Mar 19, 2012

Nasi Ayam Madu

Ain Fajar | 6:39 AM | 2Comments |
Assalamualaikum...
Hari ni menu makan malam nasi ayam madu...hhhhmmmm memang kegemaran c kakak..dah lama pun tak buat nasi ayam..kadang tu buat janji ada je, masak nasi dengan air rebusan ayam dan goreng ayam yang di peram kicap dan sos tiram..nak ada sayur dan hiasan lain tu sesekali je..lama2 c kakak bosan dan ajak makan kat luar huhuhu..kali ni cukup semua ada, sama macam yang kat kedai tu, puas hati dia, siap menambah-nambah lagi kalah perut orang dewasa..

eh! tengok pada gambar tu macam dalam polisterin je kan...ye ke masak sendiri ni, ke beli...haaaaa nak citer cikit..sebenarnya bukan saya beli kat orang tapi orang yang nak beli dari saya..pelik?!!ok...sebenarnya kan, ni kira projek saya untuk 3 bulan ni..saya dapat projek monopoli..wooohuuuu besar tuuu..hehe tak de lah..maksud monopoli di sini pelanggan saya adalah tetap, dorg tak akan cari orang lain...dalam masa 3 bulan nie saya amik tempahan memasak untuk kawan2 offish en.abg, oleh kerana barang yang dorang buat dah nak keluar/siap ( org kat sini anggil short down) so dorang kena kerja lebih masa..di sebabkan itu dorang minta pihak company sponsor makan malam dorang..di sebabkan saya ni dah mencapai tahap kebosanan yang amat sangat dok kat umah dengan anak2 tak buat ape, so en.abg pun offer kat saya projek masak2 ni...itulah kisahnya..panjang juga saya cerita ni..kate sikit jer...hehehe bukan ape nanti tak faham pulak..sambil2 hilangkan bosan leh la isi poket saya yang kosong ni..nanti bulan puasa leh buat projek besar sikit..insya allah..

ok lah berbalik pada nasi ayam madu tadi..nak ikutkan 1st juga buat yang bermadu2 ni..biasa makan kat kedai tu macam best juga yang bermadu, so tryla..lagi pulak kita nak menjual biarla yang sedap sikit bagi selera pastu bertenaga dan semangat nak buat kerja. saya buat nasi ayam ikut resepi yang biasa saya buat cuma tambah madu masa perap ayam dan kuah kicap..ok jom lah tengok resepi..mana tau ada yang teringin nak buat sendiri nasi ayam..berbaloi tau..bukannya susah sangat pun..ok layaaaan..


NASI AYAM MADU :)

Bahan-bahanu ntuk nasi ;) 
untuk separuh dari yang saya buat.
2 cawan beras
3 cawan air rebuasan ayam (boleh campur dgn air biasa)
1/2 inci halia
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
secubit garam
1 sb mentega

Bahan untuk kuah sup :)
1 ekor ayam
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji kiub ayam
1 inci halia.
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih.

Bahan untuk perapan ayam.
kicap pekat
kicap manis/kicap cair
sos tiram
madu
sedikit garam

sos merah (yang biasa orang lain buat)
5 bijicili besar
2 ulas bawang putih
cuka secukupnya
gula ikut citarasa

saya lebih suka buat sos merah dengan menggunakan cili sos..
versi ain kira agak2 jelah ikut selera nak pekat dan rasenya..dan sos ini yang saya buat pada hari ini.

Bahannya :)
sos cili
gula
air panas
sedikit garam.

Bahan hiasan
salad
tomato
timun
daun sup

cara-cara membuatnya :
pertama sekali harus buat air rebusan ayam, dan air rebusan ini akan digunakan untuk memasak nasi dan juga dijadikan sup..
  • basuh dan potong ayam ikut suka..besar boleh kecil-kecil pun boleh.
  • masukkan air dalam seliter boleh tambah kalau nak banyak airnya..janji cukup untuk masak nasi dan buat sup..
  • masukkan ayam, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih, halia dan kiub ayam.
  • masak hingga mendidih.
  • kemudian angkat ayamnya sahaja dan perap..
  • amik 3 cawan air rebuasan untuk masak nasi.
  • yang selebihnya buat sup, masukkan bawang merah dan putih.
  • renehlah sup hingga menggelegak..
  • tabur daun sup dan bawang goreng.
cara memasak nasi pula..
  •  basuh beras dan toskan
  • tumbuk bawang merah dan putih, kemudian tumis dengan marjerin hingga sedikit garing.
  • masukkan beras yang telah dibasuh tadi kedalam periuk nasi serta air rebusan ayam, halia, serai, kiub ayam dan bahan yang ditumis tadi..
  • masakla nasi macam kita masak nasi biasa tu..guna rice cooker lagi senang.
ok cara membuat ayamnya pula..
  • perap ayam dengan sos titam, kicap hitam,, kicap cair, madu dan garam..dalam masa 30 minit
  • kemudian goreng ayam hingga garing.
  • siap!
kuah kicap pula.
  • tumbuk bawang putih dan tumis.
  • kemudian masukkan air dari baki perapan ayam tadi.
  • boleh tambah sedikit air dan sedikit lagi madu.
  • masak hingga mendidih.
untuk membuat sos versi saya.
  • mudah je, campurkan semua bahan dan kacau.
  • letak gula dan garam ikut citarasa (ada yg suka manis dan ada yang suka sedang2 kan, so suka hatilah)
  • kandungan air pun ikut suka juga, kalau suka pekat letak sikit je la, kalau suka cair letak air bayak
  • nak masak pun boleh nak kacau guna sudu pun boleh..
  • itu sahaja dah siap.
hidanglah bersama salad, tomato, dan timun...nyam nyammm memang sedap..tak rugi kalau cuba..
nasi ayam yang siap di tapau..supnya tak ada pulak, sebab sup di asingkan tak letak kat dalam polistrin..huhuhu satu lagi kan..ayam madu saya dah macam ayam negro la pulak..gelap pemandangan saya bila tengok ayam tu..tu lah dah elok dah perapan kicap tu, last minut bila tengok ayam tu nampak pucat gatal2 gi tambah kicap pekat, adoiyai bila dah goreng jadi negro la pulak, huhuhu hudoh hudoh..nasib baik tak pahit tetap sedap hingga menjilat jari..hehehe puji diri sendiri la pulak..tak pe nanti en.abg balik tanye dapat gred ape...semalam ikan bakar saya dapat A+ tau. happy nyer..

p/s :so, kepada semua, ayam yang dah diperam dengan kicap sebelum masak memang nampak pucat tapi bila digoreng warnanya akan menjadi lebih gelap.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...