siapa yang kawin?..kawan saya..kawan satu sekolah, satu kelas dan satu kampung...lama sangat tak jumpa..nama je satu kampung tapi tak penah jumpa selepas saya kawin 5tahun yang lepas..lama tuuuu..sejak dah jadi isteri orang nie memang la susah nak jumpa kawan2 lama..masing2 dengan urusan masing2, bila balik kampung sekejap2 je, sibuk ke rumah bapak saya dan ke rumah mertua..kampung dekat2 nie kadang susah juga..penat kat jalan..mesti bahagi sama rata, walau kadang tu kmpg en.abg yang lebih...
Ini la permaisuri sehari tu..time nie malam waktu dia nikah, gambo malap la sikit..dah satu kampung boleh la datang malam, ank2 pun dah besar kurang sikit ragamnya..en.abg anto pastu balik, boleh la lama sikit menyembang..tapi malam tu tak ramai pun kawan2 yang datang, masing2 ank kecik..saya datang nie sebab nak jumpa kawan sek yang boleh datang malam tu je, siang dia kerja..
Yang berbaju hijau ni le kawan sekolah masa ting4 dan 5, Pn. hazilawati @ pn.ila..kira kawan baik juga la..
pn. ila nie antara kawan saya yang paling awal kawin..tengok je lah anak darenya dah besar, dah sekolah darjah 1..anak2 kami masing2 belum sekolah..ade sorang lagi anak teruna pn.ila sebaya dengan syuhada 4tahun.saya pun tak nak ketingalan bergambo dengan pengantin..tak tau bila dapat jumpa lagi nie..sedondon la pulak kami..malam tu tema famly pengantin warne purlpe..tak sangka sama pulak..udah, dah nampak macam family pulak.
buat kenangan amik gambo anak2 dare nie...
keesokan harinya, majlis persandingan dan kenduri kendara..semasa mempelai nak masuk ke rumah pengantin perempuan, baca doa mohon keberkatan dan kebahagian. |
tema hari persandingan warna pich..tapi pengantin pakai baju kelabu..saya ikut tema tak kalinie..hehehe jom tengok.. |
.
ambik kesempatan juga bergambar dengan kawan2 yang lain..ni pn.syaidatul syima..tapi kami semua panggil nyah..sebab dia ank kedua..orang perak panggil ank kedua dengan gelaran nyah..bukan nyah yang patah tu yer..huhuhu sian kalau orang salah faham, sebab kedua kenapa panggil nyah, sebab nama pengantin pun syima, so takut keliru masa kat kelas duduk sebelah2 pulak tu dorang nie..
anak bujang nyah malu2 berdiri sebelah kakak, anak dare saya , ade dia kesah janji dapat bergambo buat muka melenyis.
yang nie, pn.Azlina kira rapat juga sebab kami sama2 organize pengawas sekolah masa kami ting6..
pn.mahfizah, dah ade anak baru nak masuk 2thn..dia nie kira kawan rapat juga, kami satu kampung dan satu sekolah dari tingkatan 1 sampaila ting6 atas..tapi kami satu kelas masa tingkatan2, dan pindah sekolah sama2 dan masuk kelas yang sama dari tingkatan4 hingga ting6 atas..pegi mana2 sama je lah kan, sampaikan orang kate muka kami sama, tak tau la ape yang sama, padahal saya tak pakai speak dan saya nie tak berapa nak cerah kulitnya..hehehe...dah habis ting6, kami jarang jumpa sebab kami belajar kat universiti yang berbeza, sekarang lagi susah nak jumpa bila masing2 dah kawin..dan beliau juga sibuk menjalankan perniagaan t-shirt muslimah di butiknya kat KL..
antara kawan2 yang hadir masa kenduri tu..yang nie je sempat bergambar bersama, yang lain ade yang dah balik dan ade yang belum datang..masing2 dah dukung anak..nanti jumpa lagi time anak2 kawin pulak..sekejap je masa berlalu..rase baru semalam saya tanggalkan baju uniform sekolah dan ucapkan by by kat sekolah tu..sekarang ni bila pegi sekolah tu macam2 perubahan..guru2 pun dah ramai yang pindah naik pangkat..walau macam mana pun kenagan di bangku sekolah memang satu kenangan yang sangat indah dan sangat rugi kalau kita sia2 kannya..sebab kita tak akan kembali seperti dulu...saya sangat teruja nak datang kenduri kawan saya nie sebab boleh jumpa kawan2 lama..nak buat reunion tak tau la bila..tak de sape pulak yang nak manage program reunion tu, harap dapat jumpa kat majlis macam nie je lah..
No comments:
Post a Comment