Jan 11, 2011

Laksa

Ain Fajar | 5:27 AM | 1Comments |
Assalamualaiku..

Selamat malam...malam ni saya tak makan nasi tapi makan laksa je..terasa teringin nak makan laksa la plak. kalau dah makan laksa mmg x pandang benda lain dah..faberet nih!!en.abg pun suka sangat, mmg senang keje..laksa ni mmg feberet kami adik beradik, dulu kalau arwah mak buat laksa dah mcm buat stok berniage je, beli ikan sekilo tok buat kuah laksa, kalau tak mmg tak cukup...hahahaha..rindunya ms zaman dolu2..

tadaa... ni la laksa yg saya buat ptg tadi, saje buat kuah pekat n pedas, dah alang-alang buat sendiri biau la malatop, yee dak? nampak yg warna hitam tu, itu otak udang @ petis, utk melemakkan lagi kuah laksa, mst tarok kalau tak mmg tak cukup syarat...baru kawww..ok jom kita semak resepinya..

Bahan-bahannya : )

4 ekor ikan kembong
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering ( boleh tambah jika suka pedas)
2 inci belacan
2 sudu kecil garam (ikut citarasa sendiri)
1/2 sudu ajinomoto
sekeping asam keping
2 kumtum bunga kantan
beberapa helai daun kesum

cara-caranya:

  • rebus ikan dengan menggunakan 500 ml air
  • asingkan isinya dan kisar halus dengan menggunkan air rebusan ikan tadi
  • kisar halus tulang dan kepala ikan kembung dan di tapis
  • kisar semua bahan kecuali asam keping.
  • masukkan semua bahan ke dalam periuk dan jerang hingga mendidih
  • masukkan asam keping, garam, daun kesum dan bunga kantan kacau hingga mendidih.

dah siap. selamat mencuba!!!! cawwww...
re

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...