Semalam saya telah mencuba resepi sos keju yang di sapu ke atas pizza..memang sedap lemak berkrim..tak pernah lah saya makan pizza yang sedap macam ni..bukan nak puji diri sendiri tapi saya nak bagi tau yang idea k.DJ menggunakan sos keju ke atas toping pizza memang sangat mengamcam..tak sia-sia saya mencubanya..saya yang tak berapa suka makan keju boleh habis 3 4 slice..sedap tak muak langsung.
nak ikutkan malas juga nak menguli roti walaupun uli guna BM..tapi abang saya oder mini pizza untuk hari sukan di sekolah isterinya dan dalam masa yang sama dia juga minta saya buatkan pizza tuna..dah alang2 tu saya buat lebih lah..dan sediakan toping tuna dan juga ayam lada hitam. jom layan gambar dan resepinya.
Black paper chicken pizza
Hawai tuna pizza
Doh pizza
Sumber : Dayang Jack (Dapurku Sayang)
Pizza base I :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil yis segera mauripan
- 2 sudu besar susu tepung
- 160 ml air suam
- 1 sudu besar gula halus
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
- 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
- Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
- Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
- Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
- Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan
- Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
- Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
- Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
- Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
- Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
- Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Topping/Filling : (2 large pizza)
- 400 g ayam cincang (dicincang/minced)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
- 1/2 botol sos lada hitam (lain-lain pun boleh)
- sedikit garam dan gula
- 3 sudu besar mentega
untuk hiasan :
- sedikit oregano kerin
- hirisan nenas
- hirisan bawang besar
- keju parut
- lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan
bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau
rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan
selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan
krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada
sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat
lebihan roti saya buat frozen, nanti klu nak makan pizza tinggal buat toping n sos kejunya shaja.
bakar dalam 5 minit sahaja, bila sejuk paking dan terus simpan dalam frezeer.
mini pizza yang abg saya oder. 103biji untuk semua murid..satu sukan satu murid.
salam ain..
ReplyDeletebestnya makan pizza..
hehe sesekali mmg best, lagi2 la kalau buat sendiri, ikut selera kita nak letak toping apa pun.
ReplyDelete