suka saya syerkan resepi kuih yang sedap ni di sini..saya memang suka sangat kuih nie..sebab saya sangat gemarkan sejenis kuih orang jawa iaitu tum tum man..rasanya lebih kurang sama tapi ade rasa lemak santan dan kekenyalan dari sedikit tepung hong keuw.
kuih nagasari sangat mudah di sediakan dan bahannya tidaklah rumit
ianya di bungkus dengan daun pisang..baunya harum dek daun pandan, santan dan daun pisang.
ini lah rupa kuih nagasari, cantik je
jom lah kita skodeng resepi mudahnya.
sumber resepi saya dah lupa sebab dah lama save di hp. barulah arini berkesempatan membuatnya..semoga tuan empunya mendapat pahala berlanjutan.
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 sd tepung hong keuw
5 cawan air santan
sehelai daun pandan
1/2 cawan cendol
caranya:
campurkan semua bahan kecuali cendol, gaul sebati
masak atas api hingga adunan pekat dan licin
masukkan cendol dan gaul sebati
bungkuskan adunan dengan daun pisan seperti membungkus lepat.
sejukkan dan boleh la dihidangkan.
saya nikmati kuih nagasari ini ketika berbuka puasa 6 arini.
memang sedap sangat.
selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment