Aug 10, 2012

Biskut Oreo

Ain Fajar | 8:40 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
N3 diteruskan dengan biskut raye saya yang kedua..biskut nie dah masuk senarai tahun lepas tapi tak cukup masa nak buat..lagi pulak dah banyak..en.abg kate nnt tak termakan..eleh bukan kita yang nak makan semua..kan untuk tetamu yang beraye..kalau sedap mesti habis, tak yah tunggu tetamu, orang yang kat rumah tu sendiri makan pun mesti habis..kalau simpan memangla tak habis..tahun ni saya buat awal2 supaya tak tertinggal..
Masa saya tengok kat blog k.1 terus berminat dan salin resepi memang nak buat..akhirnya tahun nie dapat juga saya buat biskut Oreo nie..berbaloi tidak menghampakan..memang sedap dan nampak cantik..cantik luar dan rasenya..memang akan saya buat tiap tahun selepas nie...bila tengok pada resepi simple je, basic, cuma tambah biskut oreo kat dalamnya..
Spirooo sape makan mesti kate sedap sebab dah terpukau..kiki..uniknya bila makan biskut ni, rase macam ade selapis kulit nipis yang rangup..dan biskut kat dalamnya memang rangup..kalau nak buat pop kek pun sedap juga, rangup diluar dan lembut di dalam..kalau kita kurang bakar memang macam pop kek..sedap juga...saya tak tersengaja bakar jadi pop kek tadi..hehe..untuk buat biskut kena lanjutkan pembakaran supaya semua keras rangup..
 jom kita skodeng resepi yang K1 bagi.

Biskut oreo
sumber:  K1

Bahan-bahannya:
280gm mentega
200gm gula kastor
50gm serbuk koko
30gm tepung jagung
250gm tepung gandum
20gm biskut oreo
1/2sk baking powder

hiasan:
biskut oreo (kisar)
putih telur
coklat masak putih

Cara-caranya:
  • pukul mentega dan gula hingga sebati.
  • masukkan semua bahan dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  • bulat2 kan doh sebesar guli, celup dalam putih telur dan golekkan dalam biskut oreo.
  • masukkan doh kedalam paper cup dan bakar selama 30 minit pada suhu 180c.
  • apabila masak dan sejukkan..
  • boleh hias dengan coklat masak putih..ikut kreativiti masing2 la ye nak corak macam mana..
sila lah menjamu mata, nak rase buat sendiri..resepi ade kat atas tu yer..kalau tak nak buat sendiri meh datang ke rumah beraye..hehe

selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...