Jan 17, 2011

Samosa

Ain Fajar | 7:49 AM | 0Comments |
Assalamulaikum

haa ini la projek saya ptg tadi, samosa...dah lame teringin nak buat, tapi tak pernah makan pun, so mcm mn nak buat..dalam bulan lepas masa program reunion en.abg, dorg ada oder kuih samosa ni utk sarapan pagi. itulah 1st saya makan dan rasa intinya..banyak juga la saya makan kononnya nak rasa tapi mcm nak mentedarah je hehehe..rasa punya rasa mmmm dah tau ape yg ada dlm intinya...so saya try2 buat, oklaa mmg sama rasanya tapi rasa2nya mcm saya nyer inti lagi sedap...hohoho jgn marah angkat bakul sendiri..yelah mkn 2 3 biji x cukup, dah kenyang baru berenti mkn..10 bintang tau !! en.abg bagi..

ok jom kita kita tengok resepi dan cara-cara membuatnya..

Bahan-bahannya:

beberapa keping kulit popia.

bahan intinya :

4 biji kentang
3 sudu rempah kari ayam babas
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 ekor udang besar
1 cawan air
200 grm ayam cincang
garam secukup rasa
gula secukup rasa
setangkai daun kari

cara membuat intinya: 

  • kupas kentang dan potong dadu. kemudian rebus kentang hingga empuk.
  • kisar bawang putih, bawang besar dan udang 
  • panaskan 2 sudu mentega dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • masukkan serbuk kari dan daun kari.
  • masukkan air dan ayam cincang.
  • perasakan dengan gula dan garam.
  • kacau sebati dan tunggu inti kering

cara2 membuat samosa
ok gmbr yg kat atas ni cara-cara saya melipat hingga ia menjadi berbentuk 3 segi. maafla kalau gambarnya kecik tapi saya rasa korg boleh faham..sebelum tu kulit popia harus di belah dua..gam kulit popia guna putih telur k..

ok dah pun siap..senang je nak buat cm perlu sedikit masa...
selamat mencuba....... cawwww!

Jan 16, 2011

Bingka Roti Berlauk

Ain Fajar | 5:32 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

lama x post citer..penyakit M ni makin parah plak...geram toi la...hari ni saya dah berlawan pun dgn Penyakit M ni...dush!!dush!!dush!! ha saya menang juga huahahaha...bukan pe ari2 saya ada beli sebuku roti yg x dpt di kenal pasti jenamanya..oleh kerana roti gardenia xada saya rembat je la..pastu e.abg kate apasal rotinyer keras yer? ops! hehehe...diam je lah...maka terbengkalaila roti tu smpi nak luput tarikhnyer ...

haa ni lah roti yg saya rembat aritu...bla pg dapur je nmpk roti ni terbengkalai, terbayang2 roti ni pgl suh mkn dia, kesian plak..nak buang lg la sayangnye lah..so sy pun pegi la tinjau2 blog sifu2 yg selalu saya singgah..hah! jumpa dah kat blog k.yatie dari sinar kehidupanku..terus saya C & P dan buat...

tadaaaaa!! hihihi terus jadik, sedap jugak tau..tamat lah riwayat roti ni tanpa berlaku pembaziran...hehehe yg hitam2 tu bukan hangit tau tapi saya letak serunding yg sememangnye dah gelap, saje je tambah, syg serunding tinggal seco'et xde sape nak mkn...


ni lah hasilnya, soryla rupanya kurang cantik coz bingka lembut sgt2, terlebih air, tu lah kan pndi2 je tmbh airnye, kes syg air santan punye pasal laa..ok lah jom kita semak resepinya..minta izin ye kak yatie sy C & P resepi akak..tq coz kongsi resepi ni..tapi ada jg yg saya ubah tang lauknye, ye lah ikut bahan yg ada kat dapur je..

Bahan-bahannya : )

Untuk bingka roti :

10 keping roti putih
800 ml santan
3 sudu tepung gandum
3 sudu mentega
3 biji telur
garam secukupnya


Untuk lauknya:

400 mg daging cincang / daging ayam cincang
2 biji bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos cili 
200 ml air
Garam secukup rasa
bawang goreng 




Cara-caranya:


UNTUK BINGKA ROTI:-
  • Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan.
  • Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati.
  • Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
UNTUK LAUK :-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari dan  sos cili.
  2. Kacau rata dan masukkan daging ayam cincang  dan tuang air
  3. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering.
  4. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan. 
UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :-
  1. Keluarkan bingka dari oven tadi.
  2. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali.
  3. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya.
  4. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi. 
Selamat mencuba..kalau ada roti yg dah nak luput tarikhnye leh la buat bingka ni.. kalau mmg nak try lagi bgs kan ok...cawwww

Jan 11, 2011

Pokok Kelapa Dah Tumbuh

Ain Fajar | 6:10 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..

mmhuahahaha...pokok kelapa sape plak yg dah tumbuh ni...pokok kat kebun ke, tak pun pokok yg saya tanam kat depan umah...ish!!ish!! mana buleh nak tanam pokok sesuka ati, bukan umah sendiri, sewa je..kebun yg kat kpg tu mmg dah ada pokok kelapa tak yah nak tanam dah, leh tumbuh sendiri..

haaaa ni lah rupa pokok kelapa yg saya maksudkan, nampak tak rambut yg terpacak kat atas kepala c fina tu, kami panggil pokok kelapa, dah lama kami tunggu rambut c fina ni panjang, dah x sabo nak ikat rambut dia mcm pokok kelapa...hihihihi..rambut c fina ni mmg lambat tumbuh n panjang ikut ayah dia la, kalau potong rambut leh tahan 2 3 bulan baru potong lagi..ramai org kate c fina ni lelaki, muka sebijik ikut muka ayahnya..siap ada org kate saya ni teringin sangat nak anak lelaki.tu yg muka ank pompuan pun mcm lelaki..hish!! pepandai je kan.boleh di terima ke?.saya tak penah pun berperasaan sampai ketahap tu...bukan biasa ke kalau anak pompuan ikut muka ayahnya? barula rumah yg kami bina ni sejuuuuuk je..what everlah..

haaaa gmbr kat atas tu antara syuhada (kakak) dengan fina yg telah tumbuh pokok kelapanya buat pertama kalinya...haha c kakak ni cpt ckit tumbuh dan panjang rambunya, c kakak botak masa umur dia 5bln, umur dia 8 bulan dah boleh ikat pokok kelapa...c fina pulak botak masa 3bln, baru sekarang umur setahun lbh baru boleh ikat pokok kelapa, mmg la kami ni x saba, sebab beza sangat dengan kakak dulu..ingat masa raya yg lepas dah ada pokok kelapa rupanya tak ada lagi... haaa perasan tak yg dorg ni dua2 ikut muka ayahnya, masa dorg kecikla dah besar lainla sikit kot..


masa kakak umur setahun dah leh buat dua tocang, pokok kelapanya dah membiak..haha c kakak ni lagi nmpk gemuk dan sangat2 montel,risau juga saya dia jadi montel sampai besar. tapi bila dah dapat kaki dan berenti menyusu terus turun berat badan dia..kami x perasan pun.  bila tengok gambar baru perasan...tak tau la c fina nnt mcm mn, kurus ke tidak bila dah besar nnt..c fina ni lain sikit semua benda dia balun..


sekarang berat kakak 11 kg je, c fina plak 10 kg..sikit lagi dah nak sama dengan kakaknya..tak heranla kalau dia tolak kakaknya, compom kakaknya tegolek...

ok lah cawww dulu..

Laksa

Ain Fajar | 5:27 AM | 1Comments |
Assalamualaiku..

Selamat malam...malam ni saya tak makan nasi tapi makan laksa je..terasa teringin nak makan laksa la plak. kalau dah makan laksa mmg x pandang benda lain dah..faberet nih!!en.abg pun suka sangat, mmg senang keje..laksa ni mmg feberet kami adik beradik, dulu kalau arwah mak buat laksa dah mcm buat stok berniage je, beli ikan sekilo tok buat kuah laksa, kalau tak mmg tak cukup...hahahaha..rindunya ms zaman dolu2..

tadaa... ni la laksa yg saya buat ptg tadi, saje buat kuah pekat n pedas, dah alang-alang buat sendiri biau la malatop, yee dak? nampak yg warna hitam tu, itu otak udang @ petis, utk melemakkan lagi kuah laksa, mst tarok kalau tak mmg tak cukup syarat...baru kawww..ok jom kita semak resepinya..

Bahan-bahannya : )

4 ekor ikan kembong
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering ( boleh tambah jika suka pedas)
2 inci belacan
2 sudu kecil garam (ikut citarasa sendiri)
1/2 sudu ajinomoto
sekeping asam keping
2 kumtum bunga kantan
beberapa helai daun kesum

cara-caranya:

  • rebus ikan dengan menggunakan 500 ml air
  • asingkan isinya dan kisar halus dengan menggunkan air rebusan ikan tadi
  • kisar halus tulang dan kepala ikan kembung dan di tapis
  • kisar semua bahan kecuali asam keping.
  • masukkan semua bahan ke dalam periuk dan jerang hingga mendidih
  • masukkan asam keping, garam, daun kesum dan bunga kantan kacau hingga mendidih.

dah siap. selamat mencuba!!!! cawwww...
re
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...