Jul 9, 2013

Ramadhan Al-mubarak.

Ain Fajar | 9:21 PM | 2Comments |
Assalamualaikum.

Salam ramdhan al-mubarak saya ucapkan kepada pengunjung resepi kehidupanku..terima kasih tak terhingga atas kesudian semua yang singgah di sini dan mencuba resepi yang saya kongsikan..walaupun blog masakan saya kini agak suram dan kurang ade N3 terbaru namun masih ada yang singgah..hanya ucapan terima kasih yang mampu dikatakan..hari ini kita umat islam sedunia telah menjalankan ibadah puasa yang di tuntut oleh agama..alhamdulillah masih sempat kita menemui ramadhan yang sangat berkat ini..masa nie lah umat islam megandakan ibadah pahala yang sukar ditemui di bulan2 yang lain. Di samping itu juga ramai yang mengambil kesempatan untuk menambah pendapatan dengan mengambil tempahan kuih raya..macam saya ..hehe..

Tahun nie bulan puasa saya sangat berbeza dari tahun sebelum nie..yang seronoknya tahun nie tahun pertama saya yang bergelar isteri dan ibu berpuasa di kampung namun dalam keseronokan berpuasa di kampung en.abg saya bejauhan..dia terpaksa bertugas di tengah lautan dan dirantau orang sorang diri..tapi ade la kawan2 yang senasib denganya..tapi tak seronokla kan bersahur dan berbuke tanpa keluarga di sayangi..harap2 raya nanti dapat la en.abg bercuti dan beraya bersama dengan kami semua.

selain kelainan itu, tahun nie saya telah menyambung perniagaan arwah mak saya, iaitu menerima tempahan bahulu lapis dan gulung..di samping itu juga saya turun membuat kek lapis serawak yang sangat unik yang mana ianya kek kegemaran en.abg dan saya sendiri..alhamdulillah dengan rezki yang Allah beri kepada en.abg saya, dia telah menghadiahkan saya bengkel tempat membuat kek dan bahulu..sangat selesa siap dengan perkakas yang cukup sempurna. sangat2 terharu dengan kesungguhan en.abg membatu saya dari seluruh sudut terutama dari segi kewangan..semoga pelaburan yang en.abg laburkan dalam memulakan projek ini mendatangkan hasil yang lumayan untuk kami di hari tua..saya sangat terharu dengan sokongan en.abg dalam membantu saya merialisasikan impian arwah mak dan minat saya dalam bidang bakeri.

Inilah bengkel yang en.abg bina untuk saya untuk kemudahan menerima tempahan akan datang..bula puasa ni bermulah beroperasi..bengkel ni tak la besar mana tapi ianya cukup selesa untuk saya membuat sebarang tempahan..ianya di bina bersebelahan dengan rumah bapak saya.ade rezki tambah lagi bahagian hadapan..yang nie hanya untuk bahagian dapur sahaja.syukur alhamdulillah.

 yang ni pula bahagian dalamnya, bahagian dapur..cukup semua peralatan, ada yang sememangnya sudah sedia ade (arwah mak punya), ada yang saya beli (hadiah dr en.abg) dan ada yang kerajaan bagi (bantuan JKKK)

belum siap sepenuhnya sebenarnya, masih berselerak, baru siap dalam 90%, cuma tinggal elektrik sahaja..bila elektrik dah masuk boleh saya mula beroperasi..


tempahan di buka untuk orang-orang kampung, yang mana saya mengumumkan yang saya telah menyambung perniagaan arwah mak.


selamat menyambut ramadhan al-mubarak dari kami sekeluarga..in sya allah tahun depan kami berlima pula, mybe ade kawan ayahnye..semoga ramdhan kali ni adalah lebih baik dari yang sebelum nie..syukur juga semoga saya bertahan berpuasa untuk sebulan.

jumpa lagi dengan menu2 yang suke nak syer disini nanti.


2 comments:

  1. Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ain..

    salam ramadhan dan selamat berpuasa..

    wah, seronoknya ada bengkel buat kuih..selesa la buat tempahan kan..semoga betambah rezeki..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...