Mar 29, 2012

Ayam Masak Rose

Ain Fajar | 6:04 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Ayam masak rose...hhhmmm baru 1st saya masak ayam rose nie..makan pun macam tak pernah, tapi tak tau la kalau ada makan masa kat tempat kenduri..saja nak cuba sesuatu yang baru..walau pun baru nak try saya memberanikan diri untuk menyediakan hidangan ini untuk kawan2 en.abg..baru nak try dah terus nak jual nie, ..dalam keadaan time masak tadi tak boleh rasa..kenapa tak leh rasa? sebab saya puasa tadi..hadoooiiiy kalau tak sedap turun la saham perniagaan saya, tapi tak pe insya allah saya yakin mesti ok lah..bila saya makan time berbuka tadi okla, macam makan nasi kenduri la plak..ayam masak rose ni saya pasangkan dengan nasi jagung..untuk nasi jagung nanti kita tengok n3 seterusnya..

asalnya sayan nak buat ayam masak merah untuk pasangan nasi jagung tu nanti, tapi bila saya terjumpa blog anis nabilah chef selebriti yang terkenal tu, saya pun ubah fikiran dan terus berminat untuk mencubanya..dalam blog beliau, nasi jagung yang di sajikan disesuaikan dengan nasi jagung..dah kebetulan saya nak buat nasi jagung, so saya pun terus nak buat ayam masak rose ni walaupun tak pernah buat dan rasa..tapi alhamdulillah ianya tidak mnegecewakan..memang sedap..saya berterima kasih la kat chef anis nabilah atas syer resepi yang beliau tunjukkan..memang berbaloi sayan mencubanya..boleh meluaskan pengetahuan saya dalam dunia resepi ni..

ok lah tak nak celoteh panjang, nak buat n3 seterunya pulak..ok jom layan resepi chef anis nabilah..

Ayam Masak Rose.
sumber : chef  Anis Nabilah

Bahan-bahannya :)

2 ekor ayam dipotong 4 dan digoreng (saya potong 12)
Minyak masak
3 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
2 genggam cili kering (dikisar)
10 biji bawang merah (dikisar)
6 biji bawang merah (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1cm lengkuas (dikisar)
2cm kunyit hidup (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
2 sudu besar kas-kas (dikisar)
2 sudu besar biji ketumbar (dikisar)
1 sudu besar jintan putih (dikisar)
1 sudu besar jintan manis (dikisar)
1 tin sup tomato (saya tak letak dan ganti denga cili sos)
Gula
Garam


Cara-caranya :)
  • Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali dan tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis. 
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar dan tumiskan lagi sehingga harum dan pecah minyak
  • Masukkan sedikit air dan masukkan ayam yang telah digoreng
  • Setelah mesra, masukkan cili sos, garam & gula. 
  • Hidangkan bersama Nasi Jagung.
senang je nak buat,tapi banyak bahan dan rempah digunakan untuk masak ayam rose ni.
oklah selamat mencuba, bagi yang ingin merasa kelainan dalam masakannya. manalah tau nak buat jamuan kecil2 ke, makan besar bersama keluarga ke ape2 lah..ikut keselesaan dan selera masing2..

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...