salam bersiaran..seperti yg di janjikan n3 kali ni adalah sambungan n3 yg sebelum ni..sebelum ni saya post resepi doh untuk membuat burger malaysia..kali ni saya nak kongsi intinya pulak iaitu inti sambal ikan bilis..ada sesetengah org menggunakan inti sardin dan ada juga yg guna daging burger yg dihancurkan sebagai inti kuih ni...tapi sambal ikan bilis ni adalah kebiasaannya dan sangat di gemari org ramai...sambal ikan bilis ni juga kita boleh jadikan inti bun ikan bilis dan juga boleh di jadikan sambal nasi lemak...saya guna resepi yg sama untuk membuat sambal nasi lemak dan bun...
haaa ni lah dianya....kita kn guna ikan bilis yg gabak2 ( besar) je yer, br ada ummmh!! jom kita skodeng resepinya..
Bahan-bahannya :
200 gm ikan bilis (yg telah di buang isi perut dan tulangnya)
5 ubiji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 keping asam keping
20 tangkai cili kering
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air (jika perlu)
5-6 s/b gula
1 sk garam
perasa (ajinomoto)
1/2 cawan minyak
Cara-caranya : )
- kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering hingga lumat.
- panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah di kisar..
- terus masukkan gula, garam, bahan perasa, sos tiram dan asam keping. kacau sebati.
- apabila sambal dah sedikit mengelegak, masukkan ikan bilis. masak hingga ikan bilis lembut, kalau ikan bilis masih keras boleh masukkan air.
- masak hingga sambal agak kering..rasa sambal ikut kesesuaian masing2..
- sambal ikan bilis akan rasa sedikit manis. rasanya harus seimbang manis, masin dan pedas.
- untuk inti bun, sambal harus pekat, untuk memekatkan kuahnya taburkan sedikit tepung dan kacau dalam keadaan api perlahan.
- untuk sambal nasi lemak kuahnya agak banyak tak perlu tabur tepung.
No comments:
Post a Comment