Asalamualaikum..
Bila anak2 demam suhunya tinggi en.abg pun buat keputusan untuk balik juga..nasib juga bos en.abg memahami da benarkan en.abg balik kampung tengok anaknya. jadi bila en.abg balik adik beradik yang nak buat juga beday en.abg..oleh kerana nak buat kek tak sempat dan permintaan yang lain nak saya buat puding caremel jadi saya pun buat puding caremel untuk beday en.abg..cepat, mudah, simple, dan sedap..memang laku cepat je licin..kalau kek memang xberapa nak makan..tapi kali nie sekali potong tak berenti yang memakannya..kanak-kanak rebina pun suka kecuali anak2 saya..sama macam saya tak berapa nak suke..di sebabkan en.abg sorang sahaja yang suke saya memang tak pernah buat puding caremel..bila adik beradik en.abg ade baru saya suke nak buat..corform habis.
Senang sangat nak buat puding nie..saya tak pernah nak buat sendiri sebabb en.abg sorang yang suke..saya tau buat puding ni pun sebab saya da biasa buat kek caremel..dari pengalaman tu saya cuba nasib..kalau menjadi alhamdulillah..kalau tak jadi campak parit..masa saya kukus tu hati sangat2 berdebar sayang telur tu kalau tak di makan..bila da keluar dari loyang huh! lega sangat..meh skodeng resepi kot ade yang nak try..
PUDING CAREMEL
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A:
2sd besar gula pasir
Bahan B:
8biji telur
1tin susu cair
1tin susu pekat
1sk esen vanila.
Buahan dalam tin
Cara-caranya:
Cairkan gula di dalam loyang yang ingin di gunakan hingga gula keperangan.ketepikan
Campurkan semua bahan kecuali buahan campur.
Tapis adunan dan masuk ke dalam loyang gula hangus tadi.
Kukus 45minit
Simpan dalam peti ais
Bila caremel dah sejuk.terbalikkan caremel atas pingan biarkan caremel turun sendiri
Hias la dengan buahan campuran
Sedap di makan sejuk2
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment