Jun 20, 2011

Pandan layer cake

Ain Fajar | 7:57 AM | 1Comments |
Assalamualaikum.

SELAMAT HARI BAPA...rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari bapa kepada insan yang bergelar bapa di seluruh dunia ni..kek lapis pandan ni saya buat khas untuk en.bg sempena hari bapa..en.abg suka kek yang jenis macam ni. so saya pun try la buat..kira fist time juga buat ni..alahamdulillah menjadi dan sedap rasanya..hari ni saya cari juga masa untuk membuatnya..bukan ape c fina demam la pulak 2 3 hari lepas so mmg tak leh nak tinggal, time dia tido baru boleh buat kerja.

Resepi ni saya ambil dari buku Chef Noraini.mmg menjadi semua resepi keknya.

Bahan-bahannya:)
Bahan Untuk kek spans :)
5 biji telur
40 gm air ppandan
75 gm mentega cair
125 gm gula kastor
125 tepung kek
1 sb ovallate
1 sb baking powder



Cara-caranya : )
  • campurkan semua bahan kecuali merjerin. pukul hingga adunan kembang.
  • masukkan marjerin cair dan kacau perlahan menggunakan tangan.
  • masukkan adunan ke dalam loyang yang sudah di sapu marjerin.
  • bakar 25 minit pada suhu 180C atau hingga masak.
  • apabila kek masak perlu terbalikkan selam 10 minit. baru keluarkan dari loyang


Bahan untuk Kastad pandan :
Bahan A:
500ml air pandan
1 sudu serbuk agar-agar (saya rasa perlu letak 2 sd)
180 gm gula kastor

Bahan B :
40 ml air santan
185 tepung hong keuw
secubit garam

Bahan hiasan :
kelapa kering secukupnya .
  • cara membuat kastd pandan:
  • campurkan bahan A. masak hingga mendidih dan gula larut.
  • satukan semua bahan B dan campurkan kedalam bahan A
  • masak hingga kastad pekat dan menggelegak.
  • sejukkan.

Cara melapis kek :

  • potong kek spans menjadi dua lapisan.
  • masukkan satu lapisan kedalam loyang yang boleh diangkat lapikanya, dan tuang 1/3 dari kastad pandan 
  • lapis dengan selapis lagi kek spans, kemudian tutup dengan lebihan kastad yang tinggal hingga habis
  • apabila kek dan kastad pandan keras boleh keluarkan dan hias dengan kelapa kering.
ok itu sahaja...selamat mencuba!!!!
kenangan en.abg memotong kek hari bapa bersama kedua anak tersayang...hehehe sememeh je...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...