Dec 2, 2010

Tapak Gajah

Ain Fajar | 5:31 PM | 1Comments |
assalamualaikum...
selamat pagi cuaca pagi ni sangatla mendung..tp line ada la plak...
tapak gajah?haa bukan tapak bintang gajah tu..tp benda nie sejenis makanan...heran saya pun tak tau knp kuih ni d beri nama tapak gajah...biasala kat malaysia ni mcm2 nama orang bagi kat sesejenis kuih...kuih ni myb kat kawasan kapung saya dah biasa tp masa dulu2 la sekarang x tau la...saya tau nak buat kuih ni pun bukan dari arwah mak saya pun tapi dari arwah mak kawan saya...dulu masa kecik saya selalu bertandang kerumah kawan baik saya ni, mak dia selalu buat kuih ni mula pelik gak tapi layan je lah sedap gak.anak saya pun suka kuih ni..jom kita tengok rupa kuih tapak gajah ni, dan kita tengok resepinya...


haaa ini lah rupa kuih tapak gajah. mungkin orang pangil tapak gajah sebab rupanya mcm tapak gajah kot, sepatutnya bentuknya besar2 tapi saya buat comel2 je,maklumla yang memakannya comel2 belaka.senang sangat nak buat dan amik masa yang lama pun..

kuih ni selalunya saya cicah dengan sardin atau pun kari...yang kat gambar tu sardin...ok jom kita tengok resepinyer...

Bahan2:
2cawan tepung gandum
1sk garam
1/2 biji kiub ikan bilis (leh tukar perasa lain)
air secukupnyer.

Cara-caranya:
campurkan semua bahan.
gaul rata dan uli sehingga menjadi doh..macam nak buat kulit karipap..
canaikan bulat-bulat dan goreng hinga kekuningan.
biasanya bila di goreng kuih ni akan mengelembung..

ok dah siap..senang sangat nak buat.leh makan untuk sarapan pagi dan minum petang, kuih ni mengeyangkan.
cubalah...ok caw cin cawww

1 comment:

  1. ni cucur kosong namenye.. huhuhu.. aku suke makan ngan sadin.. sedap!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...