Jan 19, 2011

Kek Lapis Serawak

Ain Fajar | 5:09 AM | 2Comments |
Assalamualaikum..

Dalam n3 kali ni saya nak kongsi dengan semua resepi kek lapis serawak...dah lama nak buat kek ni..kek ni sangat unik rasanya. pertama kali saya makan masa tahun ke 2 saya belajar di sabah, mak kawan saya dari serawak telah pos kepada anknya..kami yg dari semenanjung semestinya x melepaskan peluang tok merasa kek yg jarang di jumpai di semenanjung...sekarang ni mmg dah banyk la..masa saya mkn dulu trs berangan nak belajar buat n bercita2 nak jual kek ni kat semenanjung...hehehe besarnyer cite2 saya kan..insya allah mn tau ada rezki....jadi usahawan kek la saya hehehehe....

ini lah hasil yg saya perolehi ptg tadi..tak belajar secara formal pun, pandai2 sendiri je..resepi ni saya ambik dari sebuah buku kek lapis serawak yg di tulis oleh Rabiah Amit. beliau merupakan pengusaha kek lapis dari serawak...mmg hasilnya memuaskan..utk percubaan pertama saya guna resepi yg basic je..ok jom kita tengok resepinya..


Bahan-bahannya :)

Bahan A : )

20 biji kuning  telur
6 biji putih telur
180 gm gula kastor
150 grm tepung hong kong
1 sudu ovellete


Bahan B : )

480 grm mentega (yg asli bukan lepa susu)
100 grm horlick
6 sudu susu pekat
pewarna hijau dan  merah

Cara-caranya : )

  • pukul bahan A kecuali tepung hingga gebu, putih lagi ringan.
  • apabila adunan dah kembang masukkan tepung sedikit demi sedikit pukul hingga rata.
  • dalam mangkuk yg lain pukul bahan B hingga betul2 kembang.
  • campurkan kedu-dua adunan dan gaul rata.
  • bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  • masukkan 2 sudu warna ke dalam setiap  adunan. 1 adunan di biarkan tanpa pewarna, jika suka boleh letakkn warna kuning.
  • gunakan loyang beukuran 8 1/2 x 8 1/2 x 3, ( saya gunakan loyang kecil, boleh hasilkan 2 biji kek)
  • letakkan 1 senduk adunan putih  ke dalam loyang dan ratakan, kemudian bakar dengan mnggunakan api atas sahaja. 
  • apabila warna kek sudah keperangan boleh diangkat. kemuadian lapiskan dengan warna hijau seterusnya . 
  • lakukan beulang kali hingga adunan habis.
  • akhir sekali tutup loyang dengan aliminium foil dan bakar dengan menggunakan api bawah dan atas selam 15 minit.

* memang rumit untuk mengahasilkan sebiji kek lapis sehingga memakan masa 3 4 jam, tetapi apabila kita dapat hasil yg baik ianya sangat memberi kepuasan.

ok selamat mencuba... cawwwww!!

Jan 18, 2011

Karipap

Ain Fajar | 8:14 AM | 2Comments |
Asalamualaikum....


ptg tadi kuih ni la menjadi pilihan projek saya, saje nak buat dah lm tak buat, leh buat sarapan esok utk en.abg..sng sikit tinggal goreng je..selalunya saya buat inti kentang kari, tapi kali ni buat inti sardin plak..ubah selera kosnya lbh ckit..tak pelah mkn sendiri je bukan nak jual pun kan...
ok lah jom kita tengok resepi kulit karipap dan intinya..

Bahan-bahannya :)

Bahan untuk kulitnya : )

4 cawan tepung gandum
1cawan  mentega
1 cawan air sejuk
2 sk garam

Cara-caranya :)
  • campurkan semua bahan dan gaul rata.
  • masukkan air sejuk dan uli.
  • uli tepung hingga menjadi doh

Bahan intinya : )

3 biji kentang
2 tin kecil sardin
3 biji bawang merah
3 uas bawang putih
sebatang serai
 garam dan gula
2 sk sos tiram
7 tangkai cili padi

Caranya : )
  • kupas kentang dan potong dadu dan seterusnya rebus hingga empuk
  • kisar bawang putih, bawang merah, cili padi, dan serai
  • tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan sardin, sos tiram, gula dan garam secukupnya.
  • masukkan kentang tunggu hingga inti kering.
*inti sedia di gunakan..karipap boleh mula di cetak...jika ada acu karipap kerja membuat karipap lbh mudah
*jika tak acu karipap boleh membuat secara menual. (macam saya)
senang je, bahagikan doh kecil2, leperkan dan letak inti pastu klim..senangkan?!! hehehe

ok selamat mencuba ya!!
cawwwww

Jan 17, 2011

Samosa

Ain Fajar | 7:49 AM | 0Comments |
Assalamulaikum

haa ini la projek saya ptg tadi, samosa...dah lame teringin nak buat, tapi tak pernah makan pun, so mcm mn nak buat..dalam bulan lepas masa program reunion en.abg, dorg ada oder kuih samosa ni utk sarapan pagi. itulah 1st saya makan dan rasa intinya..banyak juga la saya makan kononnya nak rasa tapi mcm nak mentedarah je hehehe..rasa punya rasa mmmm dah tau ape yg ada dlm intinya...so saya try2 buat, oklaa mmg sama rasanya tapi rasa2nya mcm saya nyer inti lagi sedap...hohoho jgn marah angkat bakul sendiri..yelah mkn 2 3 biji x cukup, dah kenyang baru berenti mkn..10 bintang tau !! en.abg bagi..

ok jom kita kita tengok resepi dan cara-cara membuatnya..

Bahan-bahannya:

beberapa keping kulit popia.

bahan intinya :

4 biji kentang
3 sudu rempah kari ayam babas
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 ekor udang besar
1 cawan air
200 grm ayam cincang
garam secukup rasa
gula secukup rasa
setangkai daun kari

cara membuat intinya: 

  • kupas kentang dan potong dadu. kemudian rebus kentang hingga empuk.
  • kisar bawang putih, bawang besar dan udang 
  • panaskan 2 sudu mentega dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • masukkan serbuk kari dan daun kari.
  • masukkan air dan ayam cincang.
  • perasakan dengan gula dan garam.
  • kacau sebati dan tunggu inti kering

cara2 membuat samosa
ok gmbr yg kat atas ni cara-cara saya melipat hingga ia menjadi berbentuk 3 segi. maafla kalau gambarnya kecik tapi saya rasa korg boleh faham..sebelum tu kulit popia harus di belah dua..gam kulit popia guna putih telur k..

ok dah pun siap..senang je nak buat cm perlu sedikit masa...
selamat mencuba....... cawwww!

Jan 16, 2011

Bingka Roti Berlauk

Ain Fajar | 5:32 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

lama x post citer..penyakit M ni makin parah plak...geram toi la...hari ni saya dah berlawan pun dgn Penyakit M ni...dush!!dush!!dush!! ha saya menang juga huahahaha...bukan pe ari2 saya ada beli sebuku roti yg x dpt di kenal pasti jenamanya..oleh kerana roti gardenia xada saya rembat je la..pastu e.abg kate apasal rotinyer keras yer? ops! hehehe...diam je lah...maka terbengkalaila roti tu smpi nak luput tarikhnyer ...

haa ni lah roti yg saya rembat aritu...bla pg dapur je nmpk roti ni terbengkalai, terbayang2 roti ni pgl suh mkn dia, kesian plak..nak buang lg la sayangnye lah..so sy pun pegi la tinjau2 blog sifu2 yg selalu saya singgah..hah! jumpa dah kat blog k.yatie dari sinar kehidupanku..terus saya C & P dan buat...

tadaaaaa!! hihihi terus jadik, sedap jugak tau..tamat lah riwayat roti ni tanpa berlaku pembaziran...hehehe yg hitam2 tu bukan hangit tau tapi saya letak serunding yg sememangnye dah gelap, saje je tambah, syg serunding tinggal seco'et xde sape nak mkn...


ni lah hasilnya, soryla rupanya kurang cantik coz bingka lembut sgt2, terlebih air, tu lah kan pndi2 je tmbh airnye, kes syg air santan punye pasal laa..ok lah jom kita semak resepinya..minta izin ye kak yatie sy C & P resepi akak..tq coz kongsi resepi ni..tapi ada jg yg saya ubah tang lauknye, ye lah ikut bahan yg ada kat dapur je..

Bahan-bahannya : )

Untuk bingka roti :

10 keping roti putih
800 ml santan
3 sudu tepung gandum
3 sudu mentega
3 biji telur
garam secukupnya


Untuk lauknya:

400 mg daging cincang / daging ayam cincang
2 biji bawang besar, dicincang
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos cili 
200 ml air
Garam secukup rasa
bawang goreng 




Cara-caranya:


UNTUK BINGKA ROTI:-
  • Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan.
  • Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati.
  • Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
UNTUK LAUK :-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari dan  sos cili.
  2. Kacau rata dan masukkan daging ayam cincang  dan tuang air
  3. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering.
  4. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan. 
UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :-
  1. Keluarkan bingka dari oven tadi.
  2. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali.
  3. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya.
  4. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi. 
Selamat mencuba..kalau ada roti yg dah nak luput tarikhnye leh la buat bingka ni.. kalau mmg nak try lagi bgs kan ok...cawwww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...