Mar 26, 2012

Ayam goreng rempah

Ain Fajar | 7:29 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
menu hari ni, saya goreng ayam berempah...asalnya saya nak buat ayam masak merah, dah cakap dah nak buat menu2 tapi tetibe ubah fikiran sebab sayurnya tak sesuai..klu makan tak ngam la...hehehe...
inilah rupa paras ayam berempah saya...nampak sedap kan? mana taknye semerbak di pelusup ruang rumah bau harum rempah ratus dah macam raya atau kenduri je.. tapi bukan nampak je, memang rasenye sedap pun..haha puji diri sendiri..ayam berempah dah biasa orang buat..mesti ramai yang dah tau kan...saya ni pun main taruk2 je, lupa pulak nak sukat..xpe lah, saya cuba untuk letak sukatan yang senang..ada sukatan senangla nak buat rujukan bagi sesiapa yang pertama kali nak mencuba..tapi kalau ikut pirasat gerak tangan pun boleh..hehe untuk makan sendiri ok la tu...

terus ke resepi

Bahan-bahannya :)
1 ekor ayam
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
2 sudu biji ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu serbuk cili (lebih pun tak pe)
garam secukupnya.
tepung jagung.

caranya:)
  • Blend semua bahan2, kecuali ayam dan tepung jagung.
  • potong ayam ikut suke dan bersihkan.
  • perap ayam dengan bahan yang telah di blead selama 1 jam atau lebih.
  • panaskan minyak, sementara tu gaul rata tepung jagung bersama ayam.
  • goreng ayam hingga ayam masak dengan api yang perlahan dan kuali ditutup.
  • anggkat dan hidangkan..

senang je, boleh masak untuk kenduri, majlis2 ke jamuan ke..makan tengah hari ke..ikut kesempatan kita la.
kalau yang bekerja tu kan, time cuti hujung minggu boleh sediakan bahan2 perapan pastu simpan dalam freez, bila balik dari kerja keluarkan, bila dah nyah beku boleh la goreng..jimat masa kan..

selamat mencuba!! 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...