Orang mengcreap, semestinya saya pun tak nak ketinggalan membuatnya juga..geram sangat tengok creap durian kat dapur orang lain montok2..bukan sahaje di blog masakan je tengah meletop durian creap malah kat fb pun ramai yang post gambar dan ade yang buat jualan.
Di FB saya nampak k.izah daut tayang durian creap yan montok2 untuk jualan..memang teringin nak tau macam mana nak membuatnya..saya terus intai kat blog masam manis milik k.azlita, durian creap hijau yang comel..terus salin resepi tapi tak kesempatan juga nak buat..last2 durian habis di makan oleh syuhada dan yang lain2 dah pun jadi tempoyak..selepas balik dari dusun durian minggu lepas cepat2 saya niat nak buat juga durian creap ni,memandangkan durian dari dusun kali nie kuning2 dan gebu memang sedap sangat..sesuai sangat buat durian creap ni.
oklah banyak cerita pulak..jom tengok resepi durian creap , kulitnya nipis dan tak mudah koyak..sangat senang membuatnya..
DURIAN CREAP
sumber: Izah Daut
Resepi asal : fiza nordin
Bahan-bahannya;
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen
Cara2:
- satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum.
- masukkan butter yang dicairkan.
- pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
- masukkan air.
- panaskan non-stik pan.
- tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.
Bahan intinya :
250 ml whiping cream
isi durian secukupnya
caranya:
pukul whiping cream hingga kental.
cara membungkus.
- bentang creap, bahagian licin di bawah.
- letak whip cream, lapis dengan isi durian ikut suke nak banyak mana, lapis lagi dengan whip cream.
- lipat kanan dan kiri depan dan belakang. tarik2 sikit bagi padat baru lah nampak montok.
- tapi saya tak tarik2 takut koyak hehe..
- tapi lepas ni boleh tarik2 manje, sebab kulitnya tak mudh koyak.
saya saje buat warna hijau sebab nak letak inti lain..kat luar sana ramai yang dah buat macam2 warne, ade purple, merah dan yang berbelang2 pun ade..dorang buat warna yang berbeza untuk membezakan inti di dalamnnya.
Yang warna hijau ni saya buat filling blueberry bagi yang tak suka makan durian..boleh juga kalau nak letak buah-buahan lain macam mangga ke, jagung ke, strawberry ke..ikut suke dan selera masing2 la kan..
Masih berbaki lagi durian nie..buat creap baru sebiji.yang lain2 tu,.tapi ramai yang minta buatkan durian creap nie..habis juga durian nie nanti saya creapkannya.
oklah selamat mencuba!
Salam Ain, banyaknye longgokan durian..pos sini lah..
ReplyDeleteSedapkan makan crepe durian..syok je makan berbantal2..Akak bubuh whipping cream yang mula2 tu banyak sikit, tu yg montok macam sendat je tu..hehe.