Nov 17, 2012

Rendang Deng Deng

Ain Fajar | 12:13 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

selamat tengah hari yang dah merangkak ke Petang..menu tengah hari nie, sPecial sikit..rendang deng deng yang sememang sangat terkenal di Perak..kat temPat kenduri kendara memang menjadi Pilihan keluarga Pengantin..musim cuti sekolah ni ramai la Pasangan yang mendirikan rumah tangga kan..semestinya mereka akan memilih rendang dendeng sebagai juadah utama..kalau oder dengan katering boleh la kan..taPi kalau masak secara bergotong royong memang tak sanggup la dorang nak menubuk berPuluh kilo daging..hasilnya Pasti mengecewakan..Pernah terjadi kat kawasan kampung saya..last2 buang je..sayang sangat..Padahal masakan yang sedaP dan ramai Peminatnye.


Rendang nye terhitamla plak, terlebih kicapla.

Rendang ni saya minta tunjuk ajar dari mak tiri saya, dan beliau Pulak minta ajar dan resePi dari abangnya yang membuat katering kenduri kendara di KL. ?Semestinya sedaP la kan..ramai yang sukakannya..

jom tengok resepinye, mudah je nak sediakan rendang deng deng ni sebenarnya, cuma leceh tang nak menumbuk daging tu je la.yang lain2 proses nye sama je macam kita masak kicap. saya rujuk di dalam majalah saji, suPaya senang nak tau sukatannya..mak cik saya masak main taruk2 je..ikut selera je kan..kalau yang dah biasa masak senangla nak mengagaknye.


RENDANG DENG DENG

Bahan-bahannya.

1kg daging batang pinang
1cawan cili kering
25 biji bawang merah
5cm halia
3\4 cawan kicap manis
1cawan air asam jawa
garam dan gula secukupnya.

cara-caranya;

  • rebus daging hingga empuk..hiris daging nipis perapkan dengan kicap sebentar, nak peram semalam pun boleh dan goreng..
  • kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.
  • dalam kuali lain, tumis bahan kisar hingga garing. 
  • masukkan daging yang telah digoreng tadi.
  • Perasakan masin dan manisnya.
  • masak hingga sedikit garing.

siaP..selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...