Mar 26, 2012

cream puff

Ain Fajar | 8:46 AM | 4Comments |
Assalamualaikum..
comey tak cream puff saya..bentuk angsa lagi...romentik gitu..dah lama teringin nak try buat..masa lepak kat dapur kak1 (blog citarasawan), cantik2 cream puff yang kak1 hasilkan..macam2 persembahan yang beliau publish memang saya sangat teruja dan tak sabar nak mencubanya..mana tau boleh buat untuk hantaran juga macam kak1..sangat cantik dan kreatif..saya punya swan nie tak bape cantik, lehernya terhangus..percubaan pertama, lepas ni dah tau la nak handle oven..oven setiap orang tak sama so kalau pertama kali buat memang akan jadi mcm tu walau pun kita dah tau oven kita macam mn..lepas ni buat cantik2..

 Yang ni bentuk biasa je, saya guna nozzel bintang...sebenarnya ini adalah percubaan saya yang kelima..haa hambik..punyala banyak kali buat tak jadi2..maksud tak jadi tu macam2 la kejadiannya..semuanya tak menepati pawai citarasa sendiri..dan semestinya tak sama macam orang lain buat..banyak resepi yang saya try tapi tak menjadi..alhamdulillah pertemuan resepi yang kelima dengan teknik yang betul akhirnya saya bertemu jodoh dengan resepi yang satu ni...memang sangat2 berterima kasih sangat pada kak1 (citarasawan), jodoh saya dengan resepi cream puff  adalah dari beliau..teknik membuatnya saya belajar dari you tube..nak memasak pun kadang2 kita perlu berguru..resepi mana2 kita leh ceduk tapi skill dan teknik tu memang susah nak dapat macam tu je..terima kasih juga la cikgu you tube yang mengajar cara2 wat cream puff ni, saya pun tak ingat yang mana satu..banyak juga saya tengok..bercampur2..
menurut kak1, cream puff yang menjadi dan cantik adalah, cream puff yang lembut, ringan, sedap dan berongga serta berlapis didalamnya..dan cara pembakaran juga penting bagi saya la..kemudian yang harus dijaga jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran..dan kalau nak tau tip yang lebih lanjut klik je kat sini..banyak sangat info berguna untuk kita.

jom kita tengok pula resepi yang kak1 syer kat blog beliau..sekarang ni saya minta syer juga kat blog saya ni, sebagai rujukan akan datang dan juga sesiapa yang ingin mencuba..

Cream puff.
Resepi asal: kak1 ( citarasawan)
menyediakan : ain (Resepi kehidupanku)

Bahan-bahannya :
110gmmentega
250 gm air
1 st gula
1/4 st garam
150gm tepung gandum
4 biji telur.

cara-caranya :
  • didihkan air bersama mentega serta gula dan garam, hingga semua larut.
  • tutup api dan masukkan tepun.
  • kacau hingga menjadi doh.
  • buka api perlahan dan kacau hingga kelihatan kerak nipis pada periuk.
  • sejukkan.
  • apabila doh dah sejuk/suam2, masukkan telur satu persatu..kacau hingga sebati.
  • pastikan adunan licin, kilat dan poleh di paipkan.
  • guna nozel bintang, juga boleh guna yang bulat sahaja, masukkan adunan ke dalam piping bag.
  • panaskan oven pada suhu 180c.
  • paipkan adunan ke atas loyang yang dolapik dengan kerta minyak yang telah di glis dengan mentega.
  • bakar pada 180c selama 15 minit, guna rak yang atas, kemudian turunkan suhu ke 160c bakar lagi selama 15 minit.
  • jangan buka oven selagi cream puff masak.
  • keluarkan potong separuh dan isi inti kastad, atau coklat (nutella).


bahan untuk inti kastad : )
250ml susu cair/ susu segar.
2 sd gula
2 sb tepung kastad
1 biji kuning telur
1/2 sb mentega.

caranya :
  • campurkan semua bahan kecuali mentega..kacau sebati dan larut.
  • masak atas api hingga pekat dan masukkan mentega.
  • simpan dalam peti sejuk hingga ianya beku sedikit.
  • kemuadian boleh paipkan ke dalam cream puff.

kuih ni sedap...keluarga saya sangat sukakan kuih ni bukan en.abg dan kakak je yang suka tapi seluruh keluarga besar en.abg (mak abah, mak cik, pak cik, kakak, adik, biras, anak sedara, cucu) sukakan cream puff ni, sebab tu saya berusaha untuk membuatnya sendiri..nanti ada jamuan ke, kenduri ke boleh buat sendiri je...sebenarnya semalam saya dah buat cream puff ni, tapi buat separuh adunan je takut tak jadi lagi, tapi rupa2nya menjadi..saya letak nutella, c kakak lah yang menghabiskannya..pastu dia nak lagi..so hari ni saya buat lagi 1 aduan, kononya nak bagi ayahnya rasa, tapi hhhmmm hai hai bay bay lah..buat pagi tadi, petang tadi dia dok ngadap sorang..aciknya minta pun tak bagi..ayahnya memang tak merasala..

so, selamat mencubalah..
insya allah saya buat lagi, dan saya akan snep step by stepnya..kot ada yang teringin nak cuba kan..

4 comments:

  1. Wahhhhh. Yg ni mmg fvrite. Siap gadoh dgn uyun mase kt umah basyara. . . . Nk buat x rajin . Bole ibu ain buat tuk mummy.

    ReplyDelete
  2. boleh plak die tegak cenggitu.. kalo aku trus jadi donat aje kot.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. chik : leher angsa tu aku buat bentuk s lepas tu cucuk kat inti dia tu yg boleh tegag tu..klu ko buat ikut cara yg betul mst jadi.

    ReplyDelete
  4. k.nani: tau dah sume org rebut2 ms tu..lawak la korg siap bungkus letak dlm bag lagi..haha, tu sbb sy berusaha buat spy kita dpt mkn banyk2 tak rebut2 lagi..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...