Sep 25, 2011

lempeng kelapa

Ain Fajar | 5:45 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Lempeng kelapa..rasanya dah biasa bagi orang jawa di Malaysia ni..tapi saya tak biasa makan, ini kali pertama saya buat dan makan..arwah mak tak pernah buat sarapan yang jenis macam ni, kat tempat lain tak pernah jumpa plak..mmg tak jual pun..so bila saya belek2 buku resepi chef  Hanieliza rasa teringin nak rasa..so saya buat petang semalam..kebetulan ada kari ayam jiran sebelah bagi..so jadi la projek saya melempeng petang semalam..rasanya sedap lemak2, en.abg yang baru makan nasi pun layan 3 keping, anak2 pun suka..lepas ni boleh la melempeng kelapa lagi tak rugi parut kelapa penat2..maklumla kan parut orang tak ada mesin parut kelapa so nak kelapa parut kenala parut secara manual, abis sumpek-sumpek kuku saya..
Ini lah rupanya..jom semak resepinya.
Bahan-bahannya :)
1 cawan kelapa parut
1 cawan air kelapa muda (jika ada) saya ganti dengan air biasa
2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 biji telur
1 sk garam
1 cawan air suam
Sedikit marjerin.

Cara-caranya:
  • Gaul semua bahan. Bancuh sedikit cair, sekiranya pekat tambah sedikit air.
  • Panaskan kuali dan leserkan sedikit marjerin
  • Letak satu senduk adunan dan tutup kuali.
  • Masak dengan api yang paling minimum.
  • Balikkan dan angkat jika warna berubah menjadi kekuningan.boleh hidangkan dengan sebarang gulai, madu dan susu pekat.. choclate cair pun sedap juga kot hehehe...
  •  
Selamat mencuba!!!
Memang sedap..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...