Mar 27, 2012

Nasi Goreng kampung.

Ain Fajar | 7:35 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..
kali saya buat nasi goreng kampung pula untuk santapan en.abg dan juga kawan2nya..nasi goreng kampung special dan original...haaa punya la panjang namanya..hihihi..sebab ape saya letak nama yang panjang menjela tu, sebanya nasi goreng ni terasa belacannya, dan saya sertakan juga makanan tambahan iaitu telur mata kerbau dan juga sup kosong yang berasaskan air rebusan daging..dah macam tu mestilah special kan..harap2 ianya menepati citarasa mereka yang menikmati hidangan saya malam ni..

snap kat dalam polisterin je hari ni..sup pun elok je dok kat dalam plastik..xpelah nampak juga kan..saya da zoom walaupun nasinya malu nak post kan diri..hehe

seperti biasa, walaupun sekadar nak buat nasi goreng kampung saya masih rujuk beberapa sumber untuk memastikan bahan-bahan..dari internet, blog kawan2 dan juga buku masakan chef haneiliza..bila dah banyak rujukan mula dah tak tau nak ikut mana satu..so last2 saya campur semua cedok sikit2 dan jadilah resepi saya sendiri..sebenarnya nasi goreng mak mertua saya tu dah macam nasi goreng kampung tapi saya tambahla juga apa yang patut mengikut rujukan saya..ok jom kita tengok resepi yang saya cedok2 dan campur2..walau macam mana pun tetap sedap..tak percaya cuba, try, test hahaha....

Nasi Goreng Kampung.

Bahan-bahannya :)
4 cawan nasi putih
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 ikat kankung
2 sudu sos tiram.
3 sudu kicap cair / lebih pun boleh
1 inci belacan
1/2 cawan ikan bilis (saya guna 1 biji  kiub ikan bilis )
garam secukupnya
1/2 sudu gula
2 biji telur

cara-caranya:
  • tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan
  • tumis bahan yang telah di tumbuk hingga sedikit garing.
  • masukkan sos tiram, kicap, garam dan gula..(garam jika perlu je okey)
  • masukkan kangkung gaul hingga kangkung layu
  • jika ingin canpurkan telur dalam nasi pun boleh..masukkan telur dan biar seketika hingga telur mengeras kemudian hancurkan. baru masukkan nasi gaul rata.
  • dah siap.
  • kalau suka telur mata kerbau tak perlu masuk telur kedalam nasi.
  • ikut selera masing-masing lah yer..

terpulangla macam mana anda nak persembahkan nasi goreng ni, asalkan sedap..nak ikutkan tak perlu sup kosong pun tak pe..saya ni sebab nak hidang kat costemer so kena la special sikit.
ok lah selamat mencuba!!


2 comments:

  1. menu dinner malam td.. hehehhe..

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum Ain..
    Macam makan di kedai lak. Ada sesetengah kedai makan tu kalau oder nasi goreng, mmg disertakan dgn sup kosong.. Bestnya tengok gambar dan resepi ni w/p resepi biasa dan ringkas.. Kalau Ain masakkan utk Naz lagi best..hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...