selamat pagi Malaysiaa...sarapan ape pagi? saya sarapan special sikit...mungkin bg korg benda ni tak la special mana pun, tapi bagi saya mmg bererti..ye lah dah peberet mmg la special. nak buatnya pun perlu kesabaran..nak jumpa kat kedai mmg susah dah sekarang ni...apa ituuuu? popia bersira yang mana kulitnya di buat sendiri..saya suka, saya suka...ingat lagi masa kat sekolah dulu mak cik kantin jual dengan harga 40sen saiznya cenonet je, intinya cuma tauge dan sengkuang boleh dikira dengan jari banyaknye...mmg tak kenyang langsung..dah biasakan arwah mak buat besar2..masa saya sekolah rendah hari-hari mak buat untuk jual kat kantin sekolah, jual 10 sen je, makan sebiji pun rasa kenyang tambah dengan inti yg pelbagai..zaman harga minyak naik pun masa mak niaga, cuma 20senje, mmg tak jumpa dah kuih harga 20sen yang saiz besar mcm tu..(sumer tu kenangan)
ni la popia yang saya maksudkan tadi...tak makan lagi nih, up date dulu sementara budak2 belum bangun..kira ini kali pertama saya buat sendiri dari awal hingga akhir..sebelum ni biasanya tolong mak jer..mak bancuh dan buat kulitnya, bahagian menggulung mmg tugas saya..siap je mak leser tepung atas non stick pan saya terus je gulung suam2, pastu saya goreng..bab menyira mmg mak yang buat..kira saya buat part yang senang je lah..tapi saya pernah sekali bancuh, pernah sekali cube2 leser tepung atas kuali dan saya sentiasa peratikan mcm mn mak buat, pas tu lama dah tak buat...sekarang saya peratikkan semula...ini percubaan pertama tapi belum mendapatkan kepuasan dalam menghasilkan kulit popia yang sangat nipis...tak per mesti cuba dan terus cuba hingga berjaya...cayo' cayo' ....hhmmmm...ni lah antara kenangan terindah bersama arwah mak, saya akan tolong dia wat kuih..saya, kalau nak hilang tantion study saya akan tolong mak buat kuih mmg tenaaaang je..bila dah siap saya leh start study balik...tantion wooo study STPM nih..alhamdulillah la mak masih ada time tuh...
ok jom skodeng macam mn nak buatnya..agak leceh sikitla tapi memuaskan dan tak kan menyesal kalau mencuba...tapi kalau tak jadi kena cuba lagi tau..kena ada sikit kemahiran...kena cari skill dari pengalaman..
Bahan untuk kulit popia :
3 cawan tepung
1/4 sudu teh garam
1 sudu baking powder
1 biji telur
air secukupnya
Cara membuatnya..
- satukan semua bahan dan bancuh seperti ingin membuat cekodok..ramas-ramas adunan tersebut.
- peram adunan dalam masa 3-4 jam atau semalaman.
- Panaskan non stick pan dengan api sederhana.
- Ambil sejemput adunan tepung tadi dan lenserkan di atas non stick pan.
- Buat dari arah jam. Mualakan dari tepi dahulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata dan bulat biarkan sebentar sampai tepung masak.
- Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh susun berlapis-lapis-tidak akan melekat.
Bahan inti popia :
(inti popia ni boleh buat ikut suka masing2 lah ye)1/2 biji kobis diracik halus
3 biji sederhana besar carrot disagat halus
Segenggam taugeh
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
100gm udang basah
garam
minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
- Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
- Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar tadi.
- Bila bawang sudah wangi / masak masukkan sos tiram dan garam
- Kemudian masukkan kobis dan carrot.
- Bila sayur sudah layu masukkan taugeh, kacau dan tutup api.
Bahan-bahan Sambal
15 tangkai cili kering 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu udang kering
garam dan perasa
minyak untuk menumis
Cara menyediakan sambal :
- Kisar semua bahan
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
- Seimbangkan rasa pedas, masin dan manis.
- pastikan sambal benar-benar masak (sambal akan menjadi pekat dan minyak akan sedikit terasing)
cara untuk membuat popia.
- apabila semua bahan telah tersedia, boleh jalankan proses menggulung.
- bila sudah selesai menggulung, goreng popia dengan api yang perlahan hingga warna berubah menjadi kemasan
- masukkan popia yang di goreng ke dalam sambal dan gaul sebati. proses menyira perlu di atas api yang perlahan.(kalau tak nanti takut tak melekat dengan cantik..
ok itu je...selamat mencubaaa!!!
No comments:
Post a Comment