Feb 26, 2011

Ayam semur

Ain Fajar | 4:59 AM | 1Comments |
Assalamualaikum...
n3 kali ni adalah menu tengah hari tadi dan mcm biasa akan di bawa ke malam..ayam masak semur!!sebenarnya saya pun tak tau kenapa nama masakan ni masak semur..kemungkinan besar ianya adalah dari bahasa jawa.. ye lah masakan ni adalah resepi ibu mentuaku..keluarga en.abg mmg jawa tulin..saya ni dah kacuk2 dah..bahasa yang kami guna kat rumah bahasa melayu biasa..cuma persekitaran kampung dan kawan2 mmg jawa..so saya mmg faham kalau org cakap jawa..haa no kutuk2 ok!..
ok ni lah rupanya, mcm ayam masak kicap kan?, resepi masak semur ni, kita boleh guna ikan tenggiri atau ikan kayu selain ayam..biasanya mak metua saya guna resepi ni untuk masak ayam kampung. tapi saya guna ayam pekan je..jom tengok resepi. tak susah, sangat lah senang.saya masak ni kira main agak2 je.

Bahan-bahannya : )
1/2 ekor ayam
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sk jintan putih *
1 sk biji ketumbar *
1/2 inci halia *
1/2 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
sedikit ikan bilis (agak2 je)*
1 sb sos tiram
lada hitam
1 cawan air
kicap manis (ikut citarasa masing2)

Cara-caranya : )
  • bersihkan ayam, lumur ayam dengan sebuk kunyit dan garam kemudian goreng hingga masak
  • satukan bahan-bahan yang bertande bintang, kemudian kisar guna mesin kering atau tumbuk lumat.
  • masukkan bahan yang telah di kisar lalu tumis hingga sedikit garing.
  • masukkan kayu manis, bunga lawang, sos tiram, kicap dan lada hitam.
  • masukkan air. apabila sudah mengelegak masukkan ayam.
  • gaul sebati. boleh tutup api apabila kuah menggelegak dan menyerap pada ayam.
dah siap!!!selamat mencuba!!
P/S jika ingin menggunakan ayam kampung boleh masukkan 2 cawan air, tunggu ayam lembut, jika belum lembut masukkan air lagi dan tambah kicap.

1 comment:

  1. Salam Ain..
    Wah ain.. sedap nampak ayam tu.. terliur pulak rasanya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...