Nov 1, 2012

Kuih sampan.

Ain Fajar | 1:25 AM | 5Comments |
Assalamualaikum.

n3 yang dah lama tertangguh..dah 2minggu nak update tapi tak tersempat lagi..tapi dalam masa 2minggu nie sempatla saya buat kuih sampat berulang kali, sempat buat kajian rupa sebenar kuih sampan nie secara azalinya..al-maklumla kan, saya lahir2 je terus makan donut, pizza dan kuih kuih moden..hehehe, orang bando la sangat kan, padahal orang bando pun tau kuih sampan ni. macam-macam nama dan gelaran untuk kuih samapan nie, ade yang panggil tepung pelita, ade yang panggil kuih limas dan kuih sampan..setiap gelaran yang di beri ada sebab tertentu..semua tu saya tak pasti apa sebabnya..bila saya tanye chef google, resepi dan gambar semua lebih kurang je, sukatan je dan cara penyediaannye sahaje yang berbeza..ade yang masak je atas dapur dan ade yang masak atas dapur separuh masak dan kukus. semuanya saya dah cuba. dan akhirnya saya jumpa resepi dan kaedah yang orang kampung boleh terima dan mungkin itulah kuih sampan yang sebenar.

suka saya nak kongsikan di sini..alhamdulillah rasanya sedap. setiap hari saya cuba jual dan mereka semua boleh menerimanya. saya memang tak pernah buat kuih sampan ni, makan pun tak pernah jga..jarang2 ade dijual di kedai @ di gerai2.gambar xbape cantik, sebab saya ambil gambar subuh2.


Banyak resepi yang saya cedok dari beberapa dapur bloger..semua saya cuba dan resepi yang nie terbaik bagi saya la.dan bila orang kampung boleh menerimanya kira memang betul2 terbaik. saya copy dari dapur k.Izah Daut..tq sangat sebab sudi syer resepi nie..semoga dimurahkan rezki dan dipanjangkan pahala hingga ke akhirat.


Tepung Pelita @ kuih sampan @ kuih limas
sumber : Izah Daut

Bahan-bahannya: (40 sampan)

Lapisan bawah
5 cawan air
5-7 helai daun pandan
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 sb air kapur makan

Lapisan atas
4 cawan air santan
1sk garam
5 sb tepung beras

Cara-caranya:

  • ni cara yang saya buat. buat sarung sampan dahulu dan tabur 1sk gula .
  • campurkan semua bahan lapisan bawang, letak pewarna kalau nak warne hijaunye pekat.
  • masak atas dapur dan sentiasa mengacau, masa sampi adunan separuh masak atau adunan dah jadi sedikit pekat.
  • masukkan lapisan hijau ke dalam sarung sampan dan kukus selama 5-10 minit.
  • nak tau lapisan dah ok bila disentuh ianya licin je tak melekat kat tangan.
  • sementara lapisan hijau di kukus boleh la sediakan lapisan atas.
  • campurkan semua bahan dan masak atas dapur, kacau hingga adunan pekat.
  • tuang adunan di atas lapisan hijau tadi. dan kukus semula 5-10 minit. 
  • bila dah masak boleh la diangkat.
  • nikmatilah kuih pelita nie time sejuk2 memang sedap.
 kuih sampan traditional
kuih samapan moden, dah tak jadi sampan la kalau mcm ni.

selamat mencuba!!





5 comments:

  1. sedap kuih ni..ade buat jugak haritu..
    QH panggil kuih ni kuih pelita..

    ReplyDelete
  2. kuih ni la yang aku teringin time ngandong bulan pose taun lepas.. seb baik aku buat jadik.. heheh..

    ain, kalo kite dok bejiran kan bagoss.. hehhehhe..

    ReplyDelete
  3. Kuih Sampan???hihihiii...bila baca komen QH kat atas tu baru tau.. Naz pun panggil kuih ni kuih pelita..hahaha... Suka sgt makan time sejuk dari peti ais..

    ReplyDelete
  4. Naz: hehe mmg ain pnggl tepung pelita tapi d kmpg ain pnggl kuih sampan @ kuih limeh .

    ReplyDelete
  5. Chik: tu la mmg sng klu kita bejiran ade org nk mkn klu aku msk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...