Apr 8, 2012

Ain Fajar | 6:08 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 kek lagi...kek pelangi nie saje saya buat untuk sambut beday syuhada (kakak)..sebenarnya saje saya nak rase kek rainbow nie..ramai blogger masakan dah buat kek ni..saya pun tergoda juga nak try dan rase, yang paling tergoda bila tengok k.ta punya kek pelangi yang telah diubah menjadi corak petak macam papan dam, tapi cantik coz warne warni....kek ni macam kek putih telur yang pernah saya buat sebelum nie..tapi yang nie sedikit padat dan manis..lagi2 bila ditambah dengan aising yang manis..tu yang tak tahan nak makan bila dah manis sangat..saya ni tak suka makan manis2..lepas nie kalau nak buat lagi kena kurangkan gula..pastu nak buat macam k.ita buat..cantikkk sangat..
kek rainbow yang telah saya salut dengan aising dan dia hias dengan gambar kartoon muslimah..kakak suka kartun ana muslim tu yang buat ni..ni baru 1st saya lukis atas kek..saya nie bab2 melukis ni mmg dapat F..tapi dah c kakak suka art terpaksala saya pandaikan diri untuk melukis..lagi pulak zaman sekarang nie orang lebih suka lukis2 atas kek..so kena mahirkan diri kot2 la ada orang nak tempah..ni pun dah ramai yang minta saya buatkan kek yang ada lukisan diatasnya..ni yang tengah nak peratis nie..


nie rupa paras kek pelangi yang telah di potong..dapat buat 5 lapis je..tertebal..1st buat so tak pandai nak baget..next time tau lah nak bahagi macam mana..ada sesiapa nak resepi ker..saya amik resepi kek pelangi nie dari blog k.ita blog macam manis..saya syer juga resepi kat sini, minta izin kat k.ita nak copy  dan tempek kat sini..kot2 ada yang berkenan nak try buat kek nie..jom layan resepi

Rainbow cake.

Bahan-bahannya :
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

cara-caranya:

  • Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
  • Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
  • sapukan juga baking paper dengan butter
  • Panaskan oven pada suhu 170C

  • Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
  • Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
  • Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  • Masukkan esen vanila
  • Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  • Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  • *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
  • maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

  • Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
  • *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

  • Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
  • Masukkan dalam loyang
  • Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  • Bila dah masak letak atas redai
  • Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  • Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
  • Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
Bila kek dah sejuk potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. 
kemudian boleh di hias dengan aising, ikut suka dan kreativiti masing2..
saya guna aising seperti di bawah, juga saya copy dari blog k.ita..malas nak taip sebab internet macam kura-kura sekarang nie..tak taula kenapa..



FRESH CREAM FROSTING

2 cawan Non Dairy Whip Topping ~ pastikan dari peti ais
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanila
  • Menggunakan Stand @ hand mixer....whisker....pukul whip topping sehingga agak kental...
  • Masukkan gula icing ...vanila esen dan pukul lagi hingga frosting fresh cream betul2 'stiff '
  • Siap dah ...boleh gunakan utk deco cupcake tadi...
  • Decoration ikut citarasa memasing ya...
selamat mencuba!!


Apr 6, 2012

Kek coklat kukus

Ain Fajar | 11:10 PM | 3Comments |
Assalamualaikum..

n3 kek pulak kali nie..lama tak buat kek..saya buat kek ni sebab anak dara saya yang sulung tu sebuk nak makan kek strawberry..macam la dia nak makan strawberry yang masam tu..buat je lah kek coklat tapi letak aising dan letak je strawberry kat atasnya satle..buat dalam 4 biji je, itu pun saya buat saiz cup cake..dan selebihnya saya buat mini cup cake..senang nak makan dan saya memang suka yang comel2 nie..saya sangat suka cake chocolate moist..macam2 resepi saya da try..resepi dari chef Zubaidah salah satu resepi pujaan hati..tapi kali nie saya guna resepi dari zaima, saya jumpa di fotopage beliau..ramai blogger masakan dah try resepi ni, saya je yang selalu ketinggalan, maklumla baru nak belajar2..

suka saya nak syer kat sini resepi kek ni..sebab resepi yang nie pun dah buat saya jatuh hati..sebab hasilnya mmg tak mengecewakan..lembut dan sedap..makan tak jemu..lepas satu, satu lagi dan lagi dan lagi..tak sedar dah banyak masuk mulut..ank2 dara saya pun macam tu sorang sepinggan ngadap sorang satle..terkejut juga..memang sedap..
Kek coklat kukus
sumber : zaima fotopage.

Bahan-bahannya :)

BAHAN A: 
1 cawan  minyak / batter
1cawan serbuk koko
1 cawan susu cair / susu segar
1/2 cawan susu pekat.
1 cawan gula pasir

BAHAN B :)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 sb baking powder
3 biji telur.

Cara-caranya: )
satukan bahan A, larutkan di atas api perlahan.
pukul telur hingga berbuih, masukkan bahan A dan kacau rata.
masukkan bahan B dan gaul rata..
masukkan dalam loyang dan kukus dalama masa 1 jam / hingga masak.

Bahan-bahan untuk aising:

125gm kream well
125gm mentega
112gm gula aising (ayak)
pewarna mengikut kehendak masing2.

caranya:
  • putar semua bahan hingga kembang dan berkrim
  • bila dah siap bolehla masukkan pewarna ikut kesukaan masing2..
  • gula aising tu boleh dibuat sirap (air gula yg pekat) jika suka, aising akan menjadi lebih nampak kilat dan licin.

p/s : terpulang pada anda nak buat cup cake ke, kek besar ke atau mini cup cake..mcm yang saya buat..

ni yang saya buat saiz mangkuku biskut...comel sangat..nak mkn pun senang
 dah buat mini cup cake ni, saya tulis hapy beday..saje kurang kerje hahaha
letak dalam kotak coklat macam ni pun cantik..buat macam pop cake, leh hias ikut creativity masing2.

selamat mencuba!!sedap tau kek nie..tq pada zaima..memang sedap kek ni..saya bagi 10bintang mcm resepi chef zubaidah..

Apr 5, 2012

Tom yam

Ain Fajar | 5:50 PM | 3Comments |
Assalamualaikum..
salam pagi jumaat...sarapan ape yer pagi ni...saya pun belum fikir nak wat sarapan ape ni..ronda2 dulu ke dapur kekawan, kot ada ilham...sebelum tu nak post n3 masakan semalam..masak simple je..tak de mood nak makan nasi..penyakit m pun sedang melanda diri pulak semalam dan di bawa ke pagi nie..nak kumpul tenaga lawam dengan penyakit M ni...sebab plan hari nie nak buat beday girl..macam2 dia suh ibunya buat tok beday dia...baru 4 tahun da pandai minta macam2..budak sekarang pengaruh TV pun kuat juga..semalam saya buat tom yam..buat yang simple je main taruk2 je..janji ada rasa tom yam..hehehe..ye la bahan pun tak berapa nak cukup, tak plan pun nak buat tom yam tu yang tak beli bahan-bahannya..

Ni tom yam versi ain..saya suka banyak sayur dan pedas2..bila makan tu mesti kena berair je mata ni, baru puas hati..cepat sikit kenyang...gambar pun tak cantik, ternet slow xleh nak edit2..xpe lah janji ada gmbr dan hak milik sendiri..

ok jom kita tengok resepi yang simple ni..

Tom Yam..
by ain:
Bahan-bahannya:

3 biji bawang merah
2ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 batang lobak merah
3 biji putik jagung
seketul kubis bunga
2 biji tomato
1 paket pes tomyam
1 biji kiub tom yam
garam secukupnya
1 liter air
5 helai daun limau purut
1 batang serai
2 keping asam keping.
100gm sotong

cara-caranya:)
  • tumbuk bawang merah dan putih dan tumis dengan minyak yang sedikit. masukkan serai yang telah di ketuk.
  • masukkan pes tom yam dan masukkan air.
  • masukkan kiub tom yam asam keping, tomato dan sayuran yang lain.
  • apabila sayur lebut dan kuah mengelegak masukkan semua bahan yang ada.
  • masak hingga kuah menggelgak.
  • dah siap..senang je main masuk2 je.
  • kalau xtak tumis pun tak pe, rebus je..pas tu masuk semua. cuma daun limau purut kena masuk last takut pahit la pulak nnt.
  • kalau nak masukkan udang, kita kena rebus dulu baru masukkan udang dalam kuah tom yam untuk mengekalkan rase tom yam tersebut.
ok selamat mencuba.

Apr 4, 2012

Huruf H

Ain Fajar | 8:32 AM | 1Comments |
Assalamualaikum..

pembelajaran di teruskan lagi dengan huruf H, masih belum buat untuk aktiviti craf bagi huruf G..tak pelah teruskan je dengan huruf seterusnya..di samping tu juga teruskan membaca iqra' dan mengira..ajar secara tak lansung je, tak formal..sambil baring dan duduk melipat kain suruh dorang mengira ape yang ada di sekeliling..

H is for House..

gambar gelap sebab cuaca hujan time ni..ni je lah yg saya ambil..xbest nak amik gambar dengan cuaca mcm nni..
 aktiviti mewarna, gambar hello kitty untuk huruf h...yang gambar yaya tu pulak saje2 je..dah nak sangat terpaksa juga la saya lukis gambar kat baju dorang..ada juga rupa watak yaya dalam kartun boboiboy


huruh H besar dan Huruf h kecil..tungang langgang  huruf h kecil tu..tinggal kejap pg jemur kain, balik2 tengok dah siap tapi terbalik huruf h kecilnye..janji melekat je..ni la kakak kalau dia belajar kita tak tengok..janji siap..dan kadang tu tak bergerak pun, pensil pun dah jadi patung main, alat tulis semua ada watak masing2..adoyai..kakak ooo kakak..banyak imaginasinya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...