Tanggal 11/5/2013 seorang adik lelaki saya telah mengikat hubungan dengan pasagan yang di kenalinya bagi mengumumkan yang mereka akan mendirikan rumah tangga kelak...perhubungan pertunagan yang terjalin adalah untuk memberitahu kepada keluarga kedua belah pihak yang mereka sirius untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat..di samping itu juga tempoh bertunang merupakan waktu mereka mengenali hati masing2 sebelum hidup bersama...sebak juga di hati ini bila melihat adik saya dah nak mendirikan rumah tangga..adik2 semakin besar begitu juga dengan saya, dah makin tua..sebak bukan kerana usia dah makin tua tetapi sedih mengenangkan arwah mak yang tak sempat melihat semua anak2nya mendirikan rumah tangga dan bahagia, juga tak sempat melihat cucu-cucunya membesar..tak nak cerita panjang pasal kesedihan..
Bila adik saya nak bertunang seronok bukan kepalang sebab saya suka buat gubahan barang hantaran, tak kisah sama ada barang pakaian atau pun makanan.. masa ni la saya nak asah bakat melembutkan jari jemari...kebetulan pula adik saya menyerahkan 100% untuk saya menguruskan barang hantarannya..masa saya bertunang pun saya buat sendiri semua barang hantaran termasuklah kek..rase bangga sangat dapat hasilkan kek yang besar di hari bahagia...masa saya kawin pun saya buat kesemuanya sendiri di bantu oleh arwah mak..barang hantaran, bunga telur, kek 6 tingkat, doogif dll..memang seronok dan berpuas hati dengan hasil usaha sendiri..ok jom intai2 ape yang telah saya hasilkan untuk adik saya..
tuala yang telah saya ubah menjadi sofa pengantin.
sejadah dengan niat di hati nak buat bentuk teko tapi bila muncungnya terlalu panjang semua orang cakap unta, huhuhu..sedihnya..teko ku berbentuk unta..memang tak boleh nak di pendekkan sebab sejadah agak besar. biasanya orang buat guna tuala, tapi saya guna sejadah..tapi hantam la labu janji berbentuk..haha
kain pasang yang saya cuba buat bunga dalam bakul.
Al-Quran dan rehal..tak perlu nak gubah cukup sekadar dengan letak bunga dan reben.
buah-buahan, tak juga di ubah cuma bakul sahaja yang di perindahkan dengan reben dan bunga.
cincin tanda ikatan di jalinkan..cincin yang di kelilingi coklat..so sweet...
yang adalah bahan makanan, 2 dulang sumi buah-buahan, kek LV, kek lapis serawak cheese srawbery, bahulu ikan dan gula2.
sebelum masuk ke rumah bakal tunang adik, sempatla kami bergambar..hehe
rombongan lelaki yang mula melangkah masuk ke perkarangan rumah perempuan..kami membawa rombongan seramai lebih kurang 30 orang dengan kenderaan 8 biji kereta yang tak penuh..rombongan terdiri daripada orang kampung yang paling rapat dan adik beradik saya sahaja..
barang hantaran dari kedua belah pihak..
sesi perbincangan telah pun bermula dari pihak lelaki dengan mewakilkan kawan baik bapak saya
tepak sirih di beri kepad pihak lelaki tanda pinangan lelaki untuk bunga di taman.
saya menunjukkan sebentuk cincin kepada ibu bagi pihak perempuan sebagai tanda pertunagan adik saya dan anaknya. (gugpnyerrrrr time nie)
sesi penyarungan cincin..saya mewakilkan adik saya menyarungkan cincin kepada bakal tunang adik saya..bila mak dah tiada saya sebagai kakak sulung, di pertangungjawabkan untuk tugas nie.
cincin telah pun di sarung ke jari manis Nur Shahira
salaman pertama bakal adik ipar..hehe.. (sebelum nie tak pernah jumpa tau..)
terjalin sudah ikantan pertunangan antara merka berdua..semoga mereka dapat menyesuaikan diri hidup bersama dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat mereka..aminnnnn...
Kreatifnya hasil gubahan untuk pertunangan... moga pasangan yang bertunang akan berbahagia.
ReplyDeleteamin..tq k.amie
Deletesalam ain..
ReplyDeletepandainya ain gubah hantaran tu..kreatif dan cantik.
saja main2 dan suke2..hobi je ni...tq
Deletemacam mana nk gubah towel jd sofa tu?
ReplyDeleteBentukkan surat khabar dan balut tuala ambik bhg tulisan..kanan dan kiri gulung smpi habis dan semat kemas..bhg atas letak paper yg dah siap lipat mcm kipas..
DeleteBentukkan surat khabar dan balut tuala ambik bhg tulisan..kanan dan kiri gulung smpi habis dan semat kemas..bhg atas letak paper yg dah siap lipat mcm kipas..
Delete