Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Apr 19, 2012

Sambal Asam

Ain Fajar | 9:47 PM | 1Comments |
assalamualaikum..
n3 kali nie nak pos sambal asam yang saya cicahkan dengan ikan bakar...kalau buat ikan bakar mesti buat sambal asam nie..selain menambah selera dan kepedasan, ianya juga disatukan atas tujuan untuk hilangkan bau hanyir ikan...ye la kan ikan yang dibakar kurang garing, disebabkan itu masih tetinggal sedikit bau hanyir...ikut jenis ikan juga..biasa saya masak ikan kembung dan pari..kalau ikan yang besar2 tu jarang la buat..kalau buat bila makan dengan famly yang besar kat kampung memang sesuai untuk BBQ..

sambal asam yang simple tapi tetap mantooop...
ok jom tengok resepi.

Bahan-bahannya :)
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1 cawan air
3 sudu asam jawa
3 inci belacan
10 biji cili padi
2sb gula pasir

cara-caranya:)
hiris nipis bawang besar dan tomato. ketepikan.
masukkan bahan lain dalam blender kisar hingga lumat
campurkan semua bahan 
dah siap..

ada juga kuah sambal asam nie diletak kerisik..hhhmmm saya belum cuba lagi..next time saya akan cuba buat 
oklah selamat menjamu selera dengan ikan bakar.

Mar 20, 2011

sambal ikan bilis

Ain Fajar | 5:31 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
salam bersiaran..seperti yg di janjikan n3 kali ni adalah sambungan n3 yg sebelum ni..sebelum ni saya post resepi doh untuk membuat burger malaysia..kali ni saya nak kongsi intinya pulak iaitu inti sambal ikan bilis..ada sesetengah org menggunakan inti sardin dan ada juga yg guna daging burger yg dihancurkan sebagai inti kuih ni...tapi sambal ikan bilis ni adalah kebiasaannya dan sangat di gemari org ramai...sambal ikan bilis ni juga kita boleh jadikan inti bun ikan bilis dan juga boleh di jadikan sambal nasi lemak...saya guna resepi yg sama untuk membuat sambal nasi lemak dan bun...
haaa ni lah dianya....kita kn guna ikan bilis yg gabak2 ( besar) je yer, br ada ummmh!! jom kita skodeng resepinya..

Bahan-bahannya :

200 gm ikan bilis (yg telah di buang isi perut dan tulangnya)
5 ubiji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 keping asam keping
20 tangkai cili kering
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air (jika perlu)
5-6 s/b gula
1 sk garam
perasa (ajinomoto)
1/2 cawan minyak

Cara-caranya : )
  • kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering hingga lumat.
  • panaskan minyak  dan tumis bahan2 yg telah di kisar..
  • terus masukkan gula, garam, bahan perasa, sos tiram dan asam keping. kacau sebati.
  • apabila sambal dah sedikit mengelegak, masukkan ikan bilis. masak hingga ikan bilis lembut, kalau ikan bilis masih keras boleh masukkan air.
  • masak hingga sambal agak kering..rasa sambal ikut kesesuaian masing2..
  • sambal ikan bilis akan rasa sedikit manis. rasanya harus seimbang manis, masin dan pedas.
p/s :
  • untuk inti bun, sambal harus pekat, untuk memekatkan kuahnya taburkan sedikit tepung dan kacau dalam keadaan api perlahan.
  • untuk sambal nasi lemak kuahnya agak banyak tak perlu tabur tepung.

Jan 28, 2011

Sambal Ikan Bilis

Ain Fajar | 6:37 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
n3 kali ni saya nak kongsi sambal tumis ikan bilis kegemaran saya dan adik beradik saya..dulu, kalau kami adik beradik nak balik ke asrama mesti my mom bekalkan kami sambal tumis ni..sambal ni tahan seminggu atau lbh kalau tak simpan dalam peti ais. masa kat UMS pun saya selalu buat utk mkn stok seminggu..sebelum pg kuliah masak nasi siap2 pastu balik terus makan...jiman duit dan masa....so sangat sesuai utk studen..utk bkn studen pun boleh !!! .makan dgn nasi atau bubur nasi..

ok resepinya senang jer.saya masak main belasah je ikut sedap rasa je sebab dah selalu buat..so resepi di bawah ni lebih kurang je

Bahan-bahannya: )
300gm ikan bilis
100 gm kacang tanah
tempe jika suka
1 biji bawang besar
3 ulas bawang
1/2 inci halia
20 tangkai cili kering
2 sb sos tiram
1 sk garam 
5 sb gula

Cara-caranya :)
  • goreng kacang tanah hingga garing.
  • goreng ikan bilis hingga garing.
  • kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus.
  • panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar, terus masukkan gula, garam dan sos tiram.
  • masak hingga sambal betul2 masak ( sambal akan menjadi warna  gelap dan tunggu hingga sambal menjadi sedikit likat), baru masukkan kacang dan ikan bilis yg telah di goreng tadi.
  • kacau sebati. apa bila sejuk boleh simpan di dalam bekas atau tapawer..

sambal ni rasanya manis2 pedas..leh ubah rasa ikut selera masing2 ok..

selamat mencuba!!!cawww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...