kalau suka pedas tambah la lagi
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

10 biji telur direbus
1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
taugeh dan sayur sawi dicelur
3 biji tauhu - dipotong nipis dan digoreng garing
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)


CARA-CARA MEMASAK:

- rebus tulang hingga lembut dan  udang dibuang kulit dan kepala . Semua kepala dan kulit udang tadi direbus bersama 2 cawan air . Kisar semua kepala dan kulit udang tadi dengan air rebusan kemudian ditapis ambil air rebusan tadi dan buang semua hampas kepala udang ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak kemudian masukkan tulang lembu  kemudian masukkan air rebusan udang tadi dan 1 liter air . Masukkan semua udang , kiub daging , sos cili dan sos tomato serta kacau kuah ni .

- Masukkan semua ubi keledek yang dah dilenyek lumat dan kacang tanah tadi . Kacau kuah dan masukkan garam secukup rasa . Jika kuah agak pekat boleh la ditambah air lagi ikut pada citarasa sendiri .
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.
 
 CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , sayur sawi , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup . bawang goreng dan cili . 
ok selamat mencuba!


2 comments:

  1. Selamat pagi Ain,
    sedapnyalah dapat semangkuk mee kuah! Bubuh kuah banyak2... sliurrppppp

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum ,Puan Ain .Bleh tak klaw tak guna udang ? Sebab saya ada alegik .Satu lgi ,kiub daging ? Apa dy ya ?
    -mohon dibalas-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...