Nov 20, 2011

Seri ayu

Ain Fajar | 6:25 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..
Kuih ni dah biasa saya buat tapi baru kali ni saya letak kat n3 ni..masa raya haji yang lepas kakak ipar saya buat kenduri cukur jambul dan akikah ketiga-tiga anak lelakinya...semua bujang... so untuk sarapan orang kampung yang datang gotong-royong masak-memasak.. bak kate orang jawa orang kejobos atau lagan. saya suka makan kuih seri ayu ni, tapi nak buat agak makan masa..bukan susah tapi bab nak letak kelapa tu yang makan masa sikit..tapi oleh kerana dah lama tak makan so saya buat untuk kenduri hari tu..


ok jom terus je kepada resepinya..resepi saya cedok dari blog k.Yatie..mmg menepati citarasa saya. tq k.yatie syer resepi kuih ni..

Bahan-bahannya:)
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil b. powder
  • 1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
  • perisa pandan
  • 2 cawan kelapa parut putih*
  • 1 sudu besar tepung ubi*
  • 1/2 sudu kecil garam*
Cara Cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
  2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
Cara Memasak
  1. Satukan bahan bertanda* (lapisan kelapa) dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
  4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana. 
 
selamat mencuba!!!

1 comment:

  1. sya dah try rasepi ni masyallah sedap...tq for the rasepi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...