sebelum nie saya tak pernah pun jumpa telur bistik nie..tapi bila en.abg makan kat kedai dan oder telur bistik, dia kate sedap sangat..saya nie pun cakapla yang saya pun pandai buat telur bistik nie..huhuhu perasan pandai je..sejak dari tu en.abg tak oder lagi tapi suh saya buat yang katenye pandai sangat buat telur bistik...alama!! jumpa dan rasenya yang pun tak tau ape tah lagi membuatnya..macam mn yer..hahaha sumber maklumat sekarang di hujung jari je kan...dah ramai penyumbang resepi yang sangat bermurah hati memberi resepi secara percuma bagi mereka yang suke belajar dan mencuba masakan terbaru..apa lagi google je lah kat my resipi..
macam ni la rupanya telur bistik..telur dadar yang dicampur ayam cincang, kemudian siram kuah sweat sour...hhhhmmm sedap la, satu kelainan..telur dadar tu tak la kosong, bila makan ianya padat dan kaye dengan isi ayam..kuahnya pula membuatkan telur nampak meriah..jom skodeng2 ape resepinya..maaf yer tak ingat siapa penyumbangnya..saya tengok bahan-bahan yang digunakan sahaja, sukatan ikut agak2 saya je.Telur Bistik
sumber myresipi
olehan : 'ain
Bahan-bahannya:
4 biji telur
30gm ayam cincang
2 biji bawang merah
1/4sk garam
3 sudu mayonies.
Bahan kuah:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
2 sudu sos tiram
5sudu sos cili
1/2 cawan air.
2 genggan sayur campur
bebola ikan.
gula dan garam secukupnya.
cara-caranya:
- telur dan bahan lain disatukan dan pukul guna garfu dan masak macam kita buat telur dadar.
- pastikan api yang digunakan perlahan sekali untuk mengelak telur cepat hangus dan dalamnya tidak masak.
- kuahnya pula, hiring bawang dan tumis
- masukkan semua bahan dan tunggu kuah agak pekat.
- siap dan tuang atas telur apabila ingin dihidangkan.
selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment