Nov 27, 2013

Mini Red Velvet

Ain Fajar | 5:34 PM | 2Comments |
Assalamualaikum

Baru2 nie saya buat kek red velvet @ kek baldu merah versi cup cake.saje lah nak testing..sebab dah ade yang tanye klu red velvet yg cup tu berapa ringgit..jadi sebelum menjual saya kena kira kos dulu..tak boleh la nak main letak harga je..lagi pun kalau nak tiru harga yang orang lain letak tak patutla pulak..sebab setiap kawasan dan negeri berbeza dari segi harga bahan mentahnya..di samping itu juga saya pun dah lama tak makan c baldu merah nie..saya makan masa 1st saya cuba kek masa kek nie tengah meletop2 ..lepas tu kalau buat pun mesti tak makan sebab buat orang punya je..

resepi yang saya gunakan masih lagi menggunakan resepi yang sama seperti saya buat sebelum nie..buat masa sekarang nie saya berpuas hati dengan resepi yang saya jumpa nie, pernah juga saya mencuba resepi yang lain dan teknik yang berbeza tapi hasilnya tidak menepati citarasa dan ianya tak sesedap resepi yang saya gunakan nie..dah 2 resepi yang saya guna tetapi ianya tetap berbeza..ianya berbeza dari segi struktur kek serta kelembapan kek tersebut..bila ade sedikit perbezaan semestinya rasa juga juga akan mempengaruhi rasanya..


ok jom skodeng resepi, saya copy balik je n3 saya sebelum nie..

RESEPI KEK BALDU MERAH / RED VALVET CAKE
Sumber : planetmirra.blogspot.com
Resepi asal: Nani Rostam.
Bahan-bahannya:
{A} 250 gm tepung gandum
       1 sd teh baking powder
       1 sb serbuk koko
{B} 240 ml susu segar
       2 sb cuka
       2 sb pewarna merah
{C} 150gm butter
       100gm gula kastor
       200gm gula perang - sy guna 100 gm je
       2 biji telur
{D} 1sk soda bikarbonat
        2sk cuka
kaedah atau cara yang mudah dari mirra..kalau baru nak cuba sesuai la sangat ikut cara ni..jangan derhaka tau, kalau dah pandai atau tangan ajaib boleh la ikut suke hati je.hehe..

Lankah 1 : ayak bahan A, dan ketepikan.
Langkah 2: satukan bahan B kacau rata dan perap selama 10 minit. campurkan dengan 2 sb pewarna merah. ketepikan
Lankah 3: pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan satu persatu telur dan pukul lagi hingga adunan berkrim.
Langkah 4: masukkan bahan A dan bahan B kedalam adunantelur secara berselang seli hingga habis. gaul rata.
langkah 5: satukan bahan D, bahan itu akan berbuih dan terus masukkan kedalam adunan dan gaul rata secara kaup balik hingga sebati.
Langkah 6 : masukkan adunan kedalam loyang yang di sapu minyak dan di lapik dengan kertas minya.
bakar pada suhu 180c selama 1jam.



untuk cream cheesenya saya guna bahan yang berbeza dan ianya sangat mudah dan hasilnya nampak lebih cantik dan halus serta mudah di handle..nak buat deco macam manan pun pasti cantik. kek yang berlemak cream macam nie sesuai kalau di makan dengan buah yang masam..

cream cheese frosting :
250gm cream cheese
200 ml whiping cream

caranya : 
pukul cream chesse hingga kembang dan masukkan whiping cream dan pukul hingga cream kental lembut dan licin. sedia untuk di deco ke atas kek.


cup cake saiz M RM20..

2 comments:

  1. Mmg sedap rvc ni....lama dah x buatnya...
    Nak try resepi ni la nnti....

    ReplyDelete
  2. ramai pulak yg buat RV kek ni..haiii sabo je la ye..
    berseri2 keknya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...