Mar 28, 2012

Daging Merah.

Ain Fajar | 9:02 PM | 1Comments |
Assalamualaikum..
Daging merah adalah menu malam tadi yang dihidangkan untuk kawan2 en.abg..saya guna daging import..tak berapa cantik daging yang saya dapat..ye la kan kalau beli yang import ni dah siap bungkus tak boleh nak pilih..kebetulan dapat daging yang kecik2 banyak otot dan lemak..rasa rugi pulak beli macam tu, nak makan pun tak sedap..buang je la..
Resepi ni, biasa saya buat masak ayam masak merah..tapi bila dah buat masak daging lain pula rasanya..tapi still sedap...juri tetap mengatakan ianya ok dan sedap.. so tak perlu ragu la kan bagi sesiapa yang nak try resepi ni..lagi pula bukan saya reka, tapi resepi asal dari arwah mak saya yang mana beliau juga selalu masak untuk ayam. jomlah layan resepi.

Daging Merah :)
by ain : Resepi Kehidupanku.

Bahan-bahannya :)
1 kilogram daging 
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas 
2 batang serai
7 sb cili boh (cili kering lagi sedap)
3 sb sos tiram
5 sb cili sos
2 st garam
5 sb gula
cukup rasa secukupnya (jika suka)
2cawan air
1 biji bawang besar hiris tebal.
 
cara-caranya :)
  • rebus daging hingga lembut, toskan dan hiris nipis.
  • bland semua bahan. kemudian tumis bahan yang d blend hingga naik bau.
  • masukkan cili boh masak hingga naik minyak. masukkan gula dan garam
  • masukkan daging yang telah di rebus tadi, gaul rata.
  • masukkan air dan tunggu kuah mendidih dan sedikit pekat.
  • masukkan bawang besar, apabila bawang layu tutup api.
  • siap...sedia dihidangkan dengan nasi putih.

mudah je kan..cuma masa untuk merebus daging agak makan masa.

selamat mencuba.

1 comment:

  1. ko beli daging yg dalam kotak tu ke??? banyk weh.. bape kilo satu kotak tu???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...