Mar 31, 2011

spans cake stawberrry.

Ain Fajar | 10:35 PM | 0Comments |
Assalamualaiku..
kelmarin saya mendapat tempahan kek span dari jiran sebelah..sibuk la c kakak nak makan kek..so lebihan dr adunan tu saya buat bentuk cup cake. dapatla dalam 6 biji..
haa ni lah, aik! tadi kate 6 biji tapi kat gmbr ada 4 biji je..ape lagi 2 biji lagi dah selamat masuk dlm perut kakak tak sempat nak sejuk pun, suam2 lagi dah dia bawa lari..saya saje boh aising kat kek tu coz nnt bila dia tengok kek yg org tempah tu ada aising dia pun nak, baikla buat awal2, kalau tak bising je mulut dia...aduyai tak tahan telinga dan ibu dia tak leh nak buat keja la jawabnya...


sambil tu saya leh la melembutkan tangan yg keras untuk membuat bunga..walaupun tak cantik tapi korg sume masih boleh kenal kan yg kat atas tu bunga ape? yeeee betul! bunga ros..yg belah kiri tu yg dah kembang mekar dan yg belah kanan tu yg baru nak mengembang...hik! hik! hik!
 gambar di atas adalah sruktur kek span..nmpk mcm spans tak..lembut sangat mcm spans..ok lah jom kita skodeng resepinya

sumber : chef noraini
Bahan-bahannya: )
5 biji telur
125 gm tepung kek (self-raising)
140gm gula kastor
15gm ovallate 
40gm air suam
1sk baking powder.
1 sudu teh perasa srawberry
1 sudu teh pewarna merah
75gm buter (cairkan)

Cara-caranya: )
  • satukan pewarna, perisa stawberry dan air kacau sebati dan ketepikan.
  • masukkan semua bahan kecuali buter. pukul bahan pada kelajuan sederhana. apabila tepung sebati kuatkan speed pada kelajuan tinggi, pukul hingga adunan kembang. warnanya akan berubah kepada warna cream.
  • masukkan air pukul perlahan hingga sebati. dalam 5 minit
  • masukkan butter cair dan gaul guna tangan hingga sebati..
  • tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau hingga kek masak. (bergantung pada oven masing2 yer)
  • apabila kek masak dan keluarkan dari oven terbalikkan loyang selama 10 minit baru keluarkan kek dari acuannya.
  • apabila kek sejuk boleh la hias mengikut kreativiti masing2 dengan kream.
selamat mencuba yer!!
 spans cake + butter cream
ni kek aising yang saya buat utk tempahan tu...hahaha mcm nak buat hantaran je..tapi tok makan2 je..saje lah kan kalau nak makan2 pun kenalah wat cantik2..cantik keer?..what ever!!hihihi..

oleh kerana esok hari beday kakak ibu dah buat satu ucapan dan kek..haha kalau ibunya rajin dan sempat  esok ibunya buat kek lain..bukan ape nnt nak sambut kat kampung dengan adik beradik en.abg dan embhnya..kn buat kek juga lagi
dah besar dah kakak..tapi ibunya nampak dia mcm kecik lagi..mn tak nyer cewek mengalahkan adiknya hahahaha...kakak kakak..harap2 jd anak solehah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...