Feb 26, 2011

Muffin kelapa

Ain Fajar | 12:50 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
petang tadi saya buat maffin. tak pernah buat muffin, ni kira 1st la..saya buat muffin ni, sebab nak balas balik nasi dagang yang jiran sebelah bagi..semalam jiran saya ni buat kenduri doa selamat untuk pembukaan kedai barunya,, so dorg bagi la kat kami nasi dagang...mmm rezki tengah2 malam...sekali sekala..kalau selalu boleh gemuks la, mau jg badan ni benjoi sana sini..hahaha..

muffin kelapa versi ain. hehehe..1st buat terus menjadi, ni yang suka ni..tapi betul ke muffin lembut? saya tak suka makan muffin tapi suka buat, so tak tau muffin ni betul2 jadi ke tak..biasanya kalau muffin mesti merekah dan keras?sape leh jawab yer?? tapi muffin ni mmg sedap, rasa lemak serbuk santan dan kelapa keringnya, jiran saya cakap pun sedap dan terus nak tempah...hhmmmm!!lebar senyuman saya...saya yang tak suka ni pun habis 2 3 biji sekali makan. c kakak n en.abg lagilah tau2 hilang je dari pinggan..
ok kita skodeng dulu resepinya..resepi ni saya intai2 kat blog CMG dari DTS, kalau try resepi dari CMG ni mmg tak penah kecewa..i like DTS..

sumber : Chef Mat Gebu (DTS)
Bahan-bahannya : )
125 g mentega
2 biji telur gred A
80 g gula halus
150 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour) 
30 g kelapa kering
1 camca besar serbuk santan
1/4 cawan susu segar (mat guna susu cair)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur

 




CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Satukan tepung kek dengan kelapa kering, serbuk santan dan secubit garam, gaul rata. Ketepikan.
  • Putar mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga putih. Masukkan pandan paste dan kacau rata.
  • Perlahankan speed dan masuk tepung berselang seli dengan susu cair hingga selesai. Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh ke dalam muffin cup tadi dan tabur sedikit kelapa kering atasnya. 
  • Bakar 25 - 30 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.....
 memang senang nak buat. selamat mencuba yer!!! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...