kehangatan syawal semakin suam2 kuku, yang ade pun, masing2 sibuk dengan open house terutama bagi warga kota..di kampung suasana kembali sunyi kerana anak cucu semua dah kembali ke rumah masing-masing untuk bekerja..rasa sedih juga untuk meninggalkan kampung halaman dan orang tua di kampung.. bila semua balik kampung, anak2 buat bising bermain, memang riuh rendah 3 orang pun dah macam 10 orang, seronok dorang bermain dengan sepupu sepapat yang jarang berjumpa, kami adik beradik berkongsi cerita sebab lama tak berjumpa, sambil makan makanan enak yang tersedia di bulan syawal..
Alhamdulillah, tahun ni merupakan kali yang ke-6 saya menyambut syawal sebagai isteri dan ibu...masih lagi berkesempatan berjumpa syawal yang mulia di samping keluarga tercinta. Tahun nie agak berbeza juga bagi saya sepanjang saya bergelar isteri..tak la beza mana kan, keluarga di sekeliling saya yang agak berbeza sedikit..kurang la rase sedih di jiwa bila teringat arwah mak yang tiada di sisi..sudah 4 tahun kami beraye tanpa mak dan masakan mak..dalam tak sedar..semoga arwah mak sentiasa dilingungi oleh-Nya..amiiiinn...
macam biasa setiap malam syawal dan di pagi syawal saya sekeluarga beraya di kampung en.abg..tahun ni yang bezanya, rumah mak metua saya sunyi sepi dipagi syawal..mana tak nyer..budak2 cuma c kakak dengan c fina je..dah biasa keriuhan yang dorang buat..kiranya kurang la sikit kalau nak di bandingkan dengan tahun lepas yang mana 8org cucu yang kecik2 dan 3orang yang besar..nak masuk bilik air memang beratur..masing2 sibuk nak menyiapkan anak..belum lagi yang berebut2 nak streka baju, sibuk nak siapkan hidangan, susun kuih raye..huhu tahun ni rase macam sambutan raya haji je..adik beradik en.abg 8 orang semua beraye di rumah mertua masing-masing..yang tinggal cuma yang bujang je 2 orang..kami je lah yang bekeluarga memriahkan suasana..walau macam mana pun kami tetap besyukur dapat bekumpul...ceria juga kami walaupun ramai yang tak de..
jom layan gambar yg sempat dirakamkan, time raya ni ssh nak ambik gambar, maklumla sibuk kat dapur dan meja makan je.. gambar2 ni semua di ambil oleh en.abg dan ucu anak2 saya..
sama tak muka adik beradik nie, haha saya rase tang mate je sama, mata c fina pun pun dah ikut ayah dan ucunya..
sesi bermaf-maafan..orang jawa kate, RAYYAN.
selepas beRayyan di umah en.abg, kami terus je balik ke rumah bapak saya..dekat je, naik kereta 5minit dah sampai..bila balik kampung senang kejap sane kejap sini, tapi penat kat jalan, anak2 tak puas nak bermain..tapi ape boleh buat kan..setiap kali balik kampung memang kena selang seli bermalam..time raye lagi lah penat..setiap hari beraye..hari nie belah en.abg dan esoknya sedara belah saya pulak..seminggu macam tu je lah tak habis2 rumah sedara nak di kujungi..tapi belah en.abg la masih ramai..sebab belah saya dah ramai yang dah pergi tak kembali.
bergambar kenangan..kat gambar ade sedikit kelaian..kalau tahun sebelum ni (3tahun yang lepas), xde orang di sebelah bapak, tapi tahun bapak dah berteman..bukan penganti arwah mak cuma teman bapak dikala semua anak2 menjalankan tangungjawab masing2, adela yang menguruskan makan minum, sakit pening disamping terjagala rumah dan segalanya..tiada sesiapa yang boleh mengantikan tempat sesorang yang dah pergi terutama seseorang yang bergelar ibu..segalanya berbeza..namun itulah suratannya, kami sekeluarga redho dengan ketentuan ilahi.
salah satu kenangan saya sekeluaga bersama arwah mak..masa ni c kakak baru 8bulan..syawal 2008 merupakan hari raya terakhir kami menyambutnya bersama mak..menikmati makanan yang mak masak..
oklah, ape yang lainnya tahun ni adik beradik saya semua dapat berkumpul bersama, tak de yang tertnggal. cukup 6 beradik..susah kami dapat berkumpul macam nie..senangnya dan gembiranya hati bapak menyambut raya tahun nie..biasanya kami beraye 5 beradik je, abang yang sulung balik kampung waktu cuti sekolah yang panjang je..time raya memang tak balik. alhamdulillah tahun nie kami dapat bersama mengeratkan hubungan silaturrahim..alangkah bahagianya jika mak di sisi kami..tapi tak pe lah lah..yang penting harapan arwah mak tercapai bila kami 6 beradik berkumpul bersama terutama di masa lebaran.
mak juga berharap kami 6 beradik saling sayang menyayangi, bantu membantu, bersatu hati tak ade rase tidak puas hati antara kami..sedih jiwa mak bila kami bergaduh antara satu sama lain..pernah satu masa yang lepas saya pernah bermimpi arwah mak balik ke rumah seolah-olah melihat keadaan rumah, bila saya tanye sesuatu, mak langsung tak menjawab..senyap dan terus melihat keadaan rumah..kemuadian hilang macam tu je..esoknya bila saya talifon ke kampung 2 orang adik lelaki saya bergaduh smpai bertumbuk..sedihnya bila terkenang semua tu..apa lah perasaan seorang ibu jika kami 6 beradik bergaduh, tak puas hati antara satu lain..fitnah sesama sendiri, dengki antara satu yang lain, tak boleh tengok kelebihan masing-masing dan sebagainya yang boleh memecahkan hubungan silaturrahim. Pernah dulu, arwah mak saje bercerita dengan saya, mak kate..mak teringin nak tengok anak2 mak macam anak orang lain, penat mak kandungkan 9 bulan dalam perut yang sama, besarkan anak2 dalam keadaan serba sederhana dan agama yang cukup serta pendidikan yang sempurna, mak minta jangan la bergaduh, tolong menolong sesama sendiri dan satu lagi , jangan la berebut harta bapak yang sekangkang kera tu, carila sendiri, mak tak de harta mak cuma tinggalkan pelajaran, ilmu buat kuih dan perkakasnya, sesiapa boleh sambung bisnes mak nie. Bila saya teringat semua tu saya memaafkan adik beradik saya jika ade terasa di hati..saya nak mak tenang di sana..sebelum mak pergi saya tau mak paling risaukan abang sulung dan adik bongsu saya..tapi Allah maha berkuasa..rezki kami adalah dalam ketentuannya..
semoga arwah mak berada dalam keadaan tenang, dan sedekahkan al-fatihah buat mak tercinta.
Alfatihah..
Di kesempatan bulan syawal yang mulia ni, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengujung blog Resepi Kehidupanku..sokongan anda sangat saya hargai..dan saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kiranya penulisan saya yan tak seberapa ini ade yang menyinggung perasaan sesiapa sahaja.. selamat menjalankan ibadah puasa enam.
selamat hari raye.. sabo ye ain.. semoga bapak ko bahgia..
ReplyDelete