Menu laksam ni wajib cuba bila dah datang ke Terengganu..masa mula2 datang ke Terengganu, laksam la yang saya cari dulu pastu baru la sata, otak2, kepok leko, satay ikan dan yang lain2nya..Terengganu ni memang kaya dengan makanan hasil dari ikan..macam2 produk yang dihasilkan dari sumber laut..kreatif orang Terengganu menghasilkan makanan yang berasaskan kekayaan sumber asli mereka..hasilnya terkenal diseluruh negeri termasuk negara luar...bila saya dah makan sekali memang nak lagi dan lagi dan lagi...terus jatuh hati nie..bila dah jatuh hati mestu kena pandai buat sendiri..bukan tak boleh beli tapi kalau beli tak cukup sikit..dan yang pentingnya nanti kalau dah balik ke kampung nun di selatan sane memang susahla nak jumpa lagi laksam nie..so saya cuba2 untuk buat sendiri..setakat nak buat kuahnya memang tak de masalah tapi tang mee nya tu tak jual kat kedai..memang ken buat sendiri..memang dari dulu lagi nak try buat sendiri tapi kekuatan tak de..tak rujukan pun..rata2 orang yang saya kenal tak tau nak buat laksam mee laksam..so saya pun rujuklah kat pak google..jumpa la kat beberapa bloger masakan dan di myresipi.com...
pada mulanya memang tak yakin boleh buat, hasil dari beberapa sumber saya memberanikan diri untuk buat mee laksam sendiri..alhamdulillah menjadi,ni kira kali kedua percubaan saya buat mee laksam sendiri..tersenyum puas bila ianya menjadi..lepas nie boleh buat lagi dah pro, macam org ganu kita pulak..hehehe...ingat susah nak buat mee laksam nie rupanya alahai senang je ropenya...ok2 boleh buat lagi..jom kita skodeng resepinya..saya pun tak ingat beberapa blog yang saya rujuk..saya tengok ape bahan untuk kuah dan bahan untuk mee laksam..pastu masa buat saya buat ikut sukatan agak2 saya je..maklumla dah lama nak buat tapi baru sekarang nak buat sunguh2.
Laksamsumber : yani@myresipi.com/top/detail/185
by 'ain : resepi kehidupanku
Bahan-bahan (mee laksam)
3cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
1/2 sk garam.
Bahan Kuah Laksam :
6ekor ikan
200ml santan pekat
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 keping asam gelugur
1 sk garam
1 sb gula
Bahan sambal :
2 inci belacan
1 biji limau kasturi
5 biji cili padi
bahan Hiasan :
bunga kantan
kacang panjang.
cara-caranya : Dari Yani.
- Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
- Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
- Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
Salam Ain,lama dah tercari2 resepi laksam ni..memang ori la kan sebab sendiri buat mee dia..suke la..next time Rahel try jugak..
ReplyDeleteAssallamualaikum Ain..
ReplyDeleteHihihi..Naz duduk di sini senang nak jumpa laksam ni. Tu yg cam malas nak buat sendiri.. Rajin Ain...Nak sikit..
Salam kenal Ain.baru sempat dtg kunjungan balas.tk wish bday anak2 akak.laksam ni mmg favorit akak sekeluarga.mmg puas hatikan buat sendiri...boleh ulang2 mkn. dah tak payah beli...
ReplyDeletesalam ain
ReplyDeletewahhh kira teror dah leh buat sendiri..zila pun nk keep resepi nie jgk..bila2 bole cuba.:)
salam..
ReplyDeletehmmmm..sedapnyer, rindu nk makan laksam lah..
boleh ba kalau rahel mesti leh buat senang jak pun..
ReplyDeletenaz meh la dtg pake mkn laksam...ain tak keje nak kuar g beli ssh so teringin nak makan buat sndr la.
ReplyDeletetq mamasya..salam kenal juga..
ReplyDeletezela: tak lah teror mane, senang je nk buat tu yg menjadi tu :)
ReplyDeleterohah buatla, nak bagi macam tak sampai je nak hulur..:)
ReplyDelete