Feb 8, 2012

Popia Isi ketam

Ain Fajar | 9:23 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
minum petang tadi popia isi ketam..paling senang dan cepat penyediaannya..10 minit dah siap..kuih ni ssuai la sangat kalau kita nak buat last-last minit..kot la tetibe ada tetamu bertandang, tak pun penat2 balik dari kerje tetibe terasa nak minum petang, boleh la buat kuih popia isi ketam ni..bahan yang di perlukan segera dan boleh disimpan lama..sedap pun sedap..hehehe puji diri sendiri nampak..

selain isi ketam, ada juga saya letak sayuran yang memang jenis tahan lama dalam peti ais..sesuai juga untuk kanak-kanak, cukup khasiatnya..ok jom semak resepi..

Bahan-bahannya : )
kulit popia segera secukupnya
1/2 batang lobak merah
1/2 batang timun
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang merah
isi ketam secukupnya ( potong dua jika panjang)

cara-caranya :)
  • parut lobak merah dan timun
  • hiris bawang merah dan tumis hingga layu.
  • masukkan lobak merah dan timun serta sos tiram.
  • masak hingga sayur layu sedikit.
  • angkat dan letak atas penapis.
  • ambil kulit popia, letak sedikit sayuran dan letak isi ketam, gulung macam biasa.
  • goreng dengan api yang kecil.
  • siap dihidang bersama cili sos Thai.

senang, simple dan semestinya sedap..
selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...