Feb 8, 2012

Chicken Chop Grill

Ain Fajar | 9:49 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Menu malam ni, makan western food lagi..tapi kali ni guna ayam pulak..sebenarnya saya saje nak try untuk keluarkan tulang ayam dari isinya dengan cantik..biasanya kalau nak buat chicken chop yang goreng atau pun yang grill ni, kita akan guna isi ayam yang bahagian peha ayam, so kena buang dulu tulangnya..ada caranya juga nak keluarkan tulang dari isinya supaya isi ayam cantik je bentuk dan kelebarannya..untuk petama kalinya memang salah dan tak cantik..dan kali kedua alhamdulillah menjadi..tak cuba mana nak tahu kan..semua yang kita buat ada pengajarannya..
so..taraaaa ni lah hasilnya..kecik je, coz peha ayam tu dah di potong 2 oleh penjual ayam..tak plan pun nak buat..bila tengok ayam ni, tak tau nak masak ape..so saje lah try2 buat chicken chop grill ni..ok sedap mcm yang saya makan kan kedai tu..resepi asal saya guna sama mcm saya buat daging ari tu..kombinasi makanan lain mcm biasa coslow dan kentang goreng..

Bahan-bahannya :)
4 keping isi ayam (dr bahagian peha)
2 sb sos tiram
2 sb sos BBQ
1 sk serbuk lada hitam
1 biji bawang putih

cara-caranya :)
  • lumurkan semua bahan keatas isi ayam.
  • peram semalaman.
  • bakar atas kuali leper separuh masak, kemudian bakar dalam oven hingga masak.
  • saya masak dalam oven 15 minit pada suhu 200c.

Sos Lada hitam : )
1 biji bawang merah besar
2 sudu marjerin
1 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
1 sb serbuk lada hitam
1 sb kicap
suku biji kiub ayam maggie
250 ml air
2 sd tepung

caranya :)
  • bawang dipotong dadu. dan tumis bawang hingga layu.
  • masukkan air yang telah larutkan dengan tepung
  • masukkan semua bahan2 lain.
  • tunggu sos pekat.
  • siram atas ayam yang telah masak tadi dan sedia dihidangkan..

selamat menjamu selera..
cubalah yer..senang jer!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...