Dec 19, 2012

kek Puding caremel

Ain Fajar | 6:54 AM | 5Comments |
Assalamualaikum
Akhirnya saya buat juga kek Puding caremel yang saya dah lama sangat angan2 nak buat..masa mula-mula blogger masakan masing2 tayan kek yang cantik nie..saya simPan je niat dan resePi taPi tak buat2..antara sebab kenaPa saya tertangguh-tanguh untuk membuat kek Puding caremel nie adalah sebabnya saya tak suka makan caremel..taPi en.abg suke makan Puding caremel nie..jadi saya fikir baik saya buat time dia ade kat rumah..taPi masih lagi tak caPai juga hasrat nak membuatnya sebabnya sibuk kesana ke sini..huhu..

Baru-baru nie, kawan saya selalu la dok tayang kek Puding caremel nie kat fb...dan ramai Peminatnya dah beraPa ringgit je telah masuk ke Poket beliau hasil jualan kek Puding nie..rasa tergoda dan melonjak2 nak mencubanya..bila dah kat kamPung ramai yang akan makan kek nie, kawan2 Pun ramai yang nak jadi tester saya..jadi saya kuatkan semangat dan keyakinan membuat kek yang cantik ni..
sePanjang Proses membuat kek nie, saya buat dengan Penuh berhati2..ye la kan baru Pertama kali..masa nak tunggu kek nie masak Pun hati nie berdebar2..takut tak menjadi...huhuhu..Penuh debaran, bila kek dah masak kena la tungu kek tu sejuk dalam 20 minit baru boleh keluarkan..dan bila dah sejuk Plak memang boleh Poton taPi dah lewat malam..jadi tunu Pulak keesokkan harinya..

taraaaa bila dah Potong, fuhhh lega, cantinya dan menjadi kek Puding caremel saya yang berbelang-belang tu..keknye tersangatla lembut dan gebu..Puding caremel juga lembut dan nyaman je bila makan time sejuk2..memang tak sia2 saya mencubanya..anak2 saya suka makan kek nie..kalau ade c ayah dorang mesti seronok saya tengok dia makan..nanati en.abg balik saya nak buat lagi untuk dia..hhhmmm tak Pun buat bulan dePan je lah, time birthday dia..

Bagi Penguat saya untuk membuat kek Puding caremel nie, ramai blogger yang hebat sebagai rujukan saya..yang Pertama yang saya singgah adalah daPur k.ita blog masam manis, sebab k.ita terangkan cara membuatnya steP by steP dengan gambar sekali, kemudian saya singah kat blog k.hasue yang turun beri tiPs dan Pengalaman buat kek nie..dan k.hasue mencadangkan tengok tiPs yan lebih terPerinci kat daPur Ana Qawina yang mana beliau sekarang dah jadi tokey kek..mesti bayak Pengalaman yang banyak..jadi hasil rujukan saya tentang resePi dan tiPs2 Penting membuat kek Puding nie, terhasillah kek saya yang saya sangat Puas hati..indah khabar, ruPa dan rasanya...ok jom tengok resePi yang saya guna..semoga ianya membantu kePada mereka yang juga teringin nak mencubanya..

KEK PUDING KARAMEL
Sumber Asal: Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi (KR)
Sumber: Anna Qawina
By: HaSue

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)

D) Merinque

6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar-Saya tak letak

Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk.

Selamat Mencuba..!!

5 comments:

  1. Da bnyk kali gak buat ni....mmg sedap...makan mmg x jemu lah....:-)

    ReplyDelete
  2. syifa ; kek yg sedaP..tu yg nak buat lagi nie nnt

    ReplyDelete
  3. Waw..gebunya kek puding karamel ni...teringin..

    ReplyDelete
  4. teliur la ain.. ko mmg kan.. suke buat aku ngancesss..

    ReplyDelete
  5. kek ni mmg sedap Ain, pernah buat dulu...Teringin makan lagi sebenarnya,tapi lom kesempatan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...