Jun 30, 2014

cheese tart blueberry

Ain Fajar | 8:09 PM | 0Comments |
assalamualaikum

Dah lama saya nam update resepi untuk cheese tart nie..tapi boleh pulak saya lupa letak kat mn ntah resepinya..di bawah ade 2 gambar cheese tart yang berbeza..yang loretan warna pink adalah strawberry cheese tart, dan yang warna purple adalah blueberry cheese tart. ok terus je pada resepi yang suka saya nak syerkan.


kali ni saya menggunakan resepi yang saya intai dari dapur ldyila yang mana resepi sarang lebah beliau yang sangat terkenal di dunia masakan dan ianya sudah pun digunakan kepada semua orang sebagai sumber pendapatan, termasuklah saya sendiri..murah rezeki beliau




tart crust
sumber : ladyila

200 gm mentega
1 biji telur
400gm tepung gandum
1/4 susu tepung
1 sk esen vanila

cara-caranya:
gaul semua bahan hingga menjadi doh
simpan doh beberapa jam
masukkan doh ke dalam acuan tart
bakar selama 15minit pada suhu 180c

inti cheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
1/2 sk esen vanila

caranya
pukul cream cheese dan gula hingga kembang
masukkan  telur dan esen vanila pukul hingga adunan licin

masukkan blueberry filling ke dalam tart crust dan masukkan adunan cheese dengan penuh dan membukit
bakar tart selama 20minit
bila tart sudah masak, jangan terus keluarkan tart sebalikkan cuma buka pintu oven hingga tart sejuk.
istimewanya tart nie, kulitnya tahan lebih lama kerangupannya..jadi selepas nie mesti guna resepi yang nie, pasti puas hati.

Puding Roti sos kastad

Ain Fajar | 7:13 PM | 0Comments |
Assalamualaikum

salam ramadhan almubarak, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan..alhamdulillah dah hari ke3 umat islam menjalankan ibadah puasa..alhamdulillah semuanya berjalan lancar, anak2 dara saya tu pun dah mula belajar puasa..liatnye nak bangun sahur dan bangun ke sekolah, di sebabkan malam tido lambat kerana siang dah tido lama supaya tak terasa masa berlalu.

oklah berbalik pada tajuk diatas, 1 ramadhan yang lepas saya ade membuat puding roti yang ade sos kastad, ini adalah permintaan kakak ipar dan biras saya yang sedang mengandung..jadi saya pun bersemangat nak buat..lagipun dah lama saya tak syer resepi di blog kesayangan saya ni..bulan puasa ni saya banyak masa free jadi saya boleh lah mencuba resepi-resepi dan kongsikan di sini..


senang sangat nak buat puding roti nie, bahan-bahan yang di gunakan pun sikit je..saya dah pun syer resepi ni di group fb, nampaknya ramai yang sukakan puding roti nie..ade juga yang dah pun mencuba..ok jom kita skodeng resepinya.


PUDING ROTI

8 keping roti
1 sb tepung jagung
2 sb mentega cair
4 sb gula pasir
500 ml susu cair
1 sk esen vanila

caranya;

koyakkan roti dan terus susun di dalam loyang
campurkan bahan lain kacau hingga gula larut
masukkan ke dalam roti yang telah di koyakkan tadi.
rendam duu 20minit
barulah dikukus selama 30 minit..juga boleh di bakar 30minit -45 minit

sos kastad
1 tin susu cair
2 sb tepung kastad
2sb gula kasar

caranya:
masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan
kacau hingga kuah pekat
dan sejukkan keduanya
potong puding roti dan siram sos kastad sebelum di hidangkan.

komen k.ipar saga sangat sedap, jadi ape tunggu lagi selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...