Aug 20, 2013

Almond London

Ain Fajar | 7:47 PM | 0Comments |
Assalamualaikum

Almond london antara biskut atau kuih raya yang wajib bagi saya sejak tahun lepas..memadangkan masih ramai peminatnya terutama di kalangan anak-anak dan kelurga saya..saya pun suke juga makan almond london nie..susah nak dapat makan almond london yang asli..rata-rata dalamnya kacang, tak pun badamnya separuh sahaja..coklat yang di gunakan tak berapa nak sedap..huhu..baikla buat sendiri kalau dah tau..biasa la, kalau kat pasaran tu kadang mereka nak jual yang murah jadi terpaksa guna bahan-bahan yang murah supaya dapat keuntungan...saya faham sebab saya juga berniaga..semua pelanggan nak murah dan sedap..apa yang pejual dapat kalau semua macam tu kan..ok lah, jom saya kita tengok resepi, lepas nie buat sendiri je..ambik la masa sedikit di hujung minggu untuk dapatkan hasil yang jamin puas hati..


inilah biskut almond london yang terhasil..saya buat 3 adunan, banyak hasilnya..saya dapat dalam lebih kurang 500 bj..cukup untuk oder kawan saya, mak mertua saya dan untuk rumah bapak saya.


resepi asal dari kak wan dan k1 pula ambik dari chef noraini..blogger yang semua orang kenal..saya suke sangat dengan resepinya sebab ianya menepati selera saya..memang tak cari resepi lain dah..


Biskut Almond London
sumber : chef Noraini & K1

Bahan-bahannya :
250gm mentega
450gm tepung gandum
100gm tepung jagung
150gm gula halus 
1 sb emplex
1 biji telur
1 sk esen vanila
badam biji

Hiasan
coklat masak
badam hancur

cara-caranya:
  • pukul mentega dan gula hingga sebati.
  • masukkan telur dan esen vanila kacau rata.
  • masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta emplex, gaul rata hingga menjadi doh.
  • bulat2 kan doh dan masukkan badam.
  • bakar pada suhu 180c selama 20minit. sejukkan apabila biskut masak.
  • masak coklat secara double boil.
  • celupkan biskut dan masukkan dalam paper cup, tabur badam hancur di atas biakut
  • tunggu hingga kering dan simpan dalam bekas kedap udara.

selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...