salam ceria..lama tak up date resepi..banyak resepi yang ingin saya kongsikan bersama di sini di samping sebagai rujukan saya sendiri dan anak2 masa akan datang..tapi masa tak mengizinkan..bila ade peluang je saya mesti curi sedikit masa untuk update resepi yang telah berjaya saya cuba.
Hari jumaat yang lepas saya cuba resepi baru bagi saya yang mak mertua saya selalu buat masa en.abg kecik2 dulu..kate en.abg kuih nie satu kegemaran dia masa dulu dan mungkin susah nak dapat makan lagi..ye lah mak dia pun dah tua dah tak berapa nak larat dan tak rajin dah nak buat kuih2 ni..bila raya sekali pun ank2 yang yang dah cukup penuh meja hasil pemberian ank menanatu.
inilah, bahulu yang saya kata en.abg suke sangat..saya saje nak try buat dan bagi en.abg makan dan komen...alhamdulillah menjadi katanya..saya sangat la berpuas hati kalau saya berjaya buat kuih traditional yang jarang orang muda buat sekarang nie..saya bangga pada diri sendiri..dalam masa yang sama tak lapuk lah dek zaman kuih muih traditional dalam masyarakat moden kini..ok lah tak nak cerita panjang jom layan resepi..mana tau ada yang nak cuba rase bahulu santan kukus nie.
Bahulu Santan Kukus
by: ainkamal
bahan-bahannya :
8 biji telur
2 cawan gula ( boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sb esen vanila
1 cawan santan serbuk. ( boleh juga guna santan cair "santan kotak")
caranya :
- pukul telur gula dan vanila hingga gebu dan kembang
- panaskan kukusan
- masukkan tepung dan gaul guna tangan perlahan hingga sebati
- masukkan santan serbuk gaul rata. jika menggunakan santan cair pastikan air kukusan sudah betul2 mengelegak. terus tuang dalam loyang 9 inci
- kukus selama 45 minit 1jam
siap!!
hasilnya lembut, gebu, moist lemak manis..memang berbaloi...raya nanti mesti buat lagi untuk tetamu dan semestinya en.abg ku..hehe
No comments:
Post a Comment