Salam di hari Jumaat..lame jg tak update..kesihatan tak mengizinkan ditambah lagi dengan cuti Tahun Baru Cina yang lepas..kuih Talam ni dah lama nak buat, barang2nya pun dah lama saya beli ada la dalam sebulan kot..semalam saya rajinkan juga diri untuk membuat kuih ni..bukan susah pun, senang dan cepat..yang malasnya nak parut kelapa..al-maklumlakan saya kena parut kelapa secara manual mcm org dulu2 kala, hehehe..
kuih ni ada dua rasa dalam sekali makan..haaa bestkan..ada lemak2 santan dan manis2 jagung..memang sedap..cuma ikut resepi asal, lapisan jagung kurang manis, so kalau ada yang nak mencuba resepi ni dan suka rasa lebih manis leh tambah gula sikit lagi..saya pun baru kali pertama buat kuih ni..saya suka makan puding jagung so mmg teringin nak buat sendiri..tak sangka juga c kakak suka makan kuih ni..biasanya kakak tak suka makan kuih lembik2 mcm ni..c fina mmg semua dei bedal.
ok jom kita tengok resepi, sumber saya ambik dari koleksi buku chef Hanieliza..
Bahan-bahannya :
Lapisan bawah ( bahan A)
1 cawan krim jagung (dalam tin)
1 cawan tepung beras
3 sudu makan tepung kastad
3 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
1/2 cawan gula (elok jika guna 3/4 cawan gula )
Lapisan atas (Bahan B)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu teh garam.
cara-caranya : )
- Gaul bahan A dan kacau di dala kuali tidak lekat sebentar.
- masukkan kedalam loyang yang telah di sapu minyak masak.
- kukus 30 minit.
- campurkan bahan B dan tapis kacau atas kuali hingganaik wap.
- apabila lapisan bawah sudah masak cakar menggunakan garfu dan tuang aduan B atas lapisan bahan A.
- kukus 20 minit.
- sejukkan dan baru boleh di potong.
- sedia dihidangkan.
bile la dapat jumpe ko ain.. rindu gile..
ReplyDeleteAssallamualaikum Ain..
ReplyDeleteErmmm.. Naz pun lama tak update blog. Cuti raya cina baru2 ni mmg cuti sakan Naz ..hehehe.. Kuih2 talam kak Liza mmg sedap!
chik : ntahla bila leh kita jmp kan, kebetulan pun tak...padahal dekat je kmpg kita..ada rezki jumpa la kita..
ReplyDeleteNaz : hehehe..sy selalu try resepi chef hanieliza mudah dan sedap..
salameikom,sedapnya talam keladi tu.boleh mintak cikit tak?hehe..
ReplyDelete